Tuesday, January 04, 2011

Kerajaan DAP Bertindak Samseng Ke Atas Peniaga Nasi Kandar Di Pulau Pinang

                                                                Gambar Hiasan


Salam semua…

Penulis ingin berkongsi maklumat dengan pembaca semua tentang kekejaman berterusan kerajaan DAP  Pulau Pinang kali ini terhadap kaum India Muslim Pulau Pinang pula.  Khabarnya mereka dengan angkuh dan tanpa rasa peri kemanusiaan telah mengasari peniaga serta menyita gerai peniaga nasi kandar kepunyaan Syed Kassali Mohamad Aliyar di Gat Lebuh MacCalum. Sila baca petikan di bawah yang penulis ambil daripada Berita Harian Online bertarikh 04/01/2011. Klik di sini.
 
GEORGETOWN: Peniaga nasi kandar, Syed Kassali Mohamad Aliyar, hari ini membuat laporan polis mendakwa Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Ng Wei Aik, mengasarinya dan menyita peralatan di gerainya tanpa sebarang notis malam tadi.

Pemilik gerai "Nasi Kandar Mohamad Aliyar" di Gat Lebuh MacCalum itu membuat laporan di Balai Polis Jalan Patani di sini.

Bercakap kepada pemberita, Syed Kassali mendakwa tindakan Ng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar dan kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang menyita peralatan di gerainya pada 11 malam tadi itu sebagai tidak berperikemanusiaan.
Beliau mendakwa beberapa pekerjanya turut dihamburkan dengan kata-kata berunsur perkauman.

Sementara itu, Ng, pada satu sidang media, berkata gerai nasi kandar itu didapati beroperasi tanpa lesen sejak Mei tahun lalu dan pernah diberikan notis sebanyak empat kali.

Beliau menafikan dakwaan Syed Kassali bahawa kakitangan MPPP telah menyita peralatan dalam gerai itu dan menurutnya hanya barang-barang yang diletakkan di kaki lima dan di atas jalan raya berhampiran gerai nasi kandar itu disita.

"Tindakan yang diambil itu adalah untuk kepentingan orang ramai, malah jalan raya juga perlu bebas daripada sebarang halangan yang menyukarkan semua pihak," katanya dan menurutnya tindakan itu diambil mengikut ketetapan Seksyen 46, Akta Jalan, Parit dan Bangunan. – BERNAMA

P/S - Penulis tak sabar tunggu reaksi macho YB Senator Dato’ Musa Sheikh Fadzir tentang isu ini.

2 comments:

Anonymous said...

kafir DAP ni jadi macam ni sbb diorg ni mmg kafir yang sama sekali takkan membiarkan Islam tertegak kat bumi Malaysia ni...

tapi kafir DAP menjadi2 bila apa sj yang diorg buat...ada saja pihak yang 'mendakwa' mereka pejuang Islam...mereka ini pecinta 'keadilan'...mereka ini juga pencari 'kedamaian'...yang pertahankan tiap perilaku...tiap kata2...

berbaik sangka...? dengan kafir yang nak perangi Islam...? tiada yang akan berfikiran sebegitu rupa melainkan org yang buta hati...berkeladak jiwa...dan jenis yang sama mcm mereka ego...sesat lagi nyesatkan saja....

tapi tetap percaya dan yakin..perjuangan haq takkan sama dengan perjuangan bathil....dan dengan beristiqamah...perjuangan bathil itu akan gugur...seumpama daun2 yang kering dan mati....

wallahu'alam...

Salam semua (R)... said...

Salam anon 10:43 PM,

DAP berani bertindak ke atas orang-orang Islam Pulau Pinang sekarang kerana mereka dibayangi oleh sikap keterbukaan dan sokongan daripada pemimpin Melayu PAS dan PKR.

Cuba bayangkan jika orang Melayu PAS dan PKR keluar daripada Pakatan Rakyat dan bergabung dengan UMNO.

Nescaya DAP dan kuncu-kuncunya akan lari menikus dan tidak berani lagi bertindak sesuka-hati mereka...