Thursday, January 20, 2011

DS ANUAR – CAKAP-CAKAP BELIAU SEKARANG SERUPA RAJA LAWAK?



Salam semua…

Penulis nak tergelak tengok telatah DS Anuar yang sejak kebelakangan ini percakapannya dah jadi tak keruan, tunggang-langgang sana-sini. Minggu lepas kata nak berdebat dengan DS Najib. Lepas tu, bila dah kena ‘sound’ dengan DS Najib, beliau menafikan pula katanya bukan nak berdebat tapi, nak berbincang saja. Tup-tup terkeluar pula berita hari ini katanya DS Anuar tukar ‘statement’ nak berdebat pula dengan DS Najib?

Takkanlah salah pemberita kot? Nampak gaya DS Anuar sekarang ini dah kelam kabut. Kita dah tak tahu sekarang ini mana satu yang betul. Mungkin terjangkit gaya Nik Aziz yang tidak konsisten dalam setiap kenyataan medianya.

Kenapa jadi begini? Penulis rasa sebab utamanya ialah fikiran DS Anuar sekarang ini tidak tenang dan bertambah bercelaru selain sudah terdesak kerana pelan 100 harinya  kurang mendapat respon yang baik dari orang ramai. Kebanyakan 'Road show' nya di pasar-pasar malam tidak menjadi. Kalaupun ada orang  yang  menghadiri ceramah beliau bukannya nak dengar ceramah beliau, tapi cuma nak tengok muka DS Anuar dari dekat. Itu saja...

Selain daripada faktor di atas, penulis berpendapat bahawa tugas berhujah di media-media tentang Pelan 100 Hari’ pembangkang sebelum ini ternyata gagal dibawa dengan baik oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Orang ramai melihat pelan berkenaan sebagai gimik politik pakatan rakyat bagi menagih undi pilihanraya semata-mata. Buktinya suara mereka agak jarang kedengaran sekarang ini dalam mengupas isu ini.

Jadi, untuk menambah keyakinan orang ramai, Ketua Umum pakatan rakyat terpaksa turun padang sendiri sehingga sanggup mencabar DS Najib sebagai jalan terakhir beliau untuk mendapat sokongan rakyat.

Ternyata helah beliau telah memakan diri sendiri. Aura diri  dengan sendirinya dah mulai luntur bila cakap-cakap beliau pada media makin hari makin merapu dan tidak konsisten.

Cukup-cukuplah DS Anuar, janganlah berterusan jadi raja lawak. Sebaliknya, carilah topik-topik lain yang lebih produktif yang boleh menjana minda rakyat…..

Ikuti dua kenyataan berbeza daripada DS Anuar seperti yang dilapurkan oleh wartawan Utusan dan Berita Harian.

Utusan – Klik di sini.

Berita Harian – Klik di sini.

No comments: