Sunday, March 11, 2012

PEMBOCORAN MAKLUMAT AKAUN PERBANKAN PELANGGAN BERLELUASA DI MALAYSIA?....SALAH SIAPA?


Salam semua®…
Penulis rasa sejak beberapa minggu kebelakangan ini ada sesuatu yang tidak kena dengan amalan pembocoran maklumat akaun perbankan pelanggan (peribadi ataupun syarikat ) kepada pihak ketiga oleh kakitangan syarikat perbankan itu sendiri.
Berita-berita pembocoran maklumat oleh kakitangan bank ini bukan lagi secara sorok-sorok malah, telah menjadi perkara biasa dan sebagai sumber bahan berita sensasi  di dada-dada  akhbar tempatan dan di media maya.
Perkara ini berlaku kerana timbulnya beberapa isu panas yang dibawa secara rakus kebanyakannya oleh pemimpin ahli-ahli politik terutamanya ahli-ahli politik pembangkang di Malaysia.
Adakah mereka semua faham perkara ini? Ataukah mereka sebenarnya tidak tahu?
Sebagai bukti pembocoran maklumat akaun perbankan pelanggan ini, penulis siarkan semula keratan petikan laporan berita yang penulis ambil daripada portal berita The Malaysian Insider bertarikh 8/3/2012 seperti berikut:-  
Menurut dokumen daripada salah satu bank, yang menurutnya diperolehi daripada pemberi maklumat, pengarah NFCorp telah membuat deposit bernilai RM71,486,589 (RM71,395,617 dan RM90,972) di bawah nama syarikat dan satu lagi deposit bernilai  RM1,872,254 di bawah National Meat and Livestock Corporation Sdn Bhd (NMLC), syarikat yang turut dimiliki keluarga Shahrizat.
Dua dokumen lain menunjukkan keluarganya turut memperoleh kemudahan kredit bernilai 197,338 di bawah satu lagi syarikat mereka, Agroscience Industries Sdn Bhd, RM4,391,240 pinjaman bagi pembelian aset hartanah, dan Mohamad merupakan penjamin bagi pinjaman lain bernilai RM663,743.

Ini, jelas Rafizi memetik dokumen berkenaan, adalah fakta yang Mohamad hanya mempunyai simpanan sebanyak RM421 di dalam akaun manakala Agroscience mempunyai sekitar RM927.

Tambahnya lagi, SEMAKAN LEBIH MENDALAM DENGAN BANK yang tidak didedahkan kepada media menunjukkan dana berkenaan dipindahkan untuk pembelian lapan unit di KL Eco City, dengan nilai jualan RM9,688,866.

Soal betul atau salah isi kandungan maklumat di atas bukanlah menjadi perkara penting, akan tetapi pembocoran maklumat akaun pelanggan kepada orang ramai atau pihak ketiga tidak sepatutnya berlaku.

Semua orang tahu bahawa sistem kawalan maklumat akaun perbankan pelanggan di Malaysia telah lama terkenal di atas kewibawaannya kerana ianya telah dikawal selia dengan baik selama ini oleh Bank Negara Malaysia.

Tetapi, kenapa perkara yang memalukan di atas boleh berlaku?

Jika ianya tidak dikawal dengan betul, jangan sampai  boleh memalukan negara Malaysia di mata dunia jika selepas ini rakyat negara lain boleh menganggap mereka senang mendapat maklumat akaun perbankan pelanggan lain di Malaysia tanpa perlu mematuhi prosuder atau tatacara yang sepatutnya mereka ikuti.

Penulis rasa sudah sampai masanya Bank Negara Malaysia perlu melihat perkara ini dengan lebih serius dan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada pihak yang terlibat.

Contoh pembocoran maklumat akaun peribadi pelanggan di atas menjadi alasan kenapa Bank Negara Malaysia perlu bertindak dengan segera!....

No comments: