Sunday, April 03, 2011

PESAKIT SEKS TEGAR PERLU DIRAWAT BUKANNYA DISOKONG. DILEMA POLITIK MALAYSIA DALAM MEMILIH PEMIMPIN.

                              Hospital adalah tempat yang sesuai untuk mendapat rawatan. Bukannya di rumah...

Salam semua…
Penulis amat hairanlah dengan sikap sesetengah rakyat di Malaysia ini yang sanggup bertungkus-lumus menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit semata-mata ingin mempertahankan seorang pemimpin politik yang telah banyak dikaitkan dengan salah-laku seks yang berulang-ulang.
Di dalam entri yang lepas ( klik  di sini ), penulis ada menyentuh soal perlunya pesakit seks tegar ini dirawat dan bukannya disokong oleh orang ramai.
Alhamdulillah, hari ini Mingguan Malaysia melalui ruang bisik-bisik karangan Awang telah menyentuh perkara yang sama. Semoga kita mendapat ikhtibar daripada tulisan beliau. Baca seterusnya:
Skandal seks melibatkan personaliti, bintang mahupun tokoh politik sejak kebelakangan ini mendedahkan kita kepada suatu perkara yang tidak diberikan perhatian selama ini.
Apakah perkara itu? Sebahagian daripada pelaku skandal terdiri daripada mereka yang sebenarnya menghadapi gejala ketagihan seks.
Bekas bintang golf nombor satu dunia, Tiger Woods pernah dikaitkan dengan masalah ketagihan seks. Pada awalnya, hubungan intim beliau dengan beberapa wanita dilihat sebagai sekadar skandal.
Ia kemudian dikesan mempunyai kaitan dengan ketagihan seks. Awang masih ingat bagaimana isterinya menyatakan kesediaan untuk menerima semula Woods tetapi bersyarat – mesti menjalani rawatan pemulihan gejala itu.
Berdasarkan pandangan pakar perubatan antarabangsa ketagihan seks adalah masalah sejagat. Di Malaysia juga tidak terkecuali. Awang mendapat tahu bahawa semakin banyak kes ketagihan seks dirujuk kepada pakar meskipun tidak sebanyak di negara Barat.
Antara sindrom utama golongan ketagih seks ialah mereka akan mencari jalan untuk melepaskan nafsu biar apa sekali pun halangan. Selain itu, mereka akan menafikan tabiatnya itu jika diketahui serta sukar untuk berhenti daripada perbuatan tersebut.
Majalah Time terbitan Februari lalu turut memaparkan isu berkaitan ketagihan seks. Antara persoalan menarik ialah mengapa mereka yang terjebak dengan gejala itu sanggup mengambil risiko yang tinggi hanya untuk memenuhi kehendak nafsu?
Apabila terjebak, soal moral tidak lagi menjadi perkiraan. Maruah keluarga malah segala-galanya dipertaruhkan. Jika seseorang itu berkedudukan lebih besar dan mempunyai pengaruh meluas, ia boleh memudaratkan agama, negara dan rakyat. Sehingga kini, tiada definisi jelas tentang ketagihan seks tetapi ia merangkumi pelbagai bentuk ketagihan dan melibatkan semua peringkat usia.
Di Malaysia, banyak kes warga tua berusia mencecah 70-an merogol serta mencabul kanak-kanak serta remaja. Terdapat juga beberapa kes liwat melibatkan warga tua selain gangguan seksual. Menurut seorang pakar, Dr. Martin Kafka, para penagih seks turut dikenalpasti sebagai golongan hypersexual, yang perlu difahami kecelaruan mereka.
Seorang jurulatih penyelamat, Neil Melinkovich, 59 di Amerika Syarikat menyatakan ketagihan arak lebih mudah dikawal dan boleh dilihat daripada luaran. ‘‘Tetapi anda tidak boleh menghentikan sama sekali ketagihan dan keinginan seks yang keterlaluan,’’ katanya. Beliau yang merupakan bekas model dan aktif menulis, telah menjalani program pemulihan ketagihan seks lebih 20 tahun.
Awang berpendapat sudah sampai masanya di Malaysia, sesiapa yang mengalami ketagihan seks ini dianggap sebagai golongan bermasalah dan mengidap penyakit yang memerlukan rawatan. Ramai tokoh dan personaliti di Barat turut mendapatkan rawatan seumpama itu secara senyap-senyap. Menerusi perdebatan banyak pihak termasuk American Psychiatric Association (APA), pelaku ketagihan seks bukan sahaja dilihat dari isu kegagalan moral bahkan sebagai penyakit.
Di Malaysia, persoalannya berapa ramai yang sudah dikategorikan dalam golongan ketagih seks? Pendedahan meluas kepada bahan pornografi terutama ledakan teknologi maklumat memburukkan lagi keadaan. Awang percaya ramai termasuk tokoh yang mungkin akan terus bersembunyi di sebalik wajah insan yang normal. Cabaran kita, apa lagi yang kita tidak tahu tentang kegilaan tabiat mereka. Apa pun belum terlambat mereka menjalani rawatan dan diselamatkan. Akan ada peluang kedua untuk sesiapa sahaja sama ada rakyat kecil mahupun orang kenamaan. Syaratnya seperti kata Melinkovich - hentikan hipokrasi dan jangan malu untuk berubah.-Awang, Utusan Malaysia
P/S – Penulis akan lebih rasa sedih dan kecewa jika Isteri kepada pesakit seks tegar di atas adalah seorang Doktor yang gagal membantu memulihkan penyakit suaminya.

1 comment:

bayan said...

Salam Bro, sepatutnya dah lama Bang Nuar Sickman dimasukkan hospital utk menerima rawatan masalah anu nya yg tak memilih tempat utk di nyahkan.