Friday, January 07, 2011

TERBARU- KARPAL PERLU JADI SAKSI KES LIWAT ATAU DISAPINA?



Salam semua…

Berita terbaru yang hangat penulis ambil daripada Utusan Online bertarikh 07/01/2011. Klik di sini.

KUALA LUMPUR 6 Jan. - Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh perlu menawarkan diri sebagai saksi kes liwat yang dihadapi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata, ini kerana Karpal pernah menyatakan secara terbuka dalam ceramah DAP di Hotel Federal pada 1997 yang beliau mempunyai bukti kukuh bahawa Anwar terlibat melakukan sodomi.

Menurutnya, sekiranya Karpal menolak berbuat demikian, ia secara tidak langsung memberi imej buruk kepada ahli Parlimen pembangkang itu kerana sanggup membuat kenyataan palsu di tempat awam.
"Saya tidak percaya Karpal sebagai pengamal undang-undang akan membuat kenyataan demikian tanpa mengenal pasti dan mempunyai bukti kukuh berdasarkan kenyataan Azizan Abu Bakar (bekas pemandu Anwar) bahawa beliau diliwat Anwar ketika itu.

"Bukan setakat itu, Karpal turut mendesak Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Mokhtar Abdullah melakukan siasatan.

"Berdasarkan kata-kata Karpal sendiri 'saya akan pastikan fakta sebelum membuat kenyataan umum', saya pasti beliau telah menilai fakta yang ada sebelum membuat kenyataan umum itu," katanya dalam entri terbaru di blognya http://weechookeong.wordpress.com hari ini.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendesak Jabatan Peguam Negara memanggil Karpal untuk memberi keterangan sebagai saksi pendakwa dalam perbicaraan kes liwat kedua yang dihadapi Anwar.

Karpal bagaimanapun dalam kenyataan kepada portal berita dalam talian, freemalaysiatoday.com (FMT) menganggap desakan itu sebagai sukar dibayangkan kerana Anwar telah 'dibebaskan' oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes sodomi yang pertama.

Mengulas kenyataan Karpal itu, Choo Keong berkata, beliau tidak percaya pemimpin pembangkang itu tidak membaca penghakiman oleh Mahkamah Persekutuan bertarikh 2 September 2004 yang turut diterbitkan dalam Jurnal Undang-Undang Malaya (MLJ).

"Dalam penghakiman oleh Hakim Datuk Abdul Hamid Mohamad menyebut 'Kami mempunyai bukti bagi mengesahkan perayu terlibat dalam aktiviti homoseksual dan kami cenderung percaya bahawa mengatakan kejadian di Tivoli Villa berlaku'.

"Sesiapa yang membaca penghakiman Mahkamah Persekutuan itu pasti membuat kesimpulan bahawa keputusan mahkamah itu adalah jelas. Saya pasti Karpal mengetahui perkara ini, tetapi apabila membaca kenyataan beliau di FMT, kepala saya pusing," katanya.

Justeru, beliau mengharapkan Karpal agar terus berpegang kepada perkara yang dikatakannya dalam ceramah DAP di Hotel Federal.

"Sekiranya beliau salah cakap dalam ceramah itu, ini adalah peluang untuk membetulkannya dengan menawarkan diri menjadi saksi. Jika tidak, Peguam Negara perlu mempertimbangkan secara serius untuk mengenakan sapina bagi mendesak beliau mendedahkan bukti yang dikatakan dimilikinya," ujarnya.

Ulasan penulis;

Terima kasih di atas kesungguhan Ahli Parlimen Wangsa Maju, YB Wee Choo Keong dalam usahanya menyatakan perkara yang benar kepada orang ramai. Sebagai pengamal undang-undang yang berpengalaman, beliau mampu memberikan hujahan yang baik dalam isu ini. Penulis rasa kali ini saudara Karpal tidak boleh lari lagi dari kebenaran.

Tidak salahnya untuk kita berkata kepada perkara yang benar. Dalam usianya yang telah lanjut ini, pada pandangan penulis maruah diri untuk menyatakan perkara yang benar adalah lebih penting dari segala-galanya kerana tidak guna beliau membina kerjaya yang hebat sepanjang hidup  jika di penghujung usia  semua orang tahu bahawa beliau pernah berbohong kepada orang ramai.

Tidak terfikirkah beliau tentang perasaan malu isteri, anak-anak serta ahli keluarga yang lain ?

P/ S - Tunggu komen berapi daripada YB Zulkifli Nordin pula...

No comments: