Saturday, January 22, 2011

PRK TENANG - DOA KEHANCURAN DARIPADA PARTI PAS SEBAGAI MODAL POLITIK?

                                              Doa Era Nik Aziz Nik Mat


-->Salam semua…
Gambar dan kenyataan di atas bukanlah salah satu daripada ajaran Islam. Mendoakan kehancuran umat Islam yang lain yakni umat yang bersembahyang serta tidak menyekutui Allah adalah amalan bida’ah yang dilarang oleh Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW.
Tidak ada di dalam ajaran para rasul-rasul terdahulu tentang amalan berdoa sebegini. Hanya Nik Aziz dan sekutu-kutunya dalam parti PAS berani dan tidak takut  kepada Allah dengan  mencipta doa sebegini bagi mengaburi mata penyokong fanatiknya bahawa Islam hanya untuk PAS.
Peliknya hanya parti politik Islam UMNO sahaja yang  menjadi sasaran doa kehancuran daripada PAS  dan tidak kepada parti-parti politik lain seperti parti DAP dan PKR . Kerana apa,
1. Kerana kuasa politik dunia yang mereka kejar daripada UMNO
2. Kerana undi yang mereka tagihkan bagi mengalahkan UMNO.
3. Kerana jawatan dalam kerajaan baru Pakatan Rakyat daripada kerajaan UMNO
4. Kerana perjanjian syaitan dengan DAP dan PKR seperti kata YB Zulkifli Noordin
5. Kerana perjanjian talak tiga kepada para-para Isteri serta wala’ tak bertempat ke atas pemimpin-pemimpin mereka.
6.Kerana  Nik Aziz Nik Mat yang sorang tu.
Adakah mereka betul-betul ikhlas berdoa kepada Allah untuk diberinya petunjuk kepada mukminin UMNO yang lain?
Jawapannya TIDAK…mereka masih lagi mahu semua orang tahu bahawa mereka benci yang teramat sangat kepada Islam UMNO. Jadi sebab itulah mereka berterusan dan dengan megahnya menunjukkan kenyataan dan iklan besar doa-doa mereka agar menjadi ikutan umat Islam yang lain.
Adakah ini amalan dalam Islam? Tanyalah orang yang paling arif dalam Islam yang berdekatan dengan anda kecuali puak-puak PAS bagi mendapat jawapannya.
Semoga Allah memberi ketenangan dan pertunjuk kepada mereka-mereka yang kurang faham dalam PAS tapi masih berdoa untuk kehancuran umat Islam yang lain.

No comments: