Monday, January 10, 2011

ALAHAI BAIKNYA LIM KIT SIANG BERBANDING NAJIB?



Salam semua…

Penulis ingin berkongsi maklumat tentang luahan rasa saudara Lim Kit Siang yang terlalu marah pada Utusan Malaysia. Katanya “semuanya kerana tidak lain dan tidak bukan dari Utusan Malaysia yang hampir setiap hari mempromosikan kepalsuan dan kebencian antara kaum dan memecahkan negara.”





Beliau juga menambah bahawa “ Malaysia tidak pernah berpecah sebegini teruk seperti hari ini dalam sejarah 53 tahun negara merdeka melainkan 18 bulan di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.”

Lapuran penuh komen sinis Lim Kit Siang pada Utusan dan DS Najib penulis paparkan di bawah  yang mana artikel asalnya penulis ambil daripada Malaysiakini bertarikh 10/01/2011. Klik di sini.

“Rakyat di Malaysia tidak pernah berpecah sebegini teruk seperti hari ini dalam sejarah 53 tahun negara merdeka melainkan 18 bulan di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri, kata pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.

“Semuanya kerana tidak lain dan tidak bukan dari Utusan Malaysia yang hampir setiap hari mempromosikan kepalsuan dan kebencian antara kaum dan memecahkan negara.

"Yang paling memeranjatkan selama 18 bulan yang lalu tidak ada sebarang usaha yang serius dibuat untuk memastikan Utusan Malaysia, sebagai media rasmi Umno, menyokong cita-cita 1Malaysia," kata Lim dalam satu kenyataan medianya.

Menurutnya, Utusan Malaysia adalah musuh nombor satu konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Najib kerana akhbar milik Umno itu menjadikan konsep berkenaan “kosong dan penuh hipokrit".

“Walaupun Utusan terus menolak dasar 1Malaysia, namun tidak ada sebarang usaha dari kerajaan dan Umno untuk menyekat pendekatan perkauman Utusan itu.

"Yang sedihnya, negara tidak pernah berpecah sebegini teruk dalam sejarah 53 tahunnya melaikan semasa 18 bulan di bawah Najib sebagai Perdana Menteri,” kata Lim.

Minggu lalu, setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng yang juga ketua menteri Pulau Pinang memfailkan saman ke atas Utusan Malaysia kerana mendakwa akhbar itu memfitnahnya dan DAP.

Lim kesal kerana Utusan Malaysia terus melancarkan serangan berbau fitnah terhadap kerajaan pimpinanya tanpa menghiraukan jawapan yang dikeluarkan bagi menjelaskan keadaan sebenar kepada umum.

Bukan itu sahaja malahan Utusan juga didakwa bertanggungjawab melaga-lagakan kepimpinan DAP, PAS dan PKR supaya wujud persengketaan dalaman yang boleh menjejaskan perpaduan yang terjalin dalam Pakatan Rakyat.”

Ulasan penulis:

Betul ke Lim Kit Siang apa yang kamu kata tu?  Penulis nak bertanya kepada semua orang Malaysia, siapakah yang sebenarnya memecah-belahkan rakyat?

Dalam menjawab persoalan ini, penulis teringat akan kata-kata Senator Datuk Dr Firdaus Abdullah,  Pakar Rujuk di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya seperti berikut;

“Kenapakah Setiausaha Agung DAP yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang itu begitu mudah melenting dan melatah bila mendengar ungkapan 13 Mei itu?”

Lim Guan Eng seperti hendak mengharamkan ungkapan “13 Mei” untuk disebut dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Seakan-akan ada yang hendak disembunyikannya (atau ada perkara dan peristiwa yang dia tidak mahu orang ramai mengingat) mengenai peristiwa 13 Mei itu.

Tentu dia ingin menyembunyikan (dia mahu orang ramai melupakan) bahawa sebab utama yang mencetuskan Peristiwa Berdarah 13 Mei 69 ialah provokasi penyokong-penyokong DAP dan Parti Gerakan yang sedang “mabuk kemenangan”, menari dan berarak sepanjang jalan raya merayakan kemenangan mereka dalam pilihan raya umum 1969 itu.

Satu perkara lagi yang barangkali Lim mahu supaya orang ramai lupa ialah bahawa berikutan dengan kerusuhan 13 Mei 1969 itu, PIHAK BERKUASA TELAH MENDAPATI BAPAKNYA, LIM KIT SIANG SEBAGAI SALAH SEORANG PEMIMPIN DAP PADA MASA ITU, TERLIBAT DALAM UCAPAN-UCAPAN MENGHASUT DAN MENGAPI-APIKAN SEMANGAT PERKAUMAN. KERANA ITU TELAH DITAHAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG KESELAMATAN DALAM NEGERI SEHINGGA BULAN OKTOBER 1970.

Akhirulkalam, saya catatkan kembali faktor-faktor yang mencetuskan kerusuhan kaum: keceluparan mulut, kesongsangan perbuatan dan kebiadapan hidup bermasyarakat serta provokasi kasar dan halus yang menyakitkan hati. Semuanya mestilah dijauhi.”

P/S – Lim Kit Siang boleh menipu orang ramai, akan tetapi beliau tidak boleh menipu sejarah. Tuduhan jahat yang dibuat ke atas Utusan Malaysia dan DS Najib sebenarnya berpatah balik dan terkena pula pada batang hidungnya.

1 comment:

Anonymous said...

Fcuk u LKS and ur son LGE