Wednesday, April 06, 2011

WEE CHOO KEONG : “MENGAPA MEREKA (PR) MENOLAK PELUANG KEEMASAN INI (SURUHANJAYA DIRAJA)?,….SAYANG, PERKARA INILAH YANG MENGHALANG ANWAR MENJADI PERDANA MENTERI LEBIH CEPAT,”…


Salam semua…
Penubuhan suruhanjaya diraja merupakan satu lagi peluang keemasan untuk pembangkang menawan Putrajaya dan menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Ini kerana menurut Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong, jika siasatan suruhanjaya tersebut menunjukkan video seks didakwa melibatkan pemimpin pembangkang itu memang satu konspirasi menjatuhkannya.
Beliau berkata, peluang itu hadir kerana pihak pembangkang boleh memilih meletakkan ‘orang kuat’ mereka dalam suruhanjaya tersebut selain ia akan disertai pakar dari luar negara untuk mencari kebenaran.
“Mengapa mereka menolak peluang keemasan ini? Mereka boleh memilih untuk meletakkan lima wakil terdiri daripada Karpal Singh, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menyertai suruhanjaya itu.
“Pakar-pakar pula, mereka boleh ambil dari negara mana saja yang pastinya bersikap berkecuali. Ini peluang keemasan tetapi mereka menolak dengan alasan isu ini tidak penting.
‘‘Adakah keperibadian bakal Perdana Menteri ketujuh seperti didakwa mereka, tidak penting diketahui rakyat Malaysia?” soalnya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini.
Beliau mengulas kenyataan beberapa Ahli Parlimen pembangkang di lobi Parlimen hari ini yang mendakwa akan menentang sebarang usaha menubuhkan suruhanjaya diraja kerana ia tidak perlu dan perkara itu remeh.
Choo Keong dalam pada itu turut membidas Karpal yang disifatkannya tampak ‘konsisten bersikap tidak konsisten’ dalam berpolitik.
“Pada 1997 di Hotel Federal, dengan lantang Karpal mendakwa beliau mempunyai bukti penglibatan Anwar dalam kes sodomi. Tetapi kini beliau membelanya pula.
“Dalam hal ini juga sama, beliau sebelum ini sering mendesak ditubuhkan suruhanjaya diraja tetapi video seks ini tidak mahu pula. Mengapa pilih-pilih isu? Sebab itu saya katakan beliau terus konsisten bersikap tidak konsisten. Sayang, perkara inilah yang menghalang Anwar menjadi Perdana Menteri lebih cepat,” katanya.
Sementara itu Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng berkata, melalui pemerhatiannya, beliau boleh mengatakan individu dalam video berkenaan 80 peratus menyerupai Anwar.
“Saya harap mereka boleh tentukan dengan teknologi lebih baik. Saya lihat rakan-rakan dalam Pas dan DAP pun mereka bukannya menyokong, mereka hanya nafikan itu Anwar.
“Kalau ada bukti itu adalah Anwar, saya mahu tengok apa reaksi mereka. Tetapi saya pasti ia akan memporak-perandakan pakatan pembangkang kerana PKR bertindak sebagai orang tengah yang menyatukan Pas dan DAP. Tanpa PKR, habis semuanya,” katanya.-Utusan
P/S – Hanya satu jawapan saja, BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH !....Anuar…Anuar….kes DNA nya dengan Saiful belumpun habis, dah ada isu lain pula…

No comments: