Saturday, January 15, 2011

ADAKAH PATUT DS ANUAR PANGGIL UMMI HAFILDA SEBAGAI NYAMUK?


                                                         Mungkin Nyamuk Inikah Yang Dimaksudkan Oleh DS Anuar ?


Salam semua…

Penulis nak tergelak adakah patut Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, (DSAI)  menggelar adik kawan baiknya, Ummi Hafilda Ali sebagai nyamuk. Nyamukpun nyamuklah wahai Ummi Hafilda. Biarkanlah dia nak kata apapun. Tapi tolong bagi dia tau bahawa nyamuk ni bukanlah sebarangan nyamuk. Nyamuk ni adik kembar kepada nyamuk aedes. Silap-silap haribulan nahas kau wahai DSAI!

Ikuti jawapan balas daripada DSAI di atas cabaran Ummi Hafilda Ali untuk berdebatnya. Paparan ini penulis ambil dari Malaysiakini bertarikh 15/01/2011 (Klik  di sini.  ).

"Itu hanya soal nyamuk", kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika diminta mengulas cabaran Ummi Hafilda Ali untuk berdebat dengannya berhubung kebenaran kes salah laku seks beliau.

Ummi Hafilda yang merupakan adik kepada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pernah menjadi saksi penting kes liwat Anwar pada 1998.

Anwar berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai cabaran debat itu ketika ditemui pada majlis "Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno" di Kampung Geliga, di Kemaman, hari ini yang dirasmikan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ketika diminta mengulas lanjut mengenai cabaran debat yang dibuat oleh Ummi Hafilda pada Khamis lalu itu, Anwar berkata beliau menyerahkan kepada Presiden PAS untuk menjawab isu berkenaan.

Abdul Hadi sebelum itu ketika ditanya berhubung kenyataan Ummi Hafilda yang mahu memfailkan saman berjumlah RM700 juta terhadap Anwar, Azmin, Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail, peguam Karpal Singh dan parti PAS kerana salah laku mereka terhadapnya pada 1997, berkata:

"Itu nyamuk saja yang dilepaskan, jadi biarlah nyamuk yang jawab".

Daripada jumlah RM700 juta itu, Ummi Hafilda berkata saman terhadap Anwar berjumlah RM300 juta dibuat atas dakwaan salah guna kuasa selaku Timbalan Perdana Menteri pada 1997 yang mengarahkan dia ditangkap dan didera bagi mendapatkan pengakuan palsu berhubung skandal seks.

Ummi Hafilda berkata saman berjumlah RM200 juta terhadap Karpal, RM100 juta terhadap Wan Azizah dan RM100 juta lagi terhadap PAS.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pesuruhjaya PAS Terengganu Datuk Harun Taib yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Pusat.

- Bernama

3 comments:

Ular Menyusur Akar said...

Kawan UMA kena gigit nyamuk. 3 hari aje. Inalillahi wainalillahhirajiun.

agbr47: Ishh.. dia orang ni tak takut nyamuk betina ke?

Salam semua (R)... said...

Salam UMA...

Kalau nak tau nyamuk jantan tu makanannya adalah madu atau cairan daripada pokok-pokok bunga.

Ha...nyamuk betina pula memanglah ganas. Makanannya adalah darah...

Ini fakta sains dan bukanlah penulis reka-reka.

Jadi...siapa yang berani berdebat dengan nyamuk betina, awas kamu!

3 hari tu dah kira bernasib baik...

Anonymous said...

org panggil nyamuk pun suka.. bodonya..