Sunday, January 02, 2011

DS NAJIB - DENGARLAH RINTIHAN KAMI....



Salam semua…

Pada malam tahun baru yang baru berlalu, penulis agak tersentak bila diberitahu menerusi media perdana TV3 bahawa  cukai perkhidmatan baru sebanyak 6% akan dinaikkan daripada 5%. Manakala menerusi media-media yang lain pula khabarnya harga barang makanan akan naik sebanyak 10%, dan menerusi Persatuan Peniaga Kedai Kopi Selangor dan Wilayah Persekutuan juga katanya akan menaikkan kopi dan teh susu sebanyak 20 sen mulai 1 Jan 2011.

Secara peribadi, penulis merasakan kegembiraan menyambut tahun baru  sedikit sebanyak telah  terjejas dengan perkhabaran di atas.  Ini bermakna dengan bermulanya tahun baru 2011, semua pengguna termasuk penulis akan dibebankan lagi dengan kenaikan kos sara hidup yang entah bila akan menuju penamatnya.

Keadaan ini akan bertambah parah lagi bilamana para-para pengusaha dan peniaga yang tidak beretika tidak kiralah samada yang kecil atau besar juga akan sedaya upaya mengambil kesempatan untuk menangguk di air keruh dengan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan sesuka hati mereka. 

Bayangkan di Pulau Pinang saja sebagai contoh, dahulunya sepinggan nasi kandar biasa berlaukkan seketul ayam dan sedikit sayur, penulis cuma perlu membayar sekitar RM4.00 – RM4.50 tetapi sekarang, kalau tidak ada dalam poket sebanyak RM6.00 – RM7.00 janganlah cuba-cuba hendak makan nasi kandar di Pulau Pinang. Itupun belum lagi dicampur dengan harga minuman. Tuan-tuan bayangkanlah sendiri.

Penulis sedar dan faham kerajaan mungkin mempunyai sebab yang munasabah mengapa dan kenapa mereka terpaksa mengurangkan subsidi yang dinikmati oleh rakyat dengan menaikkan harga petrol, gula, gas masak, diesel dan yang terbaru cukai perkhidmatan.

Mengikut pengalaman yang lepas-lepas, penulis tidak faham kenapa kerajaan melalui kementeriannya gagal untuk  mengawal kenaikan harga barangan secara tidak munasabah dan mengambil tindakan ke atas  para-para pengusaha dan peniaga yang tidak beretika tidak kiralah samada yang kecil atau besar kerana mengambil kesempatan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan sesuka hati mereka.

Penulis berharap dalam keadaan yang merimaskan semua orang ini, sepatutnya kerajaan perlu memikirkan pendekatan tentang bagaimana untuk mewujudkan situasi menang-menang (win win situation) di antara kerajaan dengan rakyatnya.

Maksudnya rakyat tetap akan akur dengan apa saja keputusan kerajaan dalam menaikkan apa-apa saja harga barangan dan cukai yang dikira perlu. Sebaliknya pula kerajaan melalui kementerian dan agensinya juga bersetuju dan bertindak secara proaktif bagi  menangani masalah kenaikan harga barangan secara tidak munasabah dan mengambil tindakan ke atas  para-para pengusaha dan peniaga yang tidak beretika tidak kiralah samada yang kecil atau besar kerana mengambil kesempatan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan sesuka hati mereka.

Penulis sentiasa berharap agar kerajaan di bawah pimpinan DS Najib tidak sesekali akan membiarkan semua rakyatnya bersendirian dalam menghadapi dan menangani masalah kenaikan kos sara hidup ini.

Oleh itu, dengarlah rintihan kami ini. InsyaAllah, kami akan pastikan Putrajaya akan  menjadi milik BN buat selama-lamanya.

3 comments:

Anonymous said...

Kerajaan juga ditekan oleh Satu bangsa di malaysia ni..
Bangsa ni sekarang seolah-olah nak mengajar kerajaan secara senyap,
Mereka nak menunjukkan kuasa melalui kekuatan ekonomi yang mereka kuasai la..
Memang bangsa ni nak cari pasal sekarang sebenarnya..
Mereka ni poltik memang nampak berlainan kapal, tapi tindakan nya seolah-olah seiring sejalan..
Kerajaan kena bersiap-siap dengan plan B, andaikata lah tiba-tiba mereka bersatu dari sudut pilitik..
Kalau kerjaan bersantai-santai lagi, mcm separuh dari barisan 'menteri tak berteloq', alamat jadilah mcm singapork..

KERIS said...

kerajaan kena tegas dengan bangsa nie.

dia ingat dia bole tekan kerajaan sesuka hati.

kalau rasa2 x leh ikut, kerajaan kena cari alternatif lain untuk lawan depa2 nie.

ini bangsa aku panggil Yahudi kecil sebab peranan dia mcm yahudi kat Jerman dulu.

miliknegarakan aje kilang2 depa ni.
dah bagi betis nak paha.
bangsa ni memang tak kenang jasa kerajaan.

kalau orang melayu meniaga depa2 nilah yang selalu menekan peniaga melayu.

tunggulah korang satu masa nanti..

Anonymous said...

tiap kesusahan itu ada kemudahan...InsyaAllah

memang ada ketika atas keterbatasan ilmu...kelemahan hamba tu susah nak berbaik sangka sesama makhluk (bukan tang kafir DAP...parti yang mempolitikkan Islam (PAS)...parti yang gadaikan negara (PKR)...tu totally out fr pernyataan ini...)tapi memilih untuk bersangka baik dengan Allah adalah pilihan yang terbaik...

semoga Allah merahmati Malaysia...dan saudara seISLAM yang lain...amin...

wallahu'alam...