Sunday, January 23, 2011

PRK TENANG – POLITIK KOTOR PAS 'RAMPAS' KAD PENGENALAN WARGA TUA?



Salam semua…

Penulis rasa sedih bila membaca Utusan Malaysia hari yang melapurkan bahawa Pas yang sudah mula panas punggung dengan sokongan yang diterima Barisan Nasional (BN) sehingga memaksa mereka menggunakan taktik kotor iaitu 'merampas' kad pengenalan warga tua.

Sila ikuti berita sepenuhnya di bawah ini ( Klik di sini   ).

LABIS 22 Jan. - Belum pun 12 jam kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang bermula, Pas sudah mula panas punggung dan dengan sokongan yang diterima Barisan Nasional (BN) sehingga memaksa mereka menggunakan taktik kotor iaitu 'merampas' kad pengenalan warga tua.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika mendedahkan perkara tersebut berkata, taktik 'merampas' kad pengenalan warga tua kononnya bagi memudahkan operasi menyalurkan bantuan sebenarnya bertujuan, untuk menghalang golongan tersebut daripada mengundi.

Katanya lagi, perkara itu berjaya dikesan hari ini selepas jentera pilihan raya pembangkang datang mengunjungi rumah ke rumah di Kampung Paya Merah dan mengambil kesempatan daripada kunjungan itu dengan menjanjikan bantuan pada 31 januari nanti tetapi penerima perlu menyerahkan kad pengenalan.

"Berdasarkan laporan yang diterima, mereka menjanjikan bantuan kepada warga tua yang uzur sehari selepas pengundian nanti dan bagi melayakkan golongan tersebut mendapat bantuan, kad pengenalan mereka perlu disimpan oleh jentera berkenaan sehingga 31 Januari.

"Ini adalah satu perbuatan jenayah jika benar ia dilakukan oleh jentera pembangkang kerana adalah menjadi kesalahan bagi sesiapa sahaja menyimpan kad pengenalan orang lain apatah lagi bagi tujuan menipu," katanya semasa berucap dalam majlis bersama rakyat di Kampung Tenang, di sini malam ini.

Hadir sama calon BN, Mohd. Azahar Ibrahim dan bekas Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tan Sri Ibrahim Abu Shah.

Ahmad Zahid sehubungan itu mahu semua penduduk di kawasan DUN Tenang berhati-hati dengan taktik jahat tersebut dan menasihatkan mereka supaya jangan mudah tertipu kerana tegasnya hanya Jabatan kebajikan Masyarakat (JKM) sahaja yang diiktiraf oleh kerajaan untuk menyalurkan bantuan.

"Apa yang jajahnya, kalau UMNO dituduh menjajah Johor, kenapa mereka tidak lemparkan tuduhan yang sama kepada Pas di Kelantan. Inilah kenyataan paling dangkal sedangkan Malaysia negara kita, UMNO bukan parti penjajah tetapi parti yang membantu rakyat untuk mengecapi kemajuan dan kesejahteraan," katanya.

P/S – Ini perbuatan jenayah yang perlu diambil tindakan segera. Tak ‘gentlement’ betullah juak-juak PAS ni. Itu yang kita tahu. Mungkin yang kita tidak tahu tu banyak lagi agaknya. Idea songsang siapakah ni?… pasti mendapat kelulusan jemaah dewan ulama’ PAS?

Kita tunggu respons daripada Nik Aziz Nik Mat selanjutnyanya…..




No comments: