Tuesday, January 25, 2011

KERAJAAN DAP NEGERI PULAU PINANG – LEMBU PUNYA SUSU, SAPI DAPAT NAMA?

          Melakukan Kerja-Kerja Bodoh Selalu DiTonjolkan Untuk Meraih Populariti


Salam semua…

Penulis tidak terkejut bila terbaca komentar daripada Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, 99 peratus pelaburan di Pulau Pinang adalah usaha kerajaan pusat, khususnya oleh kementerian itu.

Kalau nak tahu, kebanyakan orang di Pulau Pinang ni, termasuklah  peniaga-peniaga memang tahu bahawa Ketua Menteri, Lim Guan Eng (LGE) tidak berupaya membawa perubahan kepada negeri mereka.

Penulis dalam entri yang lepas pernah memberi sedikit komen tentang ketidakupayaan LGE menerajui Pulau Pinang kerana beliau tidak kompeten untuk melakukannya
(Klik  di sini ). 

Bukan setakat penulis dan  Datuk Mukhriz saja yang berkata sedemikian,  malah  pakar ekonomi dari Universiti Sains Malaysia serta  Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan pun pernah melontarkan pandangan yang sama.

Ikuti komen Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir seperti yang dilapurkan oleh Utusan Online bertarikh 24/01/2011
(Klik di sini ).

SUNGAI PETANI, 24 Jan. - Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, 99 peratus pelaburan di Pulau Pinang adalah usaha kerajaan pusat, khususnya oleh kementerian itu.

Justeru kata beliau, kerajaan Pulau Pinang yang diteraju pakatan DAP-Parti Keadilan Rakyat-Pas itu tidak harus cepat ‘mengambil kredit’ di atas usaha orang lain dalam mempromosikan negeri tersebut sebagai destinasi pelaburan.

"Kita telah jangka bahawa mereka (kerajaan negeri) akan buat kenyataan seperti itu, tetapi percayalah bahawa pelaburan yang sampai ke Pulau Pinang itu bukan semuanya daripada negara-negara yang mereka lawati.

"Contohnya pelaburan daripada Taiwan, saya sendiri yang pergi ke sana untuk mengetuai misi mempromosi perdagangan dan pelaburan, dan saya yakin daripada hasil kerja-kerja kita itu ada pelabur dari sana akan datang melabur di Pulau Pinang,” katanya kepada pemberita di sini. - Bernama

No comments: