Sunday, January 02, 2011

Dasar Pas Kelantan hanya ‘hangat-hangat tahi ayam’ - Mustapa



Salam semua…
Penulis tertarik tentang komen Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed kepada kerajaan PAS berikutan kebenaran mereka dalam menjayakan persembahan kumpulan popular Indonesia, Wali Band di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Baharu baru-baru ini.
Ulasan Datuk Seri Mustapa Mohamed telah disiarkan oleh Utusan Online seperti berikut:
RANTAU PANJANG, 2 Jan. - UMNO Kelantan menyifatkan dasar yang dibuat kerajaan negeri Kelantan mengenai beberapa perkara termasuk hiburan hanya berupa ‘hangat-hangat tahi ayam’ semata-mata yang akhirnya tidak membawa apa-apa makna.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, demi mencapai cita-cita politik termasuk untuk mendapatkan pengaruh golongan muda, kerajaan negeri pimpinan Pas itu sanggup berbuat apa sahaja.
"Dulu (dasar kerajaan negeri) adakan konsert hiburan haram kerana bercampur lelaki dan perempuan tetapi kini tidak.
"Dulu ada kaunter bayaran lelaki dan perempuan tapi sekarang sudah tidak diikuti lagi dan banyak lagi contoh yang boleh diberi,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di sini, hari ini.
Mustapa mengulas persembahan kumpulan popular Indonesia, Wali Band di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Baharu, dua hari lalu anjuran Sekretariat Misi Cakna Palestin dengan kerjasama kerajaan negeri. – Bernama
Ulasan Penulis:
Bila sudah berkawan dengan DAP, dasar PAS nampaknya sudah longgar dan bertukar perlahan-lahan menjadi semakin liberal pula. Kita lihat saja isu kontroversi terbaru berhubung isu pemakaian pakaian sukan sendat oleh anggota parlimen Serdang, Teo Nie Ching untuk  aktiviti senamrobik yang mencampurkan kaum lelaki dan wanita di perkarangan sebuah masjid di Cheras.
Semuanya boleh belaka, malah yang peliknya Pengurusan Masjid Taman Cheras Jaya berpendapat pihaknya tidak melihat adanya sebarang masalah dengan pakaian Ahli Parlimen Serdang yang menyertai program senamrobik di pekarangan rumah ibadat itu meskipun pemimpin-pemimpin Umno menyifatkan tindakan itu telah mencemari kesucian Islam.
Penulis berpendapat, semuanya salah PAS kerana semakin kurang aktiviti dakwah mereka.  Oleh  kerana terlampau sayangkan hubungan mereka dengan DAP, semuanya molek belaka…

No comments: