Parti Cinta Malaysia (PCM) mempersoalkan bagaimana
projek loji pengeluaran panel solar yang akan dibina di Batu Kawan diluluskan
oleh kerajaan negeri sedangkan belum mendapat lesen operasi atau kebenaran daripada
Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB).
Naib Presiden PCM, Huan Cheng Guan berkata, lesen
operasi AELB atau kelulusan merupakan prasyarat wajib bagi mana-mana kilang
atau kilang yang menghasilkan bahan-bahan radioaktif sebagai produk atau sisa.
Katanya, sebuah portal berita semalam memetik Ketua
Pengarah AELB, Raja Abdul Aziz Raja Adnan sebagai berkata, pihaknya belum
menerima sebarang permohonan berhubung pembinaan kilang berkenaan.
"Apa yang PCM persoalkan, bagaimana kerajaan
negeri Pulau Pinang boleh meluluskan pembinaannya sedangkan lesen atau
kebenaran daripada AELB belum pun dipohon?,” katanya kepada pemberita di sini,
hari ini.
Portal berita berkenaan turut melaporkan Raja Abdul
Aziz berkata, projek itu akan dinilai dan diluluskan oleh pihaknya walaupun
Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) memberi kelulusan.
Katanya, jika kilang itu tidak mendapat kelulusan dari
AELB, mereka tidak boleh beroperasi kerana kilang panel solar akan menghasilkan
bahan radioaktif dan pihaknya perlu menilai tahap radioaktif yang dihasilkan.—
BERNAMA
P/S-Jangan setakat dia nampak
nyamuk je di seberang laut.
Bangkai Gajah Mati depan mata, dia buat - buat tak nampak pulak!!!? Dasar hipokrit.
Harakah Online hari membuat laporan Setiausaha Agung
DAP Lim Guan Eng berkata, PSC juga akan menjadi alat Barisan Nasional untuk
memaksa orang awam menerima loji Lynas tanpa mempedulikan soal keselamatan,
alam sekitar dan kesihatan rakyat.
“DAP akan mencadangkan kepada kepimpinan Pakatan
Rakyat supaya tidak membenarkan BN menggunakan penyertaan PR untuk menghalalkan
loji Lynas, bagi memastikan PR tidak akan terlibat dengan apa-apa bencana alam
sekitar yang mungkin berlaku pada masa depan,” katanya dalam satu kenyataan
hari ini.
Menurutnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
telah mengesahkan bahawa PSC adalah satu samaran yang pura-pura oleh BN untuk
menghalalkan apa yang salah dan bertentangan dengan kepentingan awam, dengan
mengatakan bahawa PSC tidak akan menentukan nasib Lynas.
Beliau menjelaskan Najib juga telah mengakui bahawa
PSC hanyalah satu proses perbincangan untuk membolehkan projek Lynas diteruskan
dan tidak akan ditentang oleh rakyat atau mencetuskan kebimbangan rakyat.
Sebaliknya, Utusan Online pula hari melaporkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng diminta menghentikan projek loji
pengeluaran panel solar yang akan dibina di Batu Kawan kerana ia mengancam
keselamatan penduduk di situ.
Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Huan Cheng
Guan berkata, pembinaan loji tersebut akan menyebabkan berlaku pencemaran alam
sekitar dan menjejaskan kesihatan.
Beliau berkata, pihaknya menerima bantahan daripada
nelayan dan pengusaha makanan laut yang mendakwa kehidupan mereka akan tercemar
dengan sisa toksik apabila loji panel solar dibina di situ.
"Sebagai sebuah kerajaan negeri pakatan
pembangkang yang sering melaungkan ketelusan dan akauntabiliti kepada rakyat
negeri ini, sepatutnya mendapatkan pandangan rakyat sebelum melaksanakan projek
itu.
"Pembinaan loji panel solar itu amat serius
kerana kita ada pilihan untuk tidak membina kilang berkenaan di negeri ini.
Jadi, penulis hendak tanya, yang mana satukah yang betul ni ? di manakah pegangan hidup mereka sebenarnya?. Mereka
sebenarnya berjuang untuk rakyat ke,
atau untuk kuasa politik?
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membidas agensi berita nasional Bernama dan akhbar harian bahasa Inggeris, New Straits Times kerana melaporkan kerajaan negeri tidak memasukkan kawasan pilihan raya BN untuk mendapatkan perkhidmatan jalur lebar Wifi secara percuma.
Lim (gambar), yang juga setiausaha agung DAP, turut mengecam pemimpin BN atas 'taktik tidak jujur' mereka menggunakan kawalan mereka atas media untuk melakukan penipuan.
Lim berkata, kerajaan negeri tidak terperanjat bila akhbar seperti New Straits Times berterusan menyerang kerajaan negeri bagi sesuatu yang ia tidak dilakukannya, tetapi sebenarnya cuba membetulkannya.
"Tetapi bagi agensi berita nasional seperti Bernama untuk tidak menyiarkan penjelasan kerajaan negeri bahawa inisiatif WiFi bebas itu adalah untuk semua, termasuk kawasan parlimen BN, menunjukkan bahawa pilihan raya umum semakin hampir dan Bernama patut dikenali BNnama," kata Lim, dalam satu kenyataan hari ini.
"Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang adalah untuk semua penduduk Pulau Pinang, termasuk penyokong BN," jelas Lim.
Beliau mengulas laporan yang memetik pengerusi Pasukan Petugas Komunikasi Pulau Pinang, Jeff Ooi sebagai didakwa berkata tiada gunanya melabur wang di Kepala Batas, Tasik Gelugor dan Nibong Tebal buat masa ini.
Laporan tersebut dibidas oleh beberapa pemimpin BN yang mengkritiknya sebagai "tidak adil", malah "merbahaya dan kebudak-budakan".
Ooi, yang juga ahli parlimen Jelutong dilaporkan berkata jika kerajaan negeri mempunyai sumber, ia akan menyediakan perkhidmatan percuma, tetapi inisiatif itu kini ditumpukan ke kawasan pilihan raya yang diwakili Pakatan.
"Jika penduduk di kawasan tersebut mahukan WiFi, mereka hendaklah mengundi Pakatan," Ooi dipetik sebagai berkata dalam akhbar The Star-Malaysiakini
P/S- Kenyataan tidak cerdik daripada KM Pulau Pinang. Sebelum buat apa-apa kenyataan media dan tuduh yang bukan-bukan, beliau kenalah semak dulu dengan pegawainya, Jeff Ooi betul tak kenyataan Jeff Ooi seperti yang dilaporkan oleh beberapa media tempatan termasuk Bernama.
Lemah…lemah….yang nipun nak kena ajar….ternyata beliau kurang membaca akhbar...
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dihadiahkan 12 kuntum bunga ros hitam daripada Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia Pulau Pinang (PSAMPP), di bangunan Komtar, di sini hari ini.
Pemberian bunga tersebut adalah sebagai simbolik mendesak agar Guan Eng berundur daripada tampuk pemerintahan kerajaan negeri serta memberikan penjelasan berhubung isu penerbitan risalah My Balik Pulau.
Bagaimanapun hadiah tersebut hanya dapat diserahkan kepada wakil Ketua Menteri selepas Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP itu dikatakan tiada di pejabat.
Pengerusi PSAMPP, Mohamed Ghani Abd Jiman berkata, jika benar kerajaan negeri sebelum ini (Barisan Nasional) yang melakukan kesilapan berhubung kandungan risalah tersebut, Guan Eng sepatutnya bertanggungjawab memperbetulkan keadaan dan bukan meneruskan penerbitannya.
"Guan Eng telah menafikan penglibatan kerajaannya dalam penerbitan risalah itu dan menyatakan bahawa pihaknya tidak pernah membenarkan penggunaan logo berkenaan.
"Sepatutnya Guan Eng menyiasat serta mendakwa penerbit kerana menggunakan logo milik kerajaan negeri tanpa kebenaran. Sebaliknya, dia mahu menyaman orang yang mempersoalkan kebenaran isi kandungan My Balik Pulau," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Semalam, PSAMPP telah menghantar memorandum dan beberapa bukti menunjukkan pembabitan kerajaan DAP Pulau Pinang dalam penerbitan risalah My Balik Pulau kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Polis Negara di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang. - Utusan
Melakukan Kerja-Kerja Bodoh Selalu DiTonjolkan Untuk Meraih Populariti
Salam semua…
Penulis tidak terkejut bila terbaca komentar daripada Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, 99 peratus pelaburan di Pulau Pinang adalah usaha kerajaan pusat, khususnya oleh kementerian itu.
Kalau nak tahu, kebanyakan orang di Pulau Pinang ni, termasuklah peniaga-peniaga memang tahu bahawa Ketua Menteri, Lim Guan Eng (LGE) tidak berupaya membawa perubahan kepada negeri mereka.
Penulis dalam entri yang lepas pernah memberi sedikit komen tentang ketidakupayaan LGE menerajui Pulau Pinang kerana beliau tidak kompeten untuk melakukannya
Bukan setakat penulis dan Datuk Mukhriz saja yang berkata sedemikian, malah pakar ekonomi dari Universiti Sains Malaysia serta Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan pun pernah melontarkan pandangan yang sama.
Ikuti komen Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir seperti yang dilapurkan oleh Utusan Online bertarikh 24/01/2011
SUNGAI PETANI, 24 Jan. - Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, 99 peratus pelaburan di Pulau Pinang adalah usaha kerajaan pusat, khususnya oleh kementerian itu.
Justeru kata beliau, kerajaan Pulau Pinang yang diteraju pakatan DAP-Parti Keadilan Rakyat-Pas itu tidak harus cepat ‘mengambil kredit’ di atas usaha orang lain dalam mempromosikan negeri tersebut sebagai destinasi pelaburan.
"Kita telah jangka bahawa mereka (kerajaan negeri) akan buat kenyataan seperti itu, tetapi percayalah bahawa pelaburan yang sampai ke Pulau Pinang itu bukan semuanya daripada negara-negara yang mereka lawati.
"Contohnya pelaburan daripada Taiwan, saya sendiri yang pergi ke sana untuk mengetuai misi mempromosi perdagangan dan pelaburan, dan saya yakin daripada hasil kerja-kerja kita itu ada pelabur dari sana akan datang melabur di Pulau Pinang,” katanya kepada pemberita di sini. - Bernama
Penulis rasa terpanggil untuk memberi sedikit komen tentang kata-kata penuh semangat Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon bahawa sudah tiba masanya rakyat negeri ini dijelaskan dengan terperinci tentang usaha yang dilakukan BN sehingga menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri yang maju.
Penulis paparkan di bawah ini petikan yang penulis ambil dari Utusan Online bertarikh 9/1/2011. Klik di sini.
GEORGETOWN, 9 Jan. - Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang akan menjelaskan kepada rakyat negeri ini mengenai kejayaan dan pembangunan yang dilakukan perikatan itu sebelum ini, setelah berdiam diri selama kira-kira tiga tahun terhadap kritikan pakatan pembangkang.
Pengerusi BN negeri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata, telah tiba masanya rakyat negeri ini dijelaskan dengan terperinci tentang usaha yang dilakukan BN sehingga menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri yang maju.
"Saya tunggu dan bagi peluang kepada mereka (pakatan pembangkang) selama tiga tahun. Selepas Mac ini kita akan lebih aktif dan agresif dalam meyakinkan rakyat Pulau Pinang tentang apa yang telah BN lakukan untuk mereka (sebelum ini),” kata bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu kepada pemberita selepas merasmikan Khemah Kerja Pemuda/ Wanita BN Pulau Pinang di sini, hari ini. - Bernama
Ulasan penulis berikutnya:
Memang patutpun beliau berkata begitu. Penulis rasa selama ini hanya blogger-blogger nyamuk seperti penulis dan rakan-rakan seperjuangan yang lain acapkali menekankan perkara ini bila membuat perbandingan betapa teruknya cara pemerintahan kerajaan DAP Pulau Pinang sekarang ini dengan pimpinan BN yang terdahulu. Klik di sini.
Langkah yang baik daripada Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon itu perlu disegerakan agar kerajaan DAP tidak berterusan menipu seluruh rakyat negeri Pulau Pinang. Gerak kerja dalam bentuk ceramah atau ‘roadshow’ yang lebih aggresif perlu digerakkan oleh pemimpin-pemimpin Gerakan kerana mereka lebih dekat dan berpengalaman dalam memahami kehendak dan aspirasi rakyat negeri Pulau Pinang.
Pengalaman mereka dalam menyelesaikan masalah rakyat berbilang kaum dengan lebih diplomasi dan bijaksana lebih-lebih lagi di tempat sendiri akan memberikan kelebihan kepada mereka. Sikap defensif serta berterusan bersedih di atas kekalahan lalu perlu dibuang jauh-jauh kerana ianya akan merugikan keseluruhan jentera politik BN di Pulau Pinang.
Penulis perlu tekankan di sini bahawa penyebab utama kenapa beberapa kekecohan yang berlaku di dalam kerajaan DAP Pulau Pinang sejak kebelakangan ini adalah kerana pemimpin tertinggi mereka, Lim Kit Siang tidak mengenali secara dekat rakyat negerinya sendiri.
Kalaulah hendak dibezakan dengan negeri-negeri lain, sekitar Pulau Pinang itu sendiri, bukanlah besar sangat. Beliau adalah orang luar, maka tidak hairanlah kenapa beliau dan kuncu-kuncunya berani bertindak mengasari peniaga serta menyita gerai peniaga nasi kandar kepunyaan Syed Kassali Mohamad Aliyar di Gat Lebuh MacCalum baru-baru ini.
Penulis rasa kalaulah Ketua Menteri itu adalah rakyat jati negeri Pulau Pinang, nescaya perkara semalang tadi tidak sama-sekali akan terjadi. Malang sungguh rakyat negeri Pulau Pinang!.
Oleh yang demikian di ruangan yang terhad ini, penulis menyeru kepada pemimpin-pemimpin negeri terutamanya dari parti Gerakan supaya mengambil peluang yang terbaik ini bagi memulih balik keadaan serta dapat menyakinkan rakyat negeri Pulau Pinang bahawa hanya pemerintahan di bawah BN saja yang boleh mengharmonikan rakyat negerinya.
P/S – Mesej berapi untuk Lim Guan Eng – Jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang hanya layak untuk anak negeri Pulau Pinang!
3%! Penang received the lowest percentage in allocation from Federal Government from 2001 to 2008 while Penang are No.4 tax contributed to Federal Government among the states.
Kita tengok pula apa yang diperkatakan oleh Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan satu ketika dulu bila dia bagi komen tentang pentadbiran LGE.
“Kemasukan pelaburan asing langsung (FDI) ke negeri itu menjunam sejak kerajaan negeri bertukar tangan, kepimpinan kerajaan DAP bertanggungjawab menjelaskannya kepada rakyat. Selaku Ketua Menteri, Lim Guan Eng perlu mengemukakan pelan baik pulih segera yang meyakinkan kepada rakyat Pulau Pinang.”
“Selepas kerajaan negeri bertukar tangan, hanya RM2.2 bilion dicatat pada 2009 - penurunan sehingga 79 peratus daripada RM10.2 bilion yang diperoleh pada tahun 2008 (hasil usaha kerajaan BN) dan bagi enam bulan tahun ini, belumpun sampai RM1 bilion berjaya dibawa masuk.”
BN negeri terbukti mampu membiayai serta menarik pelaburan ke negeri sendiri dengan sangat baik. Nak harapkan Lim Guan Eng...jangan haraplah!”
Komen saya pula;
He.. he… he…. LGE sebenarnya dah terkantoi… ‘message’ sebenar beliau dalam blog dia mungkin nak tunjuk dekat kita bahawa P.Pinang menerima peratusan bantuan yang terendah dari kerajaan persekutuan. Maknanya kerajaan persekutuan tak adillah!!
Yang hairannya data yang dia bagi tu dah ‘out of date’. Tak kan setaraf akauntan, LGE boleh terlepas pandang perkara-perkara penting lagu ni?
Tetapi sebaliknya dia dah terjerat kepala diri sendiri…Apa yang boleh kita buat kesimpulan dari artikel di atas bahawa pemimpin DAP hanya pandai bercakap dan suka menyalahkan orang lain padahal mereka sendiri tidak kompeten untuk mentadbir negeri.
Negeri P.Pinang yang dahulunya banyak dengan hasil pelaburan ekonomi telah bertukar kepada negeri yang mempunyai pemimpin-pemimpin yang suka membazir, malas bekerja, tidak berkeupayaan, cakap tak serupa bikin serta lebih suka mencari kelemahan orang lain dari memperbetulkan diri sendiri…
Nampak sangat kerajaan negeri P.Pinang di bawah LGE sekarang ini dah tidak percayakan kemampuan mereka sendiri sebaliknya nak harapkan bantuan dari kerajaan persekutuan pulak…
Aaikkk tak kanlah nak tiru gaya Tok Ki angkat dari kerajaan PAS?
Lepas ni apalah agaknya LGE ‘and the gang’ nak buat…pakat dok gali telaga sekitar laut P.Pinang kot2 jumpa telaga minyak!!!!!
Segan-segan pi la tanya Petronas kot-kot depa nak layan…
Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai sebanyak 96 lesen premis rumah urut dan 1,376 lesen hiburan awam diluluskan di seluruh Pulau Pinang pada 2009.
Saya ada terbaca dalam artikel bahawa kata-kata berkenaan datangnya sendiri daripada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas negeri, saudara Chow Kon Yeow.
Katanya lagi, berikutan pemberian lesen baru itu, Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mengutip hasil sebanyak RM880,677.
Wow ! besarnya hasil haram ini…seram bulu rema saya…
Kalau nak tau, aktiviti terkutuk ini berlaku berleluasa terutamanya di Penang Road dan di Chulia Street serta di beberapa buah hotel di sekitar Bukit Mertajam.
Kalau nak tau, keadaan ini akan menjadi bertambah terok bila kerajaan negeri meluluskan sebanyak 96 lesen premis rumah urut dan 1,376 lesen hiburan awam di seluruh Pulau Pinang pada 2009.
Saya juga ada terbaca artikel di laman blog yang menceritakan bahawa;
“MEREKA INI MENJALANKAN DASAR SEPERTI RONNIE LIU DI SELANGOR.
LIHAT SAHAJA APA YANG TELAH BERLAKU DI BEBERAPA BUAH PUSAT HIBURAN DI BANDAR BARU PERDA.
HIBURANKAH INI SEKIRANYA SEKS DIJADIKAN LANDASAN PERNIAGAAN YANG LUMAYAN.HOTEL MURAHAN MILIK KAUM CINA BOLEH MENAWARKAN PAKEJ SATU JAM PENGINAPAN UNTUK PASANGAN REMAJA ISLAM MELAKUKAN HUBUNGAN SEKS.
DALAM HAL INI PAS HANYA PANDAI BERKOKOK, TAPI EKOR BERTABURAN TAHI.” Kata penulis blog berkenaan.
Saya secara peribadi nak tanya apa yang PAS dah buat di dalam kerajaan Pakatan Haprak ini?
Kes hasil haram judi kuda masih belum selesai sekarang kita dihidangkan pula dengan cerita hasil dari rumah urut di P. Pinang.
Bagi kerajaan DAP di bawah LGE, agaknya menutup rumah urut bukanlah satu jalan penyelesaian untuk mengurangkan maksiat di kalangan orang Islam.
Kerana bagi mereka perbuatan itu halal dan tidak berdosa bagi agama mereka. Akan tetapi ianya seolah-olah mencabar agama kita dan juga krebiliti orang Islam di P.Pinang khasnya.
Di dalam hal ini, di manakah aktivis agama dari PAS dan PKR yang selama ini melaungkan mereka berjuang untuk agama?
Mana perginya kata-lata bergema dari Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi? , Ustaz Idris? Ustaz Haron Taib?, Ustaz Salleh Man, Ustaz Anuar Ibrahim?...maaf saya tersasul pula, maksud saya Datuk Sri Anuar Ibrahim?
Adakah ini antara cara untuk Pakatan Haprak ini mendapatkan sokongan daripada rakyat terutamanya daripada kaum bukan Islam?
Adakah mereka ini sudah kehabisan modal hinggakan rumah urut pun dijadikan sumber pendapatan serta modal isu politik mereka untuk menagih undi terutamanya dari kaum bukan Islam?
Mungkin alasan mereka nanti ialah, DAP mengambil berat akan kesihatan batin rakyat P.Pinang dengan mewujudkan lebih banyak lagi rumah-rumah urut.
Saudara Anuar Ibrahim pun pernah mengurut di Thailand, siap ada gambar lagi. Jadi, apa salahnya? Mungkin itu antara alasan mereka?
Apa yang pasti saya amat kesian kepada penyokong-penyokong Melayu-Islam PAS kerana mereka terang-terang ditipu oleh pemimpin-pemimpin DAP dan saudara Anwar Ibrahim.
Dilihat penyokong-penyokong PAS yang kini membabi-buta menyokong DAP dan Anuar Ibrahim hingga sampai ke tahap yang boleh kita katakan sebagai taksub.
Segala-gala perkara yang dibuat oleh DAP dan Anwar Ibrahim adalah benar kata mereka, dan bagi mereka selaku Murshidul Am PAS tak mungkin TGNA berbohong pada pengikut-pengikutnya.
Kita tunggu dan lihat apa reaksi pemimpin PAS dan PKR tentang isu ini….
Kita sebenarnya mengkritik LGE dan kerajaan DAP P.Pinang bukan pasai depa tu bangsa Cina. Jauh sekali menghasut orang2 Melayu supaya membenci orang2 Cina P.Pinang kerana amalan bekenaan adalah nyata rasis dan bukanlah budaya Melayu orang P.Pinang dari dulu sampai sekarang.
Kita perlu ingat, budaya orang Melayu sebenarnya bukanlah suka tamak kuasa.
Amalan bersederhana dalam kehidupan serta keinginan untuk hidup aman damai sesama kaum telah terbukti terpelihara dari dahulu lagi.
Contohnya..cuba tanya kedai runcit Ah San belakang rumah Raju…Ada betoi ka?
Cuma puak2 DAP ini saja yang tak pernah2 faham sebaliknya cuba menghasut kaum2 lain untuk menyokong perjuangan mereka. Padahal, semua orang tahu depa ternyata gagal mentadbir negeri P.Pinang dengan baik.
Itu adalah fakta yang tak boleh diselindung oleh LGE ‘and the gang’.
Kritikan yang kita buat selama ini bukanlah semuanya macam tin2 kosong. Bila berhujah kita perlu guna akal yang waras serta fakta benar dan bukanlah semata2 nak fitnah orang atau untuk syok2 saja.
Bila kita nak berdepan dengan DAP P.Pinang ini, kita kenalah ada roh dan semangat dalam Barisan Nasional. Kita tak bolehlah lawan sorang2.
Nak tau dak sebab apa kita lawan LGE dan kerajaan DAP P.Pinang?
1. Yang pertama depa tu kuat pembohong. Depa tu hanya pandai bercakap dan suka menyalahkan orang lain padahal mereka sendiripun tidak kompeten untuk mentadbir negeri.
2. Negeri P.Pinang yang dahulunya banyak dengan hasil pelaburan ekonomi telah bertukar kepada negeri yang mempunyai pemimpin-pemimpin yang suka membazir, malas bekerja, tidak berkeupayaan dari segi kecekapan / akedemik, cakap tak serupa bikin yang menjadi penyebab utama kegagalan kerajaan negeri P.Pinang di bawah pimpinan DAP meningkatkan kemasukan pelabur luar setelah lebih dua tahun ia memperoleh mandat memerintah.
3. DAP yang merupakan serpihan dari Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang sentiasa mahu menimbulkan kekacauan bagi merosakkan kesejahteraan dan keamanan dalam negara.
Semua kaum di P.Pinang tahu, apa yang dilakukan oleh DAP terhadap minoriti orang2 Melayu Islam P.Pinang adalah ternyata rasis.
Mereka sentiasa menimbulkan pelbagai isu untuk membuatkan orang Melayu Islam P.Pinang marah. Mereka buta adab dan adat serta bersekongkol dengan golongan2 pelampau agama.
Banyak lagi yang boleh diulas di sini tentang kemungkaran LGE ‘and the gang’ di P.Pinang ini.
Bukan setakat orang2 Melayu P.Pinang saja, orang2 India Muslim, kaum Cina dan India P.Pinang yang mewakili komponen parti BN perlu bangkit dari sekarang menentang kerajaan DAP di bawah pentadbiran LGE ‘and the gang’ ini.
P/S- Saya dengar pemimpin2 dari parti Gerakan dah mengatur strategi dengan melantik tokoh2 akedemik dan professionalnya untuk berhadapan dengan YB2 DAP yang tak kompeten ini.
Baru2 ini kita telah digemparkan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah LGE telah mengarahkan MMC Gamuda menghentikan serta merta pembinaan landasan keretapi berkembar di negeri ini kerana lebih sayangkan rakyat yang berkemungkinan besar terpaksa mengharungi banjir teruk sepertimana di Kedah.
Lim Guan Eng berkata, bagaimanapun arahan itu akan ditarik balik jika syarikat berkenaan memberi jaminan bertulis bahawa mereka akan mengorek laluan air serta membayar pampasan kepada rakyat yang ditenggelami air.
Baginya, kepentingan rakyat perlu diutamakan daripada syarikat kroni Barisan Nasional (BN) yang meneruskan kerja pembinaan tanpa membina sebarang laluan untuk air mengalir dengan baik.
Apa yang peliknya sebelum ini beliau telahpun bersetuju supaya menarik balik arahan henti kerja projek landasan kereta api berkembar Ipoh ke Padang Besar selepas MMC Corporation Berhad-Gamuda Berhad (MMC-Gamuda JV) menjelaskan bayaran sebanyak RM4 juta kepada kerajaan negeri.
Mengikut sumber-sumber yang diperolehi, jumlah keseluruhan RM4 juta itu adalah caj yang dikenakan kepada MMC-Gamuda JV berhubung caruman perparitan, bayaran denda, bayaran kerja tanah dan bayaran pelan rancang.
Wow besarnya RM4 juta tu…Jadi kenapa tiba-tiba beliau hendak tangguhkan pula projek berkenaan setelah bayaran RM4 juta berkenaan telah dibuat pada kerajaan negeri? Alasan spontan beliau kerana takut mengharungi banjir teruk sepertimana di Kedah bukanlah jawapan yang berdasarkan fakta dari kajian ilmiah para professional yang dilantik oleh kerajaan negeri?
Yang lawaknya arahan spontan beliau yang tidak bersandarkan kajian ilmiah berkenaan terbawa-bawa sepertimana alasan dangkal MB Kedah tempohari.
Sebagai kontraktor besar yang mempunyai kepakaran di dalam teknologi pembinaan serta terkenal di dalam dan diluar negara, MMC Gamuda akhirnya menjelaskan ianya tidak bersangkut paut langsung?
Teringat saya akan artikel yang dipaparkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal pada November 12, 2010.
Antara lain mereka berkata;
“Ini KM Lim Guan Eng sedang berusaha membuatkan pembinaan landasan berkembar di Pulau Pinang menjadi antara yang mahal dalam sejarah.
Tindakan menyuruh kontraktor memecahkan landasan yang baru dibina adalah BODOH, TIDAK EKONOMIK, MERUGIKAN WANG dan penuh dengan citra politik bolak-balik pembangkang yang sememangnya menghalalkan cara demi matlamat.
Mereka berfikir bahawa jurutera pembinaan adalah bodoh, seperti MB Kedah yang menuduh pembinaan landasan keretapi berkembar menjadi punca banjir di Kedah sehingga MMC Gamuda menjelaskan bukti ianya tidak bersangkut paut.
Pihak kontraktor projek mega seperti ini tidak pernah lalai dari memastikan aliran semulajadi dikekalkan dan berbekalkan peralatan dan perisian canggih, mereka mampu mengadakan laluan air untuk menampung aliran air saat hujan paling lebat sekalipun.
Masalah Pulau Pinang Darul Sampah belum pernah selesai dan Guan Eng masih lagi menutup mata atas sikap rakyat yang memenuhkan parit dan tali air dengan sampah.
Jangan merosakkan harapan sebahagian besar penduduk di utara untuk menikmati perkhidmatan tren elektrik selewat-lewatnya hujung 2013.
Tolak DAP di Pulau Pinang kerana mereka ini memudaratkan rakyat atas topeng kebajikan.”
Komen saya pula;
Kan saya dah kata, LGE dan kerajaan DAP negeri Pulau Pinang ini memang tidak cerdik dan kompeten. Beliau lupa bahawa projek besar ini dibuat bukannya untuk faedah rakyat negeri Pulau Pinang sahaja akan tetapi ianya melibatkan banyak negeri-negeri sebelah utara Malaysia.
Tujuan kerajaan membina projek berkenaan semata-mata ingin meningkatkan kualiti pengangkutan awam negara disamping mengurangkan kos pengangkutan rakyat. Mengurangkan kos pengangkutan bermakna kos sara hidup dan kualiti hidup rakyat akan bertambah baik. Menangguh atau memberhentikan projek mega tanpa alasan teknikal yang kukuh ini akan memberikan impak yang besar ke atas ‘running cost’ yang terpaksa ditanggung oleh Kontraktor berkenaan.
Tak kanlah perkara ‘basic’ yang sekecil inipun LGE pun tak tau. Ataupun beliau sendiri mempunyai niat yang tidak baik kepada kerajaan?
Kalaulah beliau sendiri tak kompeten dalam hal-hal sebegini. Janganlah beliau malu-malu. Nasihat saya rajin-rajinlah belajar dekat Taiko-Taiko besar yang ramai tinggal dan berniaga di Pulau Pinang tu!
LGE…LGE…yang sudah tu sudahlah. Kalau rasa diri tu tidak kompeten, berilah peluang dekat orang lain pula.
Bukan senang woi nak jadi Ketua Menteri…sedikit sebanyak nak kena ada ilmu…..