Sunday, January 09, 2011

KARPAL SINGH TELAH MELAKUKAN SUMPAH BOHONG?




Salam semua…

Penulis ingin berkongsi maklumat tentang komen berapi terkini daripada YB Zulkifli Noordin sepertimana yang disiarkan oleh Utusan Online / Mingguan Malaysia bertarikh 09/01/2011. Klik Di sini.

KUALA LUMPUR 8 Jan. – Perbicaraan kes liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin bakal mencatat sejarah tersendiri sekiranya peguam bela Anwar, Karpal Singh (gambar) disapina sebagai saksi Pendakwaraya kes itu.

Cadangan supaya Karpal disapina itu dikemukakan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin menerusi entri bertajuk Hello, are you Mr. Poo-Singh? dalam blog http://zul4kulim.blogspot.com/ hari ini.
Zulkifli berkata, sapina itu boleh berlaku sekiranya pihak pendakwa raya memohonnya kepada mahkamah kerana Karpal pernah mendakwa beliau mempunyai bukti kukuh mengenai keterlibatan Anwar dalam kes liwat pertamanya pada 1997.

Selain itu, katanya, Karpal yang juga Pengerusi DAP boleh diambil tindakan menghina Parlimen atau sumpah bohong (perjury) sekiranya dalam keterangannya sebagai saksi nanti, beliau menafikan mempunyai bukti aktiviti liwat Anwar seperti yang didakwanya dalam sidang Dewan Rakyat pada 1997.

“Jika Karpal menyatakan beliau mempunyai bukti dan keterangan bahawa memang Anwar terlibat dengan kegiatan homoseks dan liwat seperti yang didakwanya di dalam Parlimen itu, maka kita perlu mempersoalkan mengapa Karpal Singh mahu terus menjadi peguam membela Anwar?

“Adakah beliau mempunyai agenda politik yang jahat, atau ada sebab-sebab lain? Wallahua’lam, tepuk dada tanyalah kepala otak sendiri!,” katanya.

Zulkifli yang pernah mewakili Anwar dalam kes liwat pertamanya menjelaskan, Karpal ‘wajib’ disapina sebagai saksi pendakwa raya dalam kes liwat kedua Anwar kini kerana beliau mempunyai pengetahuan mengenai aktiviti liwat Anwar dalam kes pertamanya dengan bekas pemandunya, Azizan Abu Bakar.

Menurutnya, ini kerana Peraturan (Amalan dan Etika) Profesion Guaman 1978 memperuntukkan seseorang peguam (Karpal) agar tidak mewakili Orang Kena Tuduh (OKT) iaitu Anwar sekiranya peguam itu mempunyai sebab mempercayai bahawa dia boleh menjadi saksi berkaitan sesuatu fakta yang material.

“Maka Karpal tidak sepatutnya menerima atau meneruskan kedudukan sebagai peguam membela Anwar dalam kes liwat terhadap kakitangannya, Saiful Bukhari Azlan,” tegasnya.

Dalam perkembangan sama, Zulkifli menyeru kepimpinan Pas supaya menyedari bahawa kerjasama pakatan pembangkang terutama antara DAP dan PKR merupakan satu ‘Pakatan Syaitan’.
“Sesuai dengan sabda Rasullulah SAW, ‘addenul nasihah’, maka teman mengemukakan nasihat teman kepada para ulama, ilmuwan, kepimpinan dan ahli akar umbi Pas, (supaya) mufaraqahlah daripada ‘Pakatan Syaitan’ ini,” katanya.

Beliau menjelaskan, peranan Karpal sebagai peguam bela Anwar dalam kes liwat kedua ini diragui kerana selain mengetahui maklumat mengenai kes pertama Anwar, Karpal juga merupakan pemimpin DAP yang jelas menentang pelaksanaan negara Islam seperti dicita-citakan Pas.

“Dengan maklumat yang begini punya jelas, tidakkah mereka (Pas) menyedari bahawa satu konspirasi dan pakatan syaitan yang jelas sedang berlaku. ‘Pakatan Syaitan’ yang boleh menjahanamkan Islam, rakyat dan negara ini.

“Tidakkah mereka sedar inilah orang sama yang mengisytiharkan ‘kalau umat Islam mahukan negara Islam, over my dead body!. Dan yang lebih menyedihkan, bagaimana boleh ada pemimpin Pas yang mengisytiharkan secara terbuka akan membela Karpal Singh sehingga mati!” katanya.

P/S- PAS bila lagi nak sedar?

3 comments:

keris said...

patut dah buat lama dulu..
celaka punya singh..

apa pasal lawyer pendakwa kes dulu bodo sangat?

Anonymous said...

Karpal Singh adalah sejenis spesies yang hampir pupus... itu sebab lah barua tu... nak kan namanya disebut-sebut selalu. Tu pun dah tak lama dah... mula2 kaki lembik, lepas tu... padam...

Salam semua (R)... said...

Terima kasih di atas komen anda.