Saturday, April 30, 2011

"SAYA AMAT SETUJU ANWAR SEGERA BESUMPAH UNTUK NAFIKAN TUDUHAN KOTOR KEPADA BELIAU, WALAUPUN PILIHAN DI TANGAN BELIAU SENDIRI," KATA MUFTI PERLIS, DR JUANDA.


Salam semua®…
Mufti Perlis Dr Juanda Jaya mencadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah balas bagi menafikan tuduhan bahawa beliau merupakan pelaku dalam video seks seperti didakwa Datuk T.
"Saya amat setuju Anwar segera besumpah untuk nafikan tuduhan kotor kepada beliau, walaupun pilihan di tangan beliau sendiri," kata Dr Juanda.
Setelah mencabar Anwar bermubahalah, semalam Datuk Shazryl Eskay Abdullah - seorang anggota trio Datuk T - bersumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul.
Beliau ditemani bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Shuib Lazim.
Anwar seperti dijangka tidak hadir sama dalam upacara itu.
Dalam pesanan SMS daripada Mekah, Dr Juanda yang juga mufti termuda di Malaysia berkata, cadangannya itu dibuat kerana mahukan "kes yang memalukan umat Islam" itu selesai segera.
Mahkamah syariah kena proaktif
Bagaimanapun, menurut Dr Juanda lagi, tidak perlu bersumpah laknat dan memadai bagi Anwar dengan menyebut: "Wallahi tuduhan itu palsu!"

Mengulas sumpah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah semalam, Dr Juanda berpendapat perkara itu tidak patut dilakukan.
"Kaedah hukum Islam dalam kes jenayah, pendakwa kena bawa bukti tuduhan.
"Yang kena dakwa, kena bersumpah kalau dia nafikan tuduhan. Datuk Eskay tidak patut bersumpah," katanya.
Dr Juanda juga berkata, mahkamah syariah wajib proaktif dengan memutuskan hal itu segera untuk metutup aib umat Islam.
"Bukan (mereka) jadi penonton saja. Semua pihak kena jaga imej Islam terutama mereka yang perjuangkan Islam," katanya yang kini menghadiri program bersama mufti di seluruh dunia atas undan kerajaan Arab Saudi.-Malaysiakini

P/S – Penulis sudah kata itulah jalan yang terbaik…tapi, kita juga kena terima hakikat bahawa orang yang bersalah sahaja takut berbuat demikian. Semuanya sudah terbukti dengan sendirinya.

INILAH AKIBATNYA BILA POLIS LAMBAT MENDEDAHKAN IDENTITI PELAKU VIDEO SEKS. BANYAK DRAMA SEGERA AKAN MUNCUL SELEPAS INI?...



Salam semua®…
Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam mempertikaikan PDRM selepas beliau menerima cakera padat (CD) yang mengandungi rakaman aksi seks penuh, si pelakunya didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, dari Thailand semalam.
Manikavasagam (gambar) , wakil rakyat PKR, juga mempersoalkan bagaimana CD berkenaan masih boleh disebarkan sedangkan “Datuk T” mendakwa rakaman asal sudah pun diserahkan kepada polis bulan lalu.
Beliau mengesahkan telah menonton CD itu empat kali, sekali gus menegaskan lelaki yang dimaksudkan bukan Anwar.
Wakil rakyat penggal pertama itu menerima CD itu semalam yang dihantar ke pejabatnya.
“Saya telah melihat VCD ini tiga kali dan saya juga menonton sekali lagi pagi ini. Tetapi, sah si pelakunya bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Rupa bentuk fizikal dan rambutnya semua berbeza,” kata beliau kepada pemberita di sini.
“Ini adalah CD penuh, jadi mahu minta polis menyiasat dan saya juga ada menyatakan dalam laporan polis bahawa Datuk T telah memberi CD asal kepada polis, tetapi kemudian CD ini masih disebarkan?” kata beliau kepada pemberita selepas membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di sini.
Katanya, CD itu membuktikan bahawa polis tidak boleh dipercayai dan mahu satu badan bebas menyiasat kes ini.
“Saya tidak yakin dengan polis (lagi) kerana jika CD asal sudah diserahkan, maka bagaimana (salinan) boleh ada untuk disebarkan? Saya telah minta supaya sebuah badan bebas dibentuk untuk siasatan,” kata beliau bersama Naib Presiden PKR N. Surendran, yang juga seorang peguam.
Bagaimanapun, apabila ditanya sama ada CD itu asasl atau sebaliknya, Manikavasagam menafikan beliau ada menonton video seks asal.
“Saya tidak melihat video tersebut, tetapi selalu keluar di TV3 dan ia sama,” katanya.
Surendran menambah, sampul surat yang mengandungi CD itu diemel dari Thailand.
“Tanda pos pada sampul surat adalah dari Thailand, jadi adalah jelas mereka di belakang cuba untuk mengelak pergerakan mereka dikesan.
“Mereka sangat takut bahawa kami akan mengesan siapa di belakangnya kerana jika anda ikut kesemua kaitan ini, anda akan lihat bahawa ia menunjukkan Umno dan BN,” kata Surendran.
Semalam, salah seorang “Datuk T” iaitu ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat berhubung isu video seks di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul.
Turut hadir dua lagi “Datuk T”, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim.
Kelmarin, rakaman video seks yang tidak diedit dimuat naik di YouTube, dilihat sebagai langkah mengenakan tekanan ke atas Ketua Pembangkang itu yang sejak sebulan lalu menafikan beliau sebagai si pelaku dalam aksi seks terbabit.
Rakaman video itu dibahagi kepada empat segmen dan berlarutan kira-kira empat minit dan 28 saat. Dalam video itu, seorang wanita pada awalnya dilihat mengadakan seks oral dengan seorang lelaki mirip Anwar.
Kedua-dua mereka kelihatan mengadakan hubungan seks kira-kira lima minit.
Rakaman tidak diedit ini yang disebarkan hari ini termasuk sedutan klip yang telah pun dimuat naik dua kali termasuk yang terbaru semalam.
Video seks 21 minit itu buat kali pertama dipertontonkan kepada wakil media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara di sini, 21 Mac lalu.
Pada sidang media 24 Mac lalu, Rahim berkata rakaman video seks itu didedahkan untuk membuktikan “lelaki yang mahu menjadi perdana menteri itu tidak layak.”
Polis sedang menyiasat “Datuk T” di bawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.
Awal minggu ini, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata pihaknya masih menjalankan siasatan dan yakin akan menyerahkan hasil siasatan kepada pejabat Peguam Negara minggu ini.
Beliau juga berkata akan “mendedahkan” identiti pelaku pada masa yang sesuai.
Khalid berkata polis telah memulakan siasatan terhadap penyebaran sedutan klip kedua video seks oleh beberapa portal dan blog sejak tengah hari kelmarin.
Khalid berkata pihaknya dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang mengenal pasti pihaknya yang bertanggungjawab memuat naik bahan itu di YouTube.
Satu rakaman klip video hitam putih aksi seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin tertinggi pembangkang telah dimuat naik dalam laman Internet tiga hari lalu.
Sedutan klip video dengan durasi satu minit 47 saat itu menampilkan seorang lelaki dan wanita dalam keadaan bertuala dan kemudian berbogel sebelum lelaki itu memakai seluar.
Pada 4 April lalu, satu klip video berdurasi yang sama tersebar luas di Internet.-The Malaysian Insider
P/S – Hanya KPN sahaja yang boleh jawab….


Nik Nazmi Nik Ahmad dah terlambat. Isu rambut, badan dan termasuk bulu Anwar dah tak relevan lagi kerana Anuar gagal sahut cabaran Datuk Eskay buat sumpah laknat….



Salam semua®…
Kenyataan Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad yang membela Penasihat partinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu klip video seks sehingga menyentuh perihal sosok badan dan rambut Anwar amat diragui.
Bekas Setiausaha PKR Selangor, Mohd. Nazmi Rosli berkata, kenyataan itu hampir sama dengan kenyataan ahli-ahli PKR lain dan ia sekali gus mewujudkan satu persoalan adakah itu jawapan standard yang mesti dikeluarkan untuk membela ketua pembangkang berkenaan isu klip video itu.
Dalam hubungan itu, katanya, ia sedikit sebanyak membawa maksud Anwar mempunyai hubungan yang intim dengan kebanyakan ahli-ahli PKR kerana setiap daripada mereka berkebolehan memperincikan apa sahaja yang ada pada Anwar khususnya pada tubuh badan beliau.
‘‘Justeru, saya ingin bertanya adakah Nik Nazmi tergolong dalam kategori mempunyai hubungan intim itu. Sehingga mereka boleh tahu setiap lekuk badan Anwar, janggut, rambut nipis atau tidak, rambut belah mana, semua mereka tahu.
‘‘Bagaimana orang yang berpendidikan tinggi macam dia boleh lihat dari aspek begitu. Bagi saya kalau kita bekerja dengan seseorang kita tidak begitu peka sehingga ke tahap tubuh badan bos, tetapi nampaknya mereka yang bekerja dengan Anwar begitu pula,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Nik Nazmi sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa individu di dalam klip video yang dikaitkan dengan pemimpin kanan pembangkang dengan rakaman aksi seks yang tersebar di laman perkongsian video YouTube itu bukan Anwar kerana sosok dan lenggok badan itu berbeza.
Mengulas lanjut, Mohd. Nazmi berkata, kenyataan Nik Nazmi itu sebagai dangkal dan bersifat semata-mata mahu membela Anwar tanpa sebarang asas yang kukuh.
Katanya, Nik Nazmi tidak mempunyai kepakaran dari segi forensik. Oleh itu, sejauh mana beliau mengetahui secara mendalam tentang rambut, badan dan termasuk bulu Anwar.- Utusan

P/S – Situasi sekarang bukanlah rupa, bentuk,  rambut, badan dan termasuk bulu Anwar yang perlu diperbahaskan. Sebaliknya Anuar perlu tampil kehadapan dan berani bersumpah laknat dengan nama Allah bahawa beliau tidak melakukan semua perkara keji itu. Inilah yang ditunggu-tunggu oleh semua orang, tapi malangnya Anuar dilihat takut untuk menyatakan yang benar.
Takut bersumpah untuk menyatakan yang benar adalah ciri-ciri orang yang bersalah. Adakah ini yang Anuar dan keluarganya mahukan?
Betullah sepertimana kata-kata isterinya, Dr Wan Azizah, “ jika seorang Anwar tumbang, ramai lagi Anwar dalam kalangan anak muda akan meneruskan perjuangan menegakkan keadilan dalam negara ini.”
Ternyata harga maruah diri dan keluarga tidak penting lagi bagi keluarga Anuar. Apa yang mereka mahukan adalah kuasa. Dengan adanya kuasa, mereka mungkin berfikir semuanya akan ditebus dan orang ramai akan melupai apa yang telah berlaku.
Bolehkah perkara ini berlaku dan mahukah rakyat Malaysia diperbodohkan oleh Presiden PKR, Dr Wan Azizah?


Friday, April 29, 2011

Datuk Shazryl Eskay Abdullah : “Aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut’.” “Sekiranya aku berlaku fitnah maka Allah akan melaknat akanku,”


Salam semua®…
Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat berhubung isu video seks — di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul sekitar 4 petang ini — selepas dibatalkan dua jam sebelum itu ekoran kekecohan.
“Datuk T” itu menyempurnakan niatnya dengan mengenakan baju kalis peluru kira-kira 4.15 petang.
Turut hadir dua lagi “Datuk T”, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim.
Dua rakannya itu juga memakai baju kalis peluru, dipercayai bimbang diserang ekoran kekecohan selepas solat Jumaat tadi.
Sebaik sahaja berada dalam ruang solat, ketiga-tiga “Datuk T” menunaikan solat sunat sebelum melakukan sumpah laknat.
Mereka yang turut memakai baju kalis peluru, dipercayai bimbang diserang penyokong Pakatan Rakyat yang turut berada dalam upacara itu tiba di Masjid Amru al-As pada pukul 4.10 petang sebelum meninggalkan masjid kira-kira 4.25 petang, sebaik sahaja upacara itu selesai.
Kesemua mereka bagaimanapun tidak memberikan komen ekoran nasihat polis yang meminta mereka beredar.
Sumpah yang dibacakan Shazryl berbunyi:
“A’uzubillahi minal syaitanirrajim. Bismillahirahma nirrahim (diucap tiga kali), Wallahi, Wabillahi, Watallah. Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut: ‘A’uzubillahi minal syaitanirrajim, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut’.”
“Sekiranya aku berlaku fitnah maka Allah akan melaknat akanku,” kata Shazryl ketika melafazkan sumpah laknat itu dengan memegang al-Quran.
P/S – Cuba anda fikirkan, kenapa  orang berani dan sanggup bersumpah  semata-mata ingin menyatakan kebenaran tentang isu moral Anuar? Sehinggalah beliau sanggup berkata “Sekiranya aku berlaku fitnah maka Allah akan melaknat akanku,”. 
Bukanlah calang-calang orang yang sanggup berkata sedemikian.
Hanya orang yang betul-betul ikhlas dan berada di pihak yang  benar sahaja sanggup berbuat demikian.
Mungkinkah ada hikmah disebaliknya?

Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz: "Apabila pasti dan diputuskan karakter dalam video itu ialah orang berkenaan, saya rasa kalau dia nak drama pun tak bolehlah, kalau dia... dialah,".Baca seterusnya...



Salam semua®…
Pemimpin kanan pembangkang yang dikaitkan dengan rakaman aksi seks yang tersebar di laman perkongsian video YouTube dinasihatkan supaya tidak 'marah-marah' kerana perkara itu masih dalam siasatan polis.
Pada masa sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, para pemimpin pembangkang yang lain pula tidak perlulah membuat kenyataan sebelum siasatan selesai kerana dakwaan itu mungkin menguntungkan mereka seandainya polis mendapati ia tidak berasas.
Mengakui isu berkenaan membebankan kerajaan kerana dituduh melakukan konspirasi oleh pembangkang, Mohamed Nazri menegaskan pihaknya juga tidak boleh bertindak mendahului siasatan rasmi polis.
"Jadi (pembangkang) takut apa, tak usah takutlah, saya rasa tak apalah, mungkin pada peringkat awal ia menyusahkan kerajaan.
"Tetapi kita berminat untuk mencari kebenaran dan akhirnya kebenaran itu akan muncul juga," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Bangunan Mahkamah Samarahan di sini, hari ini.
Petang semalam, sebahagian lagi rakaman video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan pembangkang dimuat naik ke laman YouTube dan dipaut oleh beberapa laman blog.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini membuat laporan polis dan menafikan beliau ialah individu dalam rakaman berkenaan.
Sementara itu, ditanya mengenai pendirian pembangkang yang membuat kesimpulan awal bahawa pemimpin kanan itu tidak bersalah, Mohamed Nazri berkata, ia tidak sepatutnya berlaku.
"Kalau dia buat apa sekalipun, akhirnya (jika) didapati yang pelaku itu orang berkenaan, itu mana boleh dinafikan, dia nak kata orang lain?," katanya.
"Apabila pasti dan diputuskan karakter dalam video itu ialah orang berkenaan, saya rasa kalau dia nak drama pun tak bolehlah, kalau dia... dialah," tegasnya yang mengakui belum menonton rakaman video berkenaan dengan alasan 'geli' untuk berbuat demikian.-Utusan




Thursday, April 28, 2011

Anwar menegaskan beliau tidak akan menyahut cabaran Shazryl untuk melakukan sumpah laknat bagi membuktikan beliau bukan lelaki dalam rakaman video seks itu. Baca seterusnya…..



Salam semua®…
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Datuk Seri Najib Razak menggunakan rakaman video seks sebagai senjata utama untuk memastikan Barisan Nasional (BN) kekal berkuasa.
Pemimpin kanan Pakatan Rakyat itu berkata demikian ekoran kegagalan pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap individu yang mendedahkan rakaman video seks itu yang didakwa beliau sedang melakukan aksi seks dengan seorang pelacur warganegara China.
Kata Anwar (gambar), ia menunjukkan Perdana Menteri itu akan menggunakan “semua kuasa yang ada” untuk menjatuhkan beliau.
“Video seks ini sekarang menjadi strategi Najib untuk kekal berkuasa. Beliau terpaksa menggunakan pornografi dan mengawal semua media kerana beliau sudah tidak mampu berlawan,” kata Ketua Umum PKR itu selepas memberikan keterangan tambahan berhubung rakaman video seks itu.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga mengkritik pihak berkuasa kerana tidak mengambil sebarang tindakan selepas klip terbaru rakaman video seks itu tersebar di Youtube dan blog pro-Umno.
“Sejak bila dalam negara ini rakaman video seks boleh disebarkan tanpa sebarang tindakan diambil?” soal bekas timbalan perdana menteri itu.
Anwar berkata pendedahan yang dibuat “Datuk T” itu bermotifkan politik kerana turut menuntut beliau dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berundur dari arena politik.
Beliau juga berkata pendedahan rakaman video seks itu dibuat sebelum kempen pilihan raya negeri Sarawak bermula yang menyaksikan BN menang dengan majoriti dua pertiga.
Rakaman video seks 21 minit itu dipertontonkan kepada wakil media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara bulan lalu oleh seorang individu yang menggelarkan dirinya “Datuk T”.
Beberapa hari selepas itu, individu di sebalik nama “Datuk T” itu didedahkan yang melibatkan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim.
Pada sidang media 24 Mac lalu, Rahim berkata rakaman video seks itu didedahkan untuk membuktikan “lelaki yang mahu menjadi perdana menteri itu tidak layak.”
Anwar juga menegaskan tidak akan menyahut cabaran Shazryl untuk melakukan sumpah laknat bagi membuktikan beliau bukan lelaki dalam rakaman video seks itu.
“Boleh anda tunjukkan ia hukum syarak yang mana? Tidak tahu? Jadi tidak perlu,” katanya kepada pemberita ketika mahu meninggalkan balai polis.
Anwar tiba di Balai Polis Dang Wangi pada pukul 2.50 petang dengan ditemani Dr Wan Azizah dan anaknya Nurul Izzah.
Semalam satu lagi rakaman klip video hitam putih aksi seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat telah dimuat naik dalam laman Internet.
Sedutan klip video dengan durasi satu minit 47 saat dengan tajuk “Papa Nurul Izzah Part II” itu menampilkan seorang lelaki dan wanita dalam keadaan bertuala dan kemudian berbogel sebelum lelaki itu memakai seluar.
Peguam Anwar, R. Sivarasa berkata Anwar hanya memberi keterangan yang releven dengan keterangan yang diberikan sebelum ini berhubung pendedahan bahan lucah.
“Melihat dari soalan yang ditanya, anda akan lihat ia seperti datang dari Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail,” kata Ahli Parlimen Subang itu.
Sebelum ini bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim berkata rakaman video seks pertama diedarkan yang dikaitkan dengan Anwar pada 1999.
Mat Zain meminta polis untuk menyiasat kemungkinan ada kaitan dengan rakaman video seks yang didedahkan “Datuk T” dengan pengedaran rakaman aksi seks pada November 1999.
Polis menyiasat “Datuk T” di bawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Abdul Khalid Abu Bakar berkata pihaknya masih menjalankan siasatan dan yakin akan menyerahkan hasil siasatan kepada pejabat Peguam Negara minggu ini.
Beliau juga berkata akan “mendedahkan” identiti pelaku pada masa yang sesuai-The Malaysian Insider


Datuk Shazryl Eskay Abdullah: "Saya berani bersumpah bahawa pelaku tersebut adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana saya sendiri berada di lokasi itu"….Baca seterusnya.


Salam semua®…
Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah — salah seorang “Datuk T” yang mendedahkan video seks bulan lalu, dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim — akan melakukan sumpah laknat esok.
Justeru beliau mencabar Anwar supaya sama-sama bersumpah laknat bagi membuktikan kebenaran berhubung rakaman video seks yang dikaitkan dengan Ketua Umum PKR itu.
Shazryl berkata beliau akan membuat sumpah laknat itu selepas solat Jumaat di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul di sini dan mencabar Anwar untuk turut serta.
Menurut Shazryl, hanya beliau sahaja yang akan melakukan sumpah laknat, namun dua lagi rakannya iaitu bekas ketua menteri Melaka
Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim akan hadir dan solat Jumaat bersama-sama sebelum melakukan sumpah laknat.
“Mengenai identiti sebenar pelaku dalam video tersebut, saya berani bersumpah bahawa pelaku tersebut adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana saya sendiri berada di lokasi itu.
“Sekiranya Anwar masih menafikan bahawa beliau bukan orang dalam video itu, saya mengundang beliau agar sama-sama dapat melafazkan sumpah laknat selepas solat Jumaat esok di Masjid Amru al-As,” katanya pada sidang media di sini.
Turut hadir pada sidang media itu adalah Rahim dan Shuib yang merupakan “Datuk T” yang telah menggemparkan negara apabila bertindak mempertontokan rakaman video seks itu kepada wakil media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara, 21 Mac lalu.
“Hanya saya sahaja yang akan membuat sumpah laknat, kalau diperlukan mereka (Rahim dan Shuib) akan buat juga.
“Saya juga ingin mempelawa semua pihak yang meragui kebenaran ini untuk turut hadir menyaksikan upacara tersebut.
“Sesungguhnya segala tindakan kami berasaskan kebenaran dan memenuhi kepentingan rakyat, akhir sekali dengan nama Allah, Rasulullah, rakyat dan anak-anak cucu kita, saya dan rakan-rakan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pendedahan tersebut,” kata Shazryl.
Ditanya kemungkinan Anwar tidak akan hadir untuk melakukan sumpah laknat esok, Shazryl bagaimanapun enggan mengulas sebaliknya berkata, “biar rakyat sahaja menilai.”
“Saya tidak mahu komen pasal itu, kita tunggu sahaja esok dan biar rakyat menilainya,” katanya.
Beliau juga enggan mengulas lanjut berhubung klip terbaru yang tersebar di Internet semalam.
“Saya tidak tahu, biar polis yang siasat... saya tidak mahu komen,” katanya.
Dalam sidang media itu, Shazryl berkata beliau amat mengenali peribadi Anwar dan kesal pemimpin kanan kanan Pakatan Rakyat tidak pernah menyesal dengan perbuatan yang tidak bermoral itu.
“Saya sangat mengenali Anwar secara peribadi, maka saya percaya beliau tidak akan berubah, malah tidak menyesal dan insaf terhadap perbuatan terkutuk yang beliau lakukan mengikut nafsu dan kerakusannya walaupun menghadapi pelbagai tuduan beliau tidak pernah bertaubat.
“Malah beliau tidak sedikit pun serik atau rasa bersalah untuk mengulangi perbuatan terkutuk yang bertentangan dengan syariat Islam,” katanya.
Semalam satu lagi rakaman klip video hitam putih aksi seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin tertinggi pembangkang telah dimuat naik dalam laman Internet.
Sedutan klip video dengan durasi satu minit 47 saat itu menampilkan seorang lelaki dan wanita dalam keadaan bertuala dan kemudian berbogel sebelum lelaki itu memakai seluar.
Sebelum ini pada 4 April lalu, satu klip video berdurasi yang sama tersebar luas di Internet.
Semalam Shazryl telah memberi sampel DNA kepada polis bagi membantu siasatan berkaitan dengan video seks itu-The Malaysian Insider

ANUAR SETUJU BUAT SUMPAH LAKNAT DALAM MASA TERDEKAT?. BACA SETERUSNYA..



Salam semua®…
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengalu-alukan jika benar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ingin bersumpah mubahalah iaitu sumpah laknat dalam masa terdekat.
Menurut beliau, kesediaan Anwar melakukan sumpah laknat tersebut akan membolehkan rakyat negara ini mengetahui kedudukan sebenar isu yang menyelimuti Penasihat PKR itu.
“Saya tidak tahu mengenai perkara itu, tetapi kalau benar, Alhamdulillah dan amat dialu-alukan supaya umat Islam dapat penjelasan mengenai kedudukan sebenar.
“Jika benar dia akan melakukan sumpah laknat dalam masa terdekat, ia satu berita gembira kepada masyarakat ketika ini mahu mengetahui cerita sebenar di sebalik isu video seks yang kian hangat diperkatakan,” katanya.
Menurut Jamil Khir, bersumpah merupakan salah satu cara dalam Islam bagi membuktikan diri tidak bersalah dalam sesuatu perkara
“Anwar hanya perlu lafazkan Wallahi, Wabillahi, Watallahi di hadapan masyarakat umum seperti yang dilakukan individu lain bagi membersihkan namanya, jika betul dia tidak terlibat dalam video seks tersebut, maka sumpah laknat bukan satu masalah baginya,” katanya.
Jamil Khir mengulas khabar angin yang mengatakan Anwar dan trio ‘Datuk T’ akan melakukan sumpah laknat dalam masa terdekat bagi membuktikan siapa yang benar dalam isu video seks yang dikatakan mirip Ketua Pembangkang itu.-Utusan
P/S- Penulis hanya berpegang kepada satu sahaja, iaitulah BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH…Maknanya, kalau beliau di pihak yang benar, beliau sepatutnya awal-awal lagi tampil kehadapan melakukan sumpah laknat tersebut tanpa perlu disuruh atau dipaksa.  Apa-apapun kita tunggu episod seterusnya….



Wednesday, April 27, 2011

Terkini: Pasukan penyiasat dari ibu pejabat polis Bukit Aman telah memohon untuk merakam kenyataan tambahan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kenyataan itu akan dibuat esok di ibu pejabat PKR.



Salam semua®…
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberikan keterangan tambahan
kepada pihak polis berhubung rakaman video seks yang didakwa melibatkan diri beliau esok.
Keterangan tambahan itu akan dibuat di ibu pejabat PKR pada pukul 2.30 petang dan kenyataan akan dirakam DSP Shanmugamoorthy.
“Pasukan penyiasat dari ibu pejabat polis Bukit Aman telah memohon untuk merakam kenyatan tambahan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung laporan polis beliau pada 22 Mac lalu.
“Kenyataan itu akan dibuat esok di ibu pejabat PKR,” kata kenyataan yang dikeluarkan Biro Komunikasi PKR hari ini.
Anwar, Ketua Umum PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu telah membuat laporan polis pada 22 Mac lalu di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi sehari selepas rakaman video seks itu didedahkan “Datuk T” di hotel Carcosa Seri Negara.
Rakaman video seks itu yang didakwa seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat, kononnya Anwar, mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita China dipertonton kepada media pada 21 Mac.
Anwar juga telah menafikan dengan keras bahawa beliau adalah pelaku dalam rakaman video tersebut.
“Datuk T” yang terdiri daripada bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim telah menggemparkan negara apabila bertindak menayangkan rakaman video seks kepada media.-The Malaysian Insider



Datuk Shazryl Eskay Abdullah : Saya akan mendedahkan lebih banyak butiran pada sidang media petang esok. Baca seterusnya…



Salam semua®…
Datuk Shazryl Eskay Abdullah telah memberi sampel DNA kepada polis hari ini bagi membantu siasatan berkaitan dengan video seks, didedahkan beliau sebulan lalu, mendakwa si pelaku dalam rakaman adalah seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat, mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Shazryl berkata polis telah memanggil beliau pagi ini agar datang ke ibu pejabat polis di Bukit Aman pukul 10 pagi.
“Saya secara sukarela telah memberikan sampel DNA hari ini,” kata beliau kepada pemberita di Bukit Aman sekitar 1.30 tengah hari tadi.
Ahli perniagaan itu juga mendedahkan bahawa beliau turut menjawab soalan-soalan tambahan untuk membantu “mengemaskan” kes yang disiasat tetapi enggan memberikan butiran lanjut.
Shazryl menjelaskan beliau akan mendedahkan lebih banyak butiran pada sidang media petang esok.
“Saya akan memberikan lebih banyak maklumat esok,” kata beliau.
Pada 20 April lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis akan menyerahkan semula laporan kertas siasatan kes video seks itu kepada Pejabat Peguam Negara dalam waktu terdekat.
Ismail berkata kertas siasatan kes berkenaan yang dihantar pertengahan bulan lalu dan telah dipulangkan semula oleh Pejabat Peguam Negara untuk semakan semula.
“Ada sedikit semakan yang perlu dibuat dan itu adalah perkara biasa.
“... dan kita memang mahu siasatan berhubung kes video seks itu disegerakan,” kata beliau.
Siasatan itu dijalankan selepas rakaman video seks dipertontonkan kepada wakil media terpilih 21 Mac lalu.
Tiga hari kemudian, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata polis masih menjalankan siasatan berhubung rakaman video lucah itu kerana ia memerlukan penelitian bagi melengkapkan siasatan.
“Berilah masa kepada polis untuk meneruskan siasatan serta tidak perlulah polis mendedahkan apa yang mereka lakukan dalam siasatan itu dari sehari ke sehari,” katanya di sini.
“Kita jalankan kerja kita dan apa juga keputusannya kemudian akan diumumkan, kalau bukan kita pihak Peguam Negara akan umumkan,” kata beliau-The Malaysian Insider




“Sepatutnya Anwar yang tertekan kerana tuduhan ini (video seks) dilemparkan terhadapnya, tetapi saya pelik kenapa Azmin pula yang terlebih tertekan,”- Mustafa Ali.


Salam semua®…
Selepas tiga hari mengunci mulut meskipun ‘diserang’ secara terbuka oleh Azmin Ali ekoran kenyataan kontroversinya, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali akhirnya membalas balik kritikan tersebut.
Beliau menyifatkan Azmin walaupun berjawatan sebagai Timbalan Presiden dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetapi tidak mempunyai ketahanan politik sebagaimana mentornya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahupun Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Kata Mustafa, Azmin sekarang berada dalam keadaan yang sangat tertekan, maka bukanlah sesuatu yang menghairankan jika orang nombor dua PKR itu sering kali melenting secara berlebihan apabila berhadapan dengan sesuatu isu.
“Saya sebenarnya tidak terlalu mengambil kisah mengenai apa yang dikatakan oleh Azmin dalam laman Twitternya. Dia seorang pemimpin yang berada dalam keadaan yang sangat tertekan dan pada masa yang sama tiada ketahanan.
“Walaupun Azmin adalah Timbalan Presiden PKR tetapi dia tidak mempunyai ketahanan seperti Anwar dan Wan Azizah.
“Sepatutnya Anwar yang tertekan kerana tuduhan ini (video seks) dilemparkan terhadapnya, tetapi saya pelik kenapa Azmin pula yang terlebih tertekan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Beliau mengulas kritikan terbuka Azmin yang berang apabila hampir keseluruhan media melaporkan kenyataan Mustafa bahawa Pas akan membuat ketetapan baru selepas siasatan terhadap video seks itu selesai.
Azmin dalam Twitternya dipetik sebagai berkata: “Apakah benar Mustafa Ali keluar kenyataan begitu untuk menyinggung Keadilan (PKR) dan DSAI (Anwar)? Rakyat tuntut penjelasan.
“Pimpinan perlu akur (dengan) kerangka besar agenda bersama pakatan rakyat. Jangan jadi jaguh kampung yang tidak lagi relevan tapi mahu perhatian.”
Ditanya mengapa mengambil masa selama tiga hari untuk membalas kenyataan Azmin, jelas Mustafa, selaku Setiausaha Agung Pas, beliau tidak mahu menambah lagi tekanan kepada Timbalan Presiden PKR itu.
“Dia kawan kita, jadi kita tidak mahulah tambah beban dia,” ujarnya.- Utusan
P/S – Dia sebenarnya takut kot-kot PAS lari meninggalkan mereka. Tanpa PAS siapalah PKR. Alamatnya terkuburlah PKR nanti…..Sepatutnya Azmin tak patut layan Mustafa lagu tu. Belum apa-apa, dah nak tunjuk kuasa. Cuma PAS saja yang tak mahu faham…..


Tuesday, April 26, 2011

BETUL KE, ANAK TERUNA ANUAR NAK BONGKAR RAHSIA PAPANYA?



Salam semua®…
Kalau betul apa yang diperkatakan oleh rakan blogger Gelombang Rakyat, maka kita amat bersyukur kerana akhirnya ada juga insan mulia yang ingin menegakkan kebenaran.  Baca seterusnya…
ANAK DERHAKA!! Itu yang disebut beberapa keluarga rapat Anwar mengenai perilaku anak lelaki beliau. Ehsan pada mulanya kembali menerima bapa beliau setelah keluar dari penjara beberapa tahun yang lalu. Akan tetapi, sikap Anwar yang tidak berubah menyebabkan puteranya itu bertindak agresif. Ehsan malah pernah menceritakan kepada rakan2 bahawa beliau amat tertekan dengan sikap bapanya yang tidak pernah berubah. Umum mengetahui perkara ini. Video Seks yang melibatkan ayahnya itu merupakan kemuncak kemarahan beliau. Jikalau boleh Ehsan hendak memukul bapanya namun atas nasihat ibu beliau Wan Azizah, Ehsan berundur. Hari ini sekali lagi Ehsan berang. Anwar akan sekali lagi akan melancarkan Gerakan Reformasi yang akan dikendalikan DAP. Ehsan semakin tidak tahan dengan sikap bapanya yang agresif menipu rakyat Malaysia. Ehsan dikatakan mengugut akan membongkar kisah perilaku liwat bapanya itu bersama rakan beliau, Saiful Bukhari. Persoalannya, adakah ugutan Ehsan ini mampu menyekat usaha jahat bapanya itu? Ramai yang tidak mengetahui bahawa Ehsan juga merupakan antara rakan baik kepada Saiful Bukhari, lelaki yang telah diliwat oleh Anwar. Adakah 1 hari nanti Ehsan akan tampil berani mati membongkar Kisah Liwat bapanya sendiri? - Sumber gelombang –rakyat.blogspot.com





Karpal Singh terkantoi akhirnya…dakwaan kononnya saiful berbohong bukanlah isu pokok…rela atau tidak sudah tidak relevan, kerana perbuatan liwat telah berlaku…buktinya, profil DNA “lelaki Y” yang ditemui di dalam dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah milik Anuar.



Salam semua®…
Mahkamah Tinggi akan memutuskan pada 16 Mei ini sama ada akan memanggil Datuk Seri Anwar Ibrahim agar membela diri atau membebaskan beliau daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya.
Kedua-dua pendakwa dan pembela mengakhiri hujah penggulungan hari ini.
Semalam, pihak pendakwa memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa profil DNA “lelaki Y” yang ditemui di dalam dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah milik pemimpin Ketua Pembangkang itu.
Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.
Dalam hujahnya juga semalam, peguam bela utama Karpal Singh berkata pihak pendakwa telah gagal membuktikan wujudnya kes prima facie terhadap Anwar dan oleh itu, tertuduh patut dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan tanpa perlu dipanggil membela diri.
Katanya saksi utama Mohd Saiful telah berbohong dalam laporan polis yang dibuatnya pada 28 Jun, 2008 bahawa kononnya aksi itu berlaku tanpa kerelaannya.
Perbicaraan kes liwat kedua melibatkan Anwar ini bermula tiga tahun lalu.- The Malaysian Insider.



ANUAR BERULANG KALI MEMINTA MOHD. SAIFUL BUKHARI UNTUK DATANG KE KONDOMINIUM DESA DAMANSARA MALAH PADA HARI KEJADIAN, ANWAR SEKALI LAGI MENGINGATKAN PENGADU AGAR KE TEMPAT KEJADIAN DENGAN MEMBAWA GEL PELINCIR, KY JELLY.


Salam semua®…
Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan sebagai penyumbang utama asid deoksiribonukleik (DNA) Lelaki Y yang ditemui di dalam rektum Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Pendedahan identiti tersebut dibuat oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden sewaktu mengemukakan hujahan di akhir kes pendakwaan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Pengesahan identiti itu juga membuatkan kesemua penyokong Ahli Parlimen Permatang Pauh yang berada di galeri awam kelihatan diam seketika.
Mohd. Yusof menyatakan, perbandingan hasil ujian DNA yang dibuat oleh saksi pendakwa kelima, Dr. Seah Lay Hong dan saksi pendakwa keenam, Nor Aidora Saedon mengesahkan profil DNA yang ditemui di dalam rektum (salur dubur) Mohd. Saiful Bukhari dengan DNA yang terdapat pada tuala Good Morning, botol minuman 'Cactus' dan berus gigi adalah sepadan.
Ketiga-tiga barang tersebut diambil dari lokap yang menempatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu semalaman pada 16 Julai 2008 selepas beliau ditangkap, sebagai bahan bukti.
''Dengan padanan tersebut, tanpa sebarang ragu, ia mengesahkan bahawa penyumbang air mani Lelaki Y yang tidak dikenali dan dijumpai di dalam dubur mangsa adalah milik tertuduh,'' tegas Timbalan Kanan Pendakwa Raya itu.
Anwar, 64, dibicarakan atas dakwaan meliwat bekas pembantu peribadinya yang berusia 26 tahun itu di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Oleh itu, ujar Mohd. Yusof, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan prima facie dalam kes tersebut dan tertuduh perlu dipanggil membela diri atas pertuduhan yang dihadapinya.
Selain itu, beliau menyatakan, barisan pembelaan tidak pernah mencabar secara serius keterangan terperinci Mohd. Saiful Bukhari berhubung kejadian liwat tersebut yang diberitahu dalam prosiding tertutup sebelum ini.
Niat tertuduh untuk melakukan perbuatan tersebut juga jelas kelihatan pada beberapa insiden yang berlaku sebelum dan pada hari kejadian.
Mohd. Yusof menyatakan, tertuduh berulang kali meminta Mohd. Saiful Bukhari untuk datang ke Kondominium Desa Damansara malah pada hari kejadian, Anwar sekali lagi mengingatkan pengadu agar ke tempat kejadian dengan membawa gel pelincir, KY Jelly.
''Tertuduh boleh berbincang mengenai jadual kerjanya dengan mangsa sewaktu masih berada di pejabat tetapi dia tidak berbuat demikian malah turut meminta Mohd. Saiful Bukhari membawa KY Jelly. Apa perlunya diminta membawa pelincir tersebut sekiranya hanya ingin berbincang mengenai jadual kerja?'' katanya.
Sepanjang perbicaraan selama 57 hari, sebanyak 26 saksi pendakwaan telah dipanggil memberi keterangan dengan saksi pertama dan utamanya ialah Mohd. Saiful Bukhari.
Prosiding di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah bersambung esok. .-Utusan
P/S-Pimpinan PAS tidak ada pilihan lain selain wajib mendesak supaya Anuar segera bertaubat. Kalau tidak, mereka akan berdosa besar kerana bersekongkol dan membenarkan aktiviti liwat berterusan di Malaysia.

Monday, April 25, 2011

Dr Wan Azizah kata: “ jika seorang Anwar tumbang, ramai lagi Anwar dalam kalangan anak muda akan meneruskan perjuangan menegakkan keadilan dalam negara ini.”


Salam semua®…
PAS memberi jaminan mempertahankan semua pimpinan Pakatan Rakyat, yang seorang demi seorang ditohmah oleh BN mutakhir ini, sehinggalah mereka dibuktikan bersalah.
Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli berkata, atas semangat Pakatan Rakyat, PAS tetap pertahankan sesiapa sahaja yang belum dibuktikan bersalah.
Dr Hatta yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai berkata, terkini media pro-BN menyerang peribadi Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang sedang dicari kelemahannya bagi memburukkan DAP dan kredibiliti Pakatan.

Beliau berucap demikian dalam program pidato umum anjuran Keadilan Seremban, dekat sini malam tadi.
Turut berucap adalah Presiden Keadilan, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, Ketua Penerangan Keadilan, Dr Mohd Nur Manuty, Ketua DAPSY yang juga Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke dan Presiden Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Cikgu Bard.
Majlis berjalan dalam keadaan hujan lebat namun hadirin tidak meninggalkan lokasi dengan terus mendengar ucapan pimpinan.
Bercakap tentang 1Melayu 1Bumi, Dr Hatta menegaskan isu terbaharu ini menunjukkan ada pihak cuba menimbulkan suasana tidak kondusif dalam kalangan rakyat berbilang kaum dalam negara ini.
Beliau mencabar Perdana Menteri Najib Razak segera mengambil tindakan menyiasat dan membicarakan mereka yang dengan mudah merangsang isu perkauman di negara ini.
"Jika Najib tidak mengambil tindakan segera terhadap golongan yang membangkitkan soal bahaya ini, bererti beliau juga bersetuju dengan isu perkauman ini," tegasnya dengan mendapat sambutan hadirin.
Jika Anwar tumbang
Sementara itu, Dr Wan Azizah yakin jika seorang Anwar tumbang, ramai lagi Anwar dalam kalangan anak muda akan meneruskan perjuangan menegakkan keadilan dalam negara ini.
Beliau yang menceritakan semula rentetan peristiwa sejak 1998 dulu yang banyak menguji perasaan hatinya.
Menurutnya, selepas Anwar bebas, beliau terus berkempen dengan semua  sahabat seperjuangan sehingga Pakatan menang besar pada Mac 2008.
"Sekarang Kak Wan rasa cukup kuat, berapa lama dah, cukuplah, sudahlah...," ujarnya lagi.
Sementara itu, Cikgu Bard berkata,  pengundi Negeri Sembilan perlu berubah untuk membolehkan seluruh rakyat mendapat nikmat hidup lebih selesa di bawah pentadbiran Pakatan nanti.-Harakahdaily
P/S – Anuar yang jenisnya lagu mana?..kalau macam Anuar Zain Ok lah jugak! Kalau Anuar yang macam Mr Y, tak payahlah…..
 

TERKINI – MEMANG SAH ‘LELAKI Y’ ADALAH ANWAR, KATA PENDAKWA. APA KATA MUSTAFA ALI KALI INI…



Salam semua®…
Profil DNA “Lelaki Y” yang ditemui di dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah milik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.
Ketua pasukan pendakwa Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata sampel-sampel DNA yang diambil daripada tiga barang di sel Anwar (gambar) ditahan semalaman pada 16 Julai 2008 sepadan dengan profil DNA “Lelaki Y”.
“Ia mengesahkan bahawa penyumbang tidak diketahui Lelaki Y adalah Datuk Seri Anwar. Ini menunjukkan ada kes prima facie,” katanya ketika menyampaikan hujah penggulungan sama ada Anwar harus dipanggil untuk membela kes liwat keduanya ini.
Yusof juga berkata Anwar adalah tahanan tunggal di lokap ketika tuala, berus gigi dan botol air mineral diambil.
Ahli kimia Dr Nor Aidora Saedon dan Supt Amidon Anan dipanggil sebelum ini untuk mengenal pasti barang-barang berkenaan yang ditanda sebagai bahan bukti.-The Malaysian Insider
P/S - Kali ini tentu Mustafa Ali tidak takut lagi gertakan daripada Azmin Ali. Kalau takut juga, maknanya.....? 


Sunday, April 24, 2011

Kempen ‘ 100 Hari Katakan Tidak Kepada Isu Perkauman’


Salam semua®…
Penulis bosanlah bila tiap-tiap hari ada saja cerita mengenai isu perkauman ini  dimainkan di   dada-dada  akhbar mahupun di media maya. Perkara ini sebenarnya tidak baik bagi negara kita yang sudah 53 tahun mencapai kemerdekaan.
53 tahun bukanlah satu tempoh yang pendek malah kalaulah dibandingkan dengan umur manusia, usia 53 tahun itu sudah cukup mendewasakan dan mematangkan seseorang dalam mengharungi kehidupan yang lebih baik, tenteram dan aman.
Tetapi, penulis hairanlah kenapa ada dikalangan akhbar ternama yang usia operasinya bolehlah dikategorikan sudah lama tapi, masih ingin  mahu memainkan isu perkauman ini.
Tidak cukup dengan akhbar-akhbar yang memainkan sentimen ini, amatlah menyedihkan ada juga dikalangan pemimpin dan bekas pemimpin politik kita amat galak bercakap dan mengulas tentang perkara yang sama.
Dalam pada susah payah Perdana Menteri kita, Datuk Sri Najib menggerakkan gagasan 1 Malaysia ini, suara-suara berbaur perkauman ini seolah-olah membantutkan usaha beliau dan kerajaan ke arah itu.

Tidak kiralah dari mana fahaman parti politik mereka, pemilik-pemilik akhbar, pemimpin dan bekas pemimpin ini sebenarnya perlu faham bahawa amalan berpolitik menggunakan  isu perkauman ini bukanlah sesuatu yang baik untuk masyarakat majmuk seperti di Malaysia ini.
Realiti hidup rakyat berbilang kaum di Malaysia sebenarnya tidaklah seteruk mana. Bermula daripada rakan jiran tertangga, rakan sekolah, rakan kolej, rakan kerja, rakan niaga, rakan seni, rakan sukan, rakan ‘cop’, rakan sosial dan rakan politik, kita sebenarnya tidak ada masalah. Perhubungan kaum di antara kita masih lagi kukuh sebagai rakyat Malaysia yang bermaruah.

Pergilah ke mana-mana sahaja, rakyat Malaysia sentiasa rasa aman dan boleh berinteraksi tanpa ada rasa sangsi dan syak wasangka di antara mereka.
Akan tetapi, perkembangan politik negara sejak kebelakangan ini agak merimaskan semua orang termasuklah penulis sendiri. Berpolitik tu bukanlah tidak boleh, tetapi berpolitik secara rakus menggunakan sentimen atau isu perkauman mestilah ditentang habis-habisan kerana kesan buruknya kepada masyarakat berbilang kaum di Malaysia yang tercinta ini akan lebih teruk kalau tidak dibendung dari sekarang.
Sebelum terlambat, perbetulkanlah dari sekarang. Pemimpin-pemimpin politik dan akhbar-akhbar harus sedar, selain berpolitik, penulis rasa banyak lagi elemen penting dalam masyarakat yang perlu difikirkan bagi memudahkan kerajaan  menjalankan dasarnya dengan lebih baik.  Tidak perlulah mereka memfokuskan hanya kepada perkara-perkara politik sahaja.
Untuk itu, sebagai permulaannya, penulis sarankan agar ada di kalangan NGO yang ikhlas dalam hal ini menggerakkan Kempen ‘ 100 Hari Katakan Tidak Kepada Isu Perkauman’ . Bantuan daripada Kementerian Dalam Negeri dan juga Polis serta Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan perlu dalam menjayakan kempen nasional ini.