Monday, January 31, 2011

KOMPONEN BN PERLU DEKATI KAUM CINA DI BANDAR-BANDAR KALAU HENDAK MENANG PRU 13 – TREND UNDI KAUM CINA DI TENANG SEBAGAI PENGAJARAN?



Salam semua...

Penulis ingin mengucapkan tahniah kepada BN kerana berjaya mempertahankan kerusi tersebut. Keputusan rasmi menunjukkan BN mendapat 6,699 undi manakala PAS mendapat 2,992 undi. Calon BN, Mohd Azahar Ibrahim menang dengan majoriti 3,707 undi - meningkat berbanding majoriti 2,492 undi pada 2008.

Pada  pandangan penulis, apa yang menariknya di dalam PRK DUN Tenang ini, walaupun secara keseluruhannya kaum Cina secara majoritinya memberi sokongan kepada PAS, namun sokongan kaum Cina di tiga kawasan undi majoriti Cina seperti Bandar Labis Timor (63.4% undi Cina), Labis (58.3% undi Cina) dan Tenang Station (54% undi Cina) telah membantu memberi kemenangan kepada  BN.

Bagi dua  daerah undi majoriti Cina - Bandar Labis Timor (63.40 % Cina) dan Labis (58.3% Cina), PAS kalah di kedua-dua kawasan berkenaan yang dimenanginya dalam pilihanraya umum 2008.

Manakala di Tenang Station (54% Cina) PAS kalah pada 2008 dan 2011.
Walaubagaimanapun, di Bandar Labis Tengah, yang merupakan 95.7% pengundi Cina. Di situ, PAS memperolehi 69.8% undi keseluruhannya.

Kecuali pengundi-pengundi Cina tinggal di bandar seperti di Bandar Labis Tengah, ternyata kaum Cina telah kembali menyokong BN. Keadaan ini merupakan perkembangan yang baik.
 
Selepas ini, bagi menghadapi PRU 13 nanti, usaha perlu ditingkatkan oleh jentera komponen BN bagi mengembalikan sokongan kaum Cina terutamanya yang tinggal di Bandar-bandar besar. Trend sokongan yang berbeza di kalangan kaum Cina di beberapa kawasan di Tenang  banyak memberi pengajaran dan ikhtibar kepada jentera komponen BN dalam mencari pendekatan yang lebih bijaksana dan praktikal di masa-masa hadapan.





No comments: