Penulis tak tahu samada kata-kata kekesalan Ng Wei Aik, YB Komtar, Pulau Pinang yang bertindak kasar dan didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman terhadap seorang pemilik kedai nasi kandar baru-baru ini dibuat dengan rasa ikhlas atau tidak.
Peliknya, adakah patut sambil beliau menyesali tindakannya, beliau boleh ‘top-up’ dengan berkata beliau berniat baik ketika menyertai anggota-anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang merampas kerusi dan meja di kedai itu.
Hang cerita sat dekat chek, lagu mana hang kata hang berniat baik. Hang jangan dok tipu la, satu Malaya tengok hang dalam TV. Orang yang ada niat jahat saja buat lagu tu! Baru naik jadi YB dah nak tunjuk samseng. Bila dah tengok muka sendiri dalam TV, baru nak kesal. Apa punya YB, terlebih sudu dari kuah!.
Ikuti paparan tentang cerita rasa kesal daripada Ng Wei Aik yang penulis ambil dari Utusan Online bertarih 13/01/2011 untuk tatpan semua pembaca:
GEORGE TOWN 13 Jan. — Ng Wei Aik, Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, yang dikecam kerana bertindak kasar dan didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman terhadap seorang pemilik kedai nasi kandar di sini Ahad lepas, berkata beliau berniat baik ketika menyertai anggota-anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang merampas kerusi dan meja di kedai itu.
"Jangan buat serangan tanpa meneliti niat murni di sebaliknya, saya ingin melahirkan rasa kesal terhadap kehadiran saya semasa tindakan penguatkuasaan MPPP diambil dan ini telah memberi suatu gambaran yang tidak tepat dan menyimpang daripada tujuan sebenar.
"Mulai hari ini, saya tidak akan melibatkan diri dalam mana-mana tindakan penguatkuasaan yang bakal diambil oleh MPPP atau pihak berkuasa pada masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - Bernama
No comments:
Post a Comment