Thursday, January 27, 2011

LELONG TANAH- PAS SENGAJA BUAT FITNAH SEBAB TAK FAHAM ISU?



Salam semua…

Penulis berkesempatan menjengok blok rakan seperjuangan PRO BN,  Parpukari dan melalui artikelnya hari ini yang bertajuk POKEMAK PUNYA PAS! MAKIN LAMA MAKIN KUAT MEREKA TABUR FITNAH!  (Klik  di sini   )- sekurang-kurangnya  memahamkan penulis akan jalan cerita sebenarnya.

Kronologi yang disertakan boleh tengok di bawah ini:-





Memang jelas, tidak ada apa yang boleh mengaitkan bahawa beliau (Azahar) sebagai bekas pentadbir tanah telah menghadapi tuduhan menyalahgunakan kuasa dan disahkan pula oleh mahkamah melakukan kesalahan.

Dalam penjelasan beliau kepada wartawan Utusan Malaysia  (Klik  sini   ), beliau ada memberi sebab mengapa kes lolongan ini ditarik balik selain mengenai keputusan mahkamah membenarkan plaintif menuntut kos akibat lelongan tanah itu Mohd. Azahar berkata, keputusan itu berdasarkan kesilapan teknikal pada notis 16 D dan 16 G, Kanun Tanah Negara apabila terdapat perbezaan tarikh dan bukannya disebabkan lelongan itu sengaja diada-adakan oleh pihaknya.

Sebenarnya notis 16D (Notice of Default  /  kemungkiran (default) perjanjian gadaian oleh penggadai) dan 16G (   Permohonan Oleh Pemegang Gadaian (contohnya bank) Untuk Perintah Jualan  )   kedua-dua dokumen ini perlu disediakan oleh pihak Bank melalui panel peguam mereka. Di mana notis 16D perlu diserahkan kepada pemegang gadaian dan notis 16G perlu dipohon oleh panel peguam Bank ke Pejabat Tanah untuk perintah jualan selanjutnya.

Oleh yang demikian tidak timbul salah guna kuasa atau penipuan di sini kerana kedua-dua dokumen di atas sebenarnnya telah disediakan oleh pihak panel peguam Bank yang dilantik.

Selain daripada itu alasan Azahar bahawa keputusan mahkamah membenarkan plaintif menuntut kos akibat lelongan tanah itu sebenarnya berdasarkan kesilapan teknikal pada notis 16 D dan 16 G, Kanun Tanah Negara apabila terdapat perbezaan tarikh dan bukannya disebabkan lelongan itu sengaja diada-adakan oleh pihaknya.

Kalau tak percaya baca di   sini.  -  cari bahagian lelong dan perintah jualan.

Penulis tidak hairanlah kenapa puak-puak PAS ini berterusan menyalahkan saudara Azahar  kerana mereka sendiripun tidak faham tentang jalan cerita yang sebenarnya selain tidak tahu apa itu prosuder lelongan. Sebagai penjawat awam yang berhubungan dengan pihak-pihak luar ( seperti Bank, Jurulelong,  Valuer dan sebagainya) saudara Azahar tidak terlepas dari menghadapi kes-kes sebegini kerana beliau terpaksa melalui berbagai tatacara kerja dalaman dan luaran yang sentiasa terdedah  kepada pelbagai kesilapan teknikal yang berpunca daripada pihak lain.

Penulis harap orang ramai tidak berterusan terikut-ikut dengan tuduhan-tuduhan yang kurang fakta daripada puak-puak PAS ini. Sudahlah kurang ilmu dunia, tunjuk sombong pulak tu, kalau tak faham tu, janganlah sembarangan menuduh orang yang tak bersalah. Senang-senang saja dapat dosa.

Ikuti paparan terkini yang penulis ambil daripada Harakah Daily bertarikh 27/01/2011 
(Klik di sini    ).


No comments: