Wednesday, January 05, 2011

GEMPAR!! ORANG KUAT PPM DESAK KARPAL SINGH DISIASAT?



Salam Semua…

Penulis rasa ramai orang telah sedar tentang tingkahlaku  Pengerusi DAP, Karpal Singh yang bertindak bertentangan dengan etika guaman  kerana beliau sanggup mencemar maruah dirinya dengan bersubahat orang yang pernah beliau tuduh suatu ketika dulu. Demi kuasa politik, beliau sanggup mengenepikan bukti mengenai salah laku seks Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penulis amat hairan kenapa Majlis Peguam Malaysia sehingga sekarang  mengambil sikap berdiam diri dalam isu ini?  Sebaliknya penulis amat sanjung tinggi akan tindakan berani Presiden Persatuan Peguam Malaysia (PPPM), Zainul Rijal Abu Bakar mendesak pihak berwajib agar siasatan segera ke atas Pengerusi DAP, Karpal Singh perlu dilakukan bagi menjamin keluhuran dan kedaulatan undang-undang di Malaysia dapat dipertahankan.

Ikuti komen saudara Zainul yang penulis ambil daripada paparan Utusan Malaysia Online bertarikh 04/01/2011 – 10.10pm. Klik di sini.

KUALA LUMPUR 4 Jan. – Pengerusi DAP, Karpal Singh wajar disiasat berkaitan pengakuannya pada 1997 bahawa beliau mempunyai bukti mengenai salah laku seks Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden Persatuan Peguam Malaysia (PPMM), Zainul Rijal Abu Bakar berkata, siasatan lanjut harus dibuat terhadap dakwaan Karpal itu bagi menjamin keadilan sebenar dapat ditegakkan.

"Bagi pihak persatuan bila timbul isu seperti ini kita berpandangan ia perlu disiasat. Dalam kes jenayah tidak ada tempoh waktu untuk lakukan siasatan seperti kes sivil di mana siasatan hanya boleh dilakukan dalam tempoh enam tahun,” katanya ketika diminta mengulas entri laman blog anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim semalam.

Zahrain merupakan orang keempat yang membangkitkan isu pengakuan Karpal itu, selain anggota Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong; Pengerusi Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim dan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin, yang turut mempersoalkan ”motif” Karpal untuk menjadi peguam bela Anwar dalam kes liwat terbaru. – Bernama

P/S- Harap-harap dengan adanya kombinasi yang baik di kalangan pengamal undang-undang seperti YB Zulkifli Noordin, Saudara Zainul Rijal, Saudara Zaid Ibrahim dan  Ahli Parlimen Wangsa Maju, YB Wee Choo Keong, kita harap kali ini saudara Karpal akan betul-betul bertemu dengan lawannya yang sebenar.

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga….

No comments: