Sunday, April 03, 2011

GEMPAR! ANUAR AKHIRNYA SETUJU PIHAK BERKUASA MENAYANGKAN VIDEO SEKS DI PARLIMEN?



Salam semua…
Peguam yang mewakili DS Anuar di dalam perbicaraan kes liwat Saiful, Karpal Singh akhirnya terpaksa tunduk di atas desakan orang ramai malah, beliau sendiri telah memberikan kenyataan yang mengejutkan semua orang hari ini bila mencadangkan pihak berkuasa menayangkan video seks  yang hangat diperkatakan di Parlimen.
Adakah ini petanda bahawa DS Anuar telah  memberikan konsensus beliau supaya Karpal Singh bercakap bagi pihaknya?
Ikuti kenyataan Karpal Singh yang disiarkan oleh Malaysiakini lewat petang tadi.
Karpal Singh menyeru pihak berkuasa menayangkan video seks Carcosa di Parlimen kerana ia mempunyai imuniti untuk melindungi ahli parlimen daripada sebarang liabiliti jenayah.
Ahli parlimen Bukit Gelugor itu berkata, mendedahkan video itu untuk tatapan umum merupakan kesalahan mengikut Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.
Bagaimanapun, katanya, jika ditayangkan di dalam Parlimen akan memberi imuniti kepada ahli parlimen daripada sebarang liabiliti jenayah atau lain-lainnya.
Karpal berkata, ia pernah dilakukan pada 1992 berhubung video seks DP Vijandran.
P/S – Rupa-rupanya doa dan solat hajat yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat baru-baru ini telah diterima dan diberi petunjuk oleh Allah SWT. Sama-samalah kita nantikan episod berikutnya.

3 comments:

Anonymous said...

Mohon pihak berkuasa tidak akan membenarkan Video Seks ditayangkan di Parlimen.

Mr.Karpal jangan sesekali mencemarkan Parlimen kita you must be crazy. Just set up Royal Commission.

The whole world will laugh at us if that happens. Dalam Royal Commission pun you can view together with Mr. Lim Kit Siang, Nik Aziz and Dr. Wan Azizah for the authencity of the video and actor.

Anonymous said...

Anon 12:30,
You are 101% right.

Anonymous said...

parlimen above the LAW ?? no, no, no, no to RCI, download from internet can, HA HA HA