Saturday, January 08, 2011

Karpal dan DAP Kunci Mulut – Pemimpin BN Pula Tutup Mata?



Salam semua…

Penulis berasa amat hairan kenapa  isu Pengerusi DAP,  Karpal Singh yang heboh diperbahaskan di media sekarang ini hanya melibatkan ahli-ahli parlimen bebas sahaja seperti YB Wee dan YB Zul ? Dan yang terbaru komen berapi daripada orang lama dan bekas Pengerusi DAP Johor, S.K. Song.

Tengah orang lain bersusah-payah dan bersungguh-sungguh mendesak  Pengerusi DAP, Karpal Singh  memberikan respons segera terhadap kenyataan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong yang mendakwa beliau mempunyai bukti kukuh bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam kes liwat, pemimpin BN yang lain seolah-olah layu dan tidak berminat untuk masuk campur.

Mana perginya komen atau suara lantang Dato' Seri Mohamed Nazri , Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil dan  Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim? Sebagai pemimpin yang berlatarbelakangkan undang-undang, mereka tidak perlu takut sebaliknya berani tampil kehadapan bersesama  memberi  sokongan ke atas ahli-ahli parlimen bebas dalam mendesak Karpal Singh supaya bercakap benar.

Adalah amat merugikan BN jika isu yang melibatkan maruah dan integriti ini dibiarkan begitu sahaja kerana sehingga kini Karpal serta pemimpin DAP yang lain telah mengambil sikap berdiam diri dalam isu ini.

Penulis paparkan di bawah ini  terjahan berani  yang dibuat oleh bekas Pengerusi DAP Johor, S. K. Song dalam isu ini sepertimana dilapurkan oleh Utusan Malaysia bertarikh 8/1/2011. Klik di sini.

KUALA LUMPUR 7 Jan. – Pengerusi DAP, Karpal Singh digesa memberikan respons segera terhadap kenyataan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong yang mendakwa beliau mempunyai bukti kukuh bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam kes liwat.

Gesaan itu dibuat oleh bekas Pengerusi DAP Johor, S. K. Song yang turut menuntut kalangan pemimpin DAP lain agar tidak mengunci mulut berhubung dakwaan berkenaan.

Menurut beliau, tanpa bertindak dalam menjawab segala dakwaan terbabit, ia akan mendorong sesiapa sahaja memberikan pelbagai andaian terhadap kenyataan Choo Keong.

‘‘Selama ini mereka lantang bercakap soal moral dan prinsip tetapi apabila berhadapan dengan dakwaan Choo Keong, kenapa diam?

‘‘Saya pun rasa hairan mengapa Karpal dan pemimpin DAP lain mendiamkan diri. Mereka perlu jawab,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Choo Keong melalui entri terbaru di blognya http://weechookeong.wordpress.com yang menggesa Karpal supaya menawarkan diri sebagai saksi kes liwat yang dihadapi Anwar.

Ini kerana, jelas Choo Keong, Karpal pernah menyatakan secara terbuka dalam ceramah DAP di Hotel Federal pada 1997 yang beliau mempunyai bukti kukuh bahawa Anwar terlibat melakukan sodomi.
Menurutnya, sekiranya Karpal menolak berbuat demikian, ia secara tidak langsung memberi imej buruk kepada ahli Parlimen pembangkang itu kerana sanggup membuat kenyataan palsu di tempat awam.

Dalam entri itu, beliau turut berkata: ‘‘Saya tidak percaya Karpal sebagai pengamal undang-undang akan membuat kenyataan demikian tanpa mengenal pasti dan mempunyai bukti kukuh berdasarkan kenyataan Azizan Abu Bakar (bekas pemandu Anwar) bahawa beliau diliwat Anwar ketika itu.’’

P/S - Selalunya kalau berdiam diri tu, maknanya setuju atau malu nak cakap...

2 comments:

Anonymous said...

Pada saya tindakan pemimpin BN itu memang patut. kes tu sedang dibicarakan di mahkamah. biarlah puak-puak tu saja bertelagah sesama mereka. sebabnya mudah. mereka akan mencipta pelbagai isu untuk mengalih isu kelemahan dan kegagalan mereka mentadbir negeri. itu saja. Pemimpin BN rasanya ni dah lama dalam politik. Takkan depa tak tau baca segala perangkap ini. lihat kes Mahfuz. berteriak sana sini last-last orang depa sendiri sudah sound sama dia. pi baca apa orang pas kata kat dia di YB Zul.

Salam semua (R)... said...

Salam saudara/i Anon 8:02am.

Terima kasih di atas pandangan saudara. Saya faham tentang strategi politik yang pelbagai ragam dan caranya di Malaysia yang bertuah ini.

Tapi mesej sebenar di dalam entri penulis adalah tentang bagaimana perlunya pemimpin BN yang berpengetahuan luas dalam bidang perundangan mampu mengambil kesempatan bagi menyakinkan orang ramai melalui hujah-hujah bernas mereka bahawa saudara Karpal sebenarnya ahli politik yang tidak jujur serta tidak berintegriti.

Sejarah dunia banyak mengajar kita tentang bagaimana seseorang pemimpin perlu ada maruah dan integriti. Kalau tidak, mereka akan ditolak sebagai pemimpin oleh rakyat mereka sendiri.

Menjaga maruah adalah sesuatu yang amat bernilai dan perlu dijaga kerana ianya melambangkan tingginya peradaban satu-satu bangsa itu dengan bangsa-bangsa lain.

Saya ambil 2 contoh sahaja sebagai hujahan:

1. Kita lihat kes Menteri Kewangan Jepun, Shoichi Nakagawa yang dipaksa oleh rakan-rakan partinya untuk meletakkan jawatan kerana tertidur ketika menghadiri satu persidangan antarabangsa. Partinya dan Kerajaan Jepun menganggap perbuatannya yang tertidur dalam mesyuarat sebagai sesuatu yang amat memalukan rakyat negara Jepun. Menteri Kewangan itu pada mulanya enggan meletakkan jawatan dan mengemukakan surat pengesahan doktor bahawa dia mengambil ubat selsema yang menyebabkan beliau mengantuk dan tertidur. Tetapi penjelasan Menteri Kewangan itu tidak dapat diterima oleh dan rakyat Kerajaan Jepun.

2. Semua orang tahu tentang kes seorang perempuan yang bernama Monica Lewinski telah menghancurkan karier presiden Amerika syarikat, Bill Clinton satu masa dahulu. Kerana kelucahan jalan ceritanya tidak perlulah penulis menghuraikannya dengan debih panjang.

Bagi penulis maruah dan integriti itu adalah penting kerana ianya melambangkan berapa tingginya peradaban satu-satu bangsa dengan bangsa-bangsa yang lain di dunia.

Akan tetapi di Malaysia ianya ternyata amat berbeza ...kerana apa..kerana ramai orang seperti juga saudara Anon yang sentiasa redha dan menerima persoalan ini sebagai helah dan strategi politik yang tidak ada kesudahannya.

Perkara inilah yang penulis hendak tekankan dan penulis mahu kita rakyat Malaysia mesti tahu bezakan di antara apa itu mainan politik dan apa itu integriti dan maruah diri.

Sekian.