Tuesday, April 12, 2011

ISU JAM OMEGA: BERANG (MARAH) YANG TIDAK BERTEMPAT. BUKTI ANUAR BERCAKAP BOHONG?


Salam semua…
Sikap Datuk Seri Anwar Ibrahim beremosi apabila ditanya mengenai jam tangan Omega, berhubung kait kes rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang, hanya helah beliau untuk mendapat simpati rakyat.
Penasihat Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Dr. Ahmad Zaki Ismail berkata, dengan helah itu rakyat akan membuat andaian bahawa ketua pembangkang itu dianiaya dan menerima tekanan berlebihan berhubung isu tersebut.
Justeru, beliau menyarankan pihak media serta pemimpin muda agar lebih berhati-hati supaya tidak terjebak dengan permainan Anwar yang hebat dalam memanipulasi setiap isu bagi kepentingan peribadinya.
"Kita jangan terpedaya dengan permainan oleh beliau dan sekutunya kerana inilah karakter Anwar supaya rakyat melihat dia dianiaya.
"Justeru, beri peluang kepada pihak berkuasa menyiasat supaya isu ini boleh dibuktikan secara fakta, bukan segi emosi," katanya.
Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia (PPPMM), Datuk Dr. Kamarudin Kachar  pula berkata, sikap Anwar yang berang apabila diajukan soalan mengenai jam tangan itu membuktikan beliau bersalah dalam isu itu kerana enggan memberi kerjasama apabila diminta.
"Inilah sikap Anwar yang tidak jujur dan mahu menyusahkan serta mengelirukan rakyat. Rakyat mesti tahu apa jenis manusia Anwar ini yang suka cakap putar-belit dan berdolak-dalik apabila mendakwa polis masih belum memintanya untuk menyerahkan jam tangan tersebut," kata beliau.-Utusan
P/S – Inilah yang Datuk Nalla maksudkan bahawa skill auta beliau yang kekadang sengaja dibuat-buat contohnya menukar epal menjadi oren. Tapi, siapa yang rugi sebenarnya?.....

1 comment:

SopheaMaya said...

ada dorg ckp wan azizah xnak tunjuk jam omega tu cz nnt sng lah untuk musuh2 anwar akan wat resit plsu ttg jam tu.. so meaning that msuh anwar akn wat faje prove tp nmpk cm real prove.. cmner tu.. pa komen admin.