Penulis terpanggil untuk memberi sedikit ulasan mengenai ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng baru-baru ini di Tasek Gelugor Pulau Pinang sepertimana yang telah disiarkan oleh harakah daily bertarikh 02/01/2011. Klik di sini.
TASEK GELUGOR, 2 Jan: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyifatkan Utusan Malaysia umpama 'nasi goreng basi' kerana terus memainkan isu walaupun tahu isu yang dipaparkan tidak lagi relevan pada masyarakat.
Katanya, akhbar tersebut terus menabur fitnah yang boleh dikatakan semua isu sudah dijawab dan ada antaranya telah memakan diri Umno sendiri.
Tambahnya, isu wang judi sampai kini menjadi mainan bibir pemimpin Umno dan Utusan Malaysia sebagai lidah rasmi parti itu sengaja memaparkan isu berkenaan walaupun tahu ia telah selesai.
"Utusan Malaysia macam nasi goreng basi senantiasa ulang cerita yang sudah selesai. Mereka terus sebut isu yang berulang walaupun tahu telah menikam Umno sendiri dengan harapan menyerang Kerajaan Pakatan Rakyat secara bertalu-talu," ujarnya ketika berucap di majlis Jubli Perak PAS Kawasan Tasek Gelugor di Dewan Besar Sungai Dua malam tadi.
Beliau sebagai peneraju Negeri Pulau Pinang berharap rakyat tidak termakan dakyah jahat Umno dan Barisan Nasional (BN) sebaliknya memberi kepercayaan pada Pakatan Rakyat yang sedang memerintah agar terus melaksanakan berbagai program menjana perubahan pemikiran rakyat.
Kerajaan berhati rakyat tambahnya, melakukan berbagai perencanaan untuk meningkatkan sosio ekonomi, kebajikan dan seterusnya memberikan kemudahan terkini seperti Wifi pada rakyat mulai tahun ini.
Selain itu, ujarnya kerajaan berkonsepkan Cekap, Akautabiliti dan Telus (CAT) mahukan pembelaan rakyat dijadikan amalan apabila memberikan RM100 kepada ibu tunggal dan Orang Kurang Upaya (OKU) sebagai rangkaian bantuan kepada warga emas dan miskin tegar.
"Negeri berkebajikan menjadi amalan kerajaan bukan macam Umno dan BN asyik memenuhkan poket sendiri dan sanggup melihat rakyat menderita dan sengsara," tegasnya yang juga Setiausaha Agung DAP.
Ulasan penulis.
Penulis hairan kenapa Lim Guan Eng (LGE) hendak marah pula? Memang betulpun pertanyaan UMNO tentang pengesahan penerimaan wang haram judi kuda oleh kerajaan DAP Pulau Pinang belum lagi terjawab. Apa yang basinya, ‘fresh’ lagi ma? Wang tersebut khabarnya telahpun dipulangkan oleh UMNO kepada kerajaan DAP Pulau Pinang, akan tetapi mungkin kerana mereka tersangat malu kepada orang ramai, sehingga sekarang tiada pengesahaan penerimaan secara resmi dikeluarkan oleh mereka.
Mana satu betul, nasi goreng UMNO ke ataupun nasi goreng ala DAP yang sebenarnya basi?
Patutlah mereka arif sangat pasal basi-basi ni, tengok saja cakap-cakap mereka selalunya berputar-putar dan terlebih goreng, patutlah jadi basi cepat. Contohnya lihat saja kenyataan LGE di bawah;
“Beliau sebagai peneraju Negeri Pulau Pinang berharap rakyat tidak termakan dakyah jahat Umno dan Barisan Nasional (BN) sebaliknya memberi kepercayaan pada Pakatan Rakyat yang sedang memerintah agar terus melaksanakan berbagai program menjana perubahan pemikiran rakyat.”
Sepatutnya tujuan mana-mana kerajaan dalam mengadakan berbagai program yang paling penting sekali mereka perlu berkerja keras untuk menjana ekonomi ataupun pendapatan rakyat terlebih dahulu! Ini tidak, mereka pandai pusing ayat jadi program propaganda bagi menjana perubahan pemikiran rakyat terlebih dahulu, lepas tu baru nak fikir tentang ekonomi rakyat. Kemudian tu nak gula-gula orang Pulau Pinang pulak kononnya nak bagi kemudahan terkini seperti Wifi pada rakyat mulai tahun ini.
Sebenarnya dah lama dah. Dah nak masuk tahun ke 3 pun tapi, habuk pun tarakkk….Cakap saja lebih. Itulah cara LGE perintah negeri Pulau Pinang kalau orang negeri lain nak tahu.
Sememangnya kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah LGE ni kuat penipu. Depa belanja duit rakyat pi sana pi sini (Australia dan China) bawa YB-YB PAS dan PKR sekali katanya nak cari pelabur baru. Sebenarnya bukanlah mereka ikhlas sangat nak tolong memakmurkan rakyat. Tup-tup dah terlajak kata, tersembur dan terkeluar cerita mereka cuma berkerja untuk ‘tune’ kepala rakyat Pulau Pinang sahaja! Patutlah Salleh Man dan Mansor sayang sangat dekat LGE, rupa-rupanya kepala depa dah kena ‘tuned’. Jahat sungguh kamu LGE nih!
No comments:
Post a Comment