Salam semua…
Penulis rasa hairan kenapa secara tiba-tiba Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sekarang ini galak benar nak berdebat.
Buatlah apalah susah-susah nak berdebat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (DSN)? Betul kata DSN bahawa tidak ada hasilnya berdebat dengan DSAI. Penulis melihat DSAI sengaja mengeksploitasikan isu debat ini semata-mata untuk mengalih pandangan negatif orang ramai terhadap masalah dalaman PKR dan yang terkini mengenai kekalutan kerajaan PKR Selangor dengan pihak Istana serta perjalanan perbicaraan kes liwatnya yang akan diteruskan tidak lama lagi.
Ini semua sengaja ditimbulkan oleh DSAI agar beliau akan sentiasa dilihat sebagai hero dalam segala hal sehingga sampai sanggup ingin berdebat hanya dengan DSN dan tidak dengan lain-lain pemimpin UMNO?
Penulis rasa DSAI sebenarnya telah tersilap langkah kerana beliau serta sekutu-kutunya yang lain masih lagi menganggap masyarakat sekarang ini melihat dan menilai seseorang pemimpin yang baik itu terletak hanya pada kepandaian mereka berpidato atau pandai berkata-kata.
Mungkin itu dulu, tetapi sekarang zaman telah berubah. Orang ramai akan menilai sejauh mana keupayaan seseorang pemimpin itu dengan membuat perbandingan tentang apa yang beliau buat dan apa yang beliau cakap sebelumnya.
1. Tidak guna hanya pandai berpidato, tetapi penghayatan dan perlaksanaanya serupa teh‘O’.
2. Tidak guna petah berbicara tetapi cara pentadbirannya caca-merba.
3. Tidak guna bermegah katanya ada karisma kalau parti sendiri amal nepotisma.
4. Tidak guna anggap diri hebat kalau dibelakang orang suka rembat.
Penulis rasa banyak persoalan yang melibatkan peribadi dan keluarga DSAI melebihi kepentingan yang lainnya. Silap memilih pemimpin akan menjahanamkan negara. Oleh yang demikian adalah lebih baik DSAI menyahut cabaran berdebat dengan adik kawan baiknya, Ummi Hafilda Ali.
Penulis cabar beliau supaya memberikan kepentingan untuk menyelesaikan masalah kekeluargaan dahulu sebelum beliau boleh memikirkan tentang masalah negara. Berdebat dengan Ummi Hafilda Ali adalah jalan terbaik yang perlu DSAI lalui bagi membersihkan nama baiknya selaku Ketua Umum Pakatan Rakyat.
Sila ikuti paparan yang penulis ambil daripada Utusan Online bertarikh 14/01/2011 (Klik di sini. )
KUALA LUMPUR 13 Jan. – Ummi Hafilda Ali mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat dengannya terlebih dahulu berhubung kebenaran kes salah laku seks beliau sebelum mencabar pihak lain.
Katanya, Anwar tidak perlu berdebat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tentang Pelan 100 Hari yang dicadangkan pakatan pembangkang kerana ia tidak memberi sebarang faedah.
“Saya cabar Anwar berdebat dengan saya. Saya juga cabar Azmin Ali untuk berdebat dengan saya sebelum berdebat dengan Perdana Menteri,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah penasihat undang-undang Ummi Hafilda, Mohd. Khairul Azam Abd. Aziz.
Ummi Hafilda yang pernah menjadi saksi penting kes liwat Anwar pada 1998 turut mencabar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dan Azmin melakukan sumpah laknat bagi membuktikan mereka tidak terbabit dalam segala kes salah laku seks yang didedahkannya ketika itu
“Saya juga mencabar Anwar masuk ke mana-mana masjid bagi membuat sumpah laknat untuk menafikan segala dakwaan yang dikemukakan saya sebelum ini jika betul dia tidak terbabit dengan perbuatan itu,” katanya.
Ummi Hafilda juga dalam pada itu bersumpah dia tidak pernah menerima sebarang bayaran atau upah daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad atau kerajaan ekoran pendedahan tentang salah laku Anwar ketika itu.
“Saya bersumpah dengan nama Allah bahawa saya tidak pernah menerima walau satu sen pun upah ketika itu. Jika saya berbohong maka saya akan dilaknat.
“Semua ini saya lakukan atas dasar perjuangan terhadap anak bangsa saya sendiri. Kerajaan tidak pernah membayar satu sen pun atau apa-apa pampasan kepada saya. Niat saya jelas mahu menyelamatkan agama dan bangsa saya daripada orang yang bernama Anwar Ibrahim,” katanya.
Ummi Hafilda berkata, dia akan mengemukakan semua bukti penting berhubung perilaku Anwar dan yang lain di mahkamah melalui saman yang akan difailkan nanti.
Sebelum ini, Ummi Hafilda menyatakan akan memfailkan saman berjumlah RM700 juta terhadap Anwar, Azmin, Wan Azizah, peguam Karpal Singh dan parti Pas kerana salah laku mereka terhadapnya pada 1997.
Daripada jumlah itu, saman terhadap Anwar berjumlah RM300 juta dibuat atas dakwaan salah guna kuasa selaku Timbalan Perdana Menteri pada 1997 yang mengarahkan dia ditangkap dan didera bagi mendapatkan pengakuan palsu berhubung skandal seks.
Selain itu, Ummi Hafilda bakal memfailkan saman berjumlah RM200 juta terhadap Karpal, RM100 juta terhadap Wan Azizah dan RM100 juta lagi terhadap Pas.
Dalam pada itu, dia juga bercadang menjelajah ke seluruh negara bagi menerangkan kepada rakyat berhubung salah laku Anwar dan konco-konconya.
“Tidak ada sebab untuk saya takut. Malah saya tahu Anwar memang takut kepada saya sebab itu dia tidak menyaman apabila saya menulis dalam blog mengenai segala yang dia buat,” katanya.
No comments:
Post a Comment