Sunday, January 02, 2011

Teo Nie Ching Dan Teresa Kok – Adakah Anda Berdua Pelakon Cina Terakhir Dot…Dot…Dot…

                                           Ayoh Semua Joget, Jangan Tak Joget

Salam semua…

Penulis merasa hairan kenapa 2 isu hangat sekarang ini yang melibatkan 2 pemimpin DAP adalah terdiri dari kaum wanita mereka. Adakah ini petanda bahawa DAP dan sekutunya PAS telah berpakat membangkit isu agama sebagai senjata mereka bagi memerangkap kerajaan di bawah pimpinan UMNO?

Habis-habis kita tengok pelakon wanita Cina terakhir  itu juga yang kita nampak. Pelbagai gaya dan aksi mereka mengalahkan aksi wanita Melayu terakhir kita dot..dot..dot…

Sebab itulah dapat kita lihat bahawa PAS bermati-matian menyokong tindakan DAP walaupun pada dasarnya mereka tahu adap dan etika yang perlu diikuti orang-orang bukan Islam bila mengunjungi Masjid. Majlis Fatwa Kebangsaan sendiri telah lama memperjelaskan tentang isu ini.

Jadi persoalan mereka sebelum ini tentang "Samada orang bukan Muslim boleh masuk surau? Samada orang bukan Muslim boleh masuk perkarangan masjid? Samada orang bukan Muslim boleh baca Quran? Samada orang bukan Muslim boleh guna Kalimah Allah? Semuanya telahpun diperjelaskan dengan sejelas-jelasnya oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Kenapa mereka masih  lagi berusaha membangkitkan isu yang sama? Setaraf YB, bodoh atau dungukah mereka?

Yang pertama kita lihat kontroversi  berhubung isu tidak menutup aurat dan  pemakaian sendat semasa menghadiri aktiviti senamrobik yang bercampur dengan peserta lelaki di perkarangan sebuah masjid di Cheras yang melibatkan  anggota parlimen Serdang, YB Teo Nie Ching.

Yang keduanya Ds Najib diserang oleh YB Teresa Kok kononnya ada pegawai dari pejabat beliau tidak sensitif terhadap agama kristian.Sambutan hari krismas yang dihadiri oleh PM di rumah ketua biskop gereja katolik di Kuala Lumpur. DS Najib difitnah kononnya beliau tidak menghayati semangat 1Malaysia.

Dakwaan ini diperbesarkan sedangkan majlis tersebut mendapat sambutan oleh rakyat dan sudah 5 hari berlalu, tindakan YB Teresa Kok seolah-olah cuba membangkitkan sentimen kononnya Ds Najib dan pentadbirannya anti kepada Kristian.

Mereka dengan sengaja mensensasikan berita di atas melalui blog-blog politik mereka seolah-olah kerajaan UMNO BN melakukan kesalahan besar kepada rakyat Malaysia.

Pada pendapat penulis, daripada kedua-dua isu terkini di atas, mereka sebenarnya sengaja mencipta isu dengan harapan supaya;

1) Orang-orang bukan Melayu atas pagar termasuklah yang mula menyokong gagasan 1 Malaysia  mula membenci dan menjauhi kerajaan Melayu BN kerana bersikap hipokrit atau cakap tak serupa bikin.

2)Mencipta persepsi baru bahawa kerajaan UMNO BN bersikap rasis terhadap kaum bukan Melayu.

3)Mencipta persepsi bahawa orang-orang UMNO, bukanlah Islam tulen dan tidak boleh dibuat sebagai rujukan (kononnya parti PAS sebagai mentor mereka).

4)Mencipta persepsi bahawa Kerajaan UMNO dibawah DS Najib gagal menangani isu ini secara ‘gentlement’ sebaliknya menggunakan perantara media contohnya Utusan Malaysia sebagai jawapan balas daripada kerajaan?

Pada pandangan penulis, sebelum arang menjadi abu, Kerajaan perlu  bertindak  secepat mungkin agar sentimen agama tidak dipolitikkan secara sesuka hati oleh parti-parti pembangkang dalam usaha mereka untuk mengekalkan sokongan orang-orang bukan Melayu kepada parti mereka.

Penulis percaya keadaan ini timbul adalah titik tolak dari tindakbalas mereka di atas kejayaan konsep 1 Malaysia yang berjaya diterapkan oleh kerajaan BN.

Jadi sebelum terlambat, bertindaklah  secara bijak….

2 comments:

Anonymous said...

persoalan pokok...yang selama ini merupakan asas...telah menjadi dahan...cabang...dll...

dimanakah akidah seorang hamba ALLAH apabila tidak mempertahankan kalimah ALLAH daripada digunakan oleh agama selain agama ISLAM (YANG BENAR)...?

apakah kepercayaan dan keyakinan seorang hamba ALLAH apabila mempertikaikan sumpah laknat...sdgkan yang bersumpah itu atas nama ALLAH meminta ALLAH melaknat yang bersumpah itu sekiranya tidak benar...dan kesaksiannya adalah ALLAH...?

dinamakah diletakkan kepercayaan dan keyakinan terhadap ALLAH...apabila sering mempertikai..mengelirukan hukum hakam yang telah jelas...?

jangan bicara tentang hati..jika yang hanya ada hasad dengki...ego semata...jangan bicara tentang kebenaran...jika yang hanya ada tamak..taksub...fanatik...

wallahu'alam...

Salam semua (R)... said...

Salam saudara anon January 2, 2011 12:24 PM,

Betul kata saudara/i. Sebenarnya tiada cahaya iman dalam diri mereka. Mereka sebenarnya bertindak zalim pada diri sendiri juga pada umat-umat yang lainnya. Ilmu yang ada belum cukup mengawal nafsu seta logik akal mereka yang cintakan dunia.

Terima kasih di atas sokongan anda.