Saturday, January 29, 2011

GARA-GARA AMBIL CUTI SAKIT 21 HARI, AKHIRNYA PELAN SUAMI CIKGU MALA TERKANTOI!!...

                                            Oh berkempen....!!  Beliau sihat rupanya.....
   

Salam semua…

Penulis tidak tahulah apa nak jadi dengan sipolan ini. Katanya beliau seorang guru kerajaan yang sudah lama berkhidmat. Seseorang yang berstatuskan guru ni, selalunya dipandang mulia oleh semua orang. Daripada kanak-kanak kecil sampailah ke orang-orang tua. Tugas guru bukanlah sahaja setakat mendidik , malah tingkah-laku mereka yang positif dalam segala hal, akan sentiasa menjadi pedoman dan ikutan orang ramai.

Tetapi ianya amat berlainan dengan perangai dan tingkah-laku sipolan ini. Beliau didakwa telah menyalahgunakan sijil cuti sakit selama 21 hari beliau bagi membantu isterinya berkempen pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Tenang. Pelik sungguh perangai beliau. Tidak ada di dalam sejarah perguruan tanah air kita, ada guru yang sanggup melakukan perbuatan yang memalukan ini.

Kalau benarpun nak tolong isteri berkempen, berlaku jujurlah atau mohonlah cuti secara baik-baik, misalnya ambil cuti tanpa gaji ke, atau apa-apapun yang penting ianya tidak akan membelakangkan etika perguruan.

Secara logiknya, orang yang diberi cuti sakit seperti kes beliau sepatutnya, mendapat rawatan susulan atau berihat sahaja di rumah. Tetapi yang peliknya, gambar-gambar beliau tiap-tiap hari terpampang di dada-dada akhbar membantu isterinya,  Normala Sudirman, yang juga merupakan calun PAS yang berkempen pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Tenang. Sakit apa lagu tu? buat malu dekat anak-anak murid sahaja.

Perangai atau tingkah-laku sipolan yang tidak jujur itu sedikit sebanyak telah mencalar profession perguruan keseluruhannya. Dalam hal ini kesalahan tidak sepatutnya diletakkan ke atas bahu doktor yang merawat dan memberikannya sijil cuti sakit. Beliaulah yang bersalah, yang pertama kerana bercakap bohong kepada doktor yang merawatnya dan yang ke dua,  beliau berbohong kepada majikannya iaitulah Guru Besar di sekolah barunya dan yang ketiga, beliau telah berbohong kepada Kerajaan Barisan Nasional yang membayar gajinya.

Dan yang terbaru katanya…beliau menyorokkan dirinya bila rasa diri dah terkantoiii ...kerana  apa?  kerana semua orang dah tahu…Alahai, cikgu…cikgu…rupanya cikgu zaman P.Ramlee masih ada lagi rupanya….

Ikuti perangai kurang molek beliau seperti yang disiarkan oleh Utusan Online bertarikh 29/01/2011 
(Klik  di sini.  ).

LABIS 28 Jan. - Menyedari dirinya menjadi "buruan ramai" khususnya media massa untuk mendapat komen mengenai isu sijil cuti sakit (MC), suami calon Pas, Maarof Abd. Mutalib hari ini memilih untuk 'menyembunyikan' diri.

Jika sebelum ini beliau sentiasa menemani isterinya, Normala Sudirman berkempen dari pagi hingga malam, tetapi kelibatnya tidak kelihatan hari ini dan dipercayai 'kehilangan' Maarof ada kaitan dengan pendedahan mengenai MC selama 21 hari yang diambilnya.

Normala atau lebih dikenali sebagai Cikgu Mala memberitahu, suaminya tidak dapat menemaninya berkempen hari ini kerana mempunyai urusan lain.

"Dia (suami) ada tugas lain dan tidak dapat bersama saya hari ini. Dia ada komitmen yang harus diselesaikan," katanya semasa ditemui pemberita di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan status kesihatan suami calon Pas tersebut berikutan beliau didapati mengambil cuti sakit sehingga 21 hari sepanjang bulan ini seperti yang dilaporkan di dalam sebuah blog, http://marahku.blogspot.com.

Blog tersebut mendakwa Maarof cuti sakit, tetapi pada masa yang sama dilihat bersama isterinya pada majlis-majlis dan kempen yang dijalankan oleh calon Pas itu.

Ditanya sama ada isu MC suaminya akan memberi kesan kepadanya, Cikgu Mala berkata: "Bagi saya isu ini tidak akan memberi kesan kepada baki perjalanan kempen yang tinggal dua hari lagi."

Normala yang pada mulanya enggan menjawab isu itu meminta pihak media sendiri mendapatkan kesahihan dan kenapa MC itu dikeluarkan oleh doktor tersebut.

Beliau mendakwa MC itu kemungkinan ada kaitan dengan pertukaran suaminya dari Sekolah Menengah (SM) Tenang Station ke SM Pasir Gudang sehingga menyebabkan beliau tertekan.

Katanya, pertukaran sekolah dalam tempoh 24 jam itu memberi kesan kepada suaminya memandangkan pada masa sama beliau telah berhenti menjadi guru.

"Suami saya jarang mengambil cuti (sakit) dan seorang yang komited terhadap kerja. Saya harap agar isu ini tidak dijadikan spekulasi dan disensasikan oleh media.

"Bagaimanapun, setakat ini keadaan dia (suami) baik dan emosinya sudah semakin stabil," katanya.
Normala turut mendakwa suaminya terpaksa mengambil cuti sakit di hospital besar di Segamat kerana tiada hospital besar di Labis.

Sementara itu, usaha Utusan Malaysia untuk mendapatkan penjelasan daripada Maarof gagal kerana panggilan telefon tidak berjawab.

No comments: