Friday, January 13, 2012

JABATAN AUDIT NEGARA LURUS BENDUL?



Salam semua®…

Penulis terpanggil untuk memberi sedikit komen tentang kemelut yang melanda di kalangan orang Islam berkenaan dengan isu penggunaan wang zakat bagi bayaran guaman oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri , Datuk Seri Jamil Khir Baharom bersama dua yang lain dalam kes qasaf Datuk Seri Anuar Ibrahim.

Penulis berasa amat sedih dan malu kerana pertelingkahan ini  semuanya melibatkan  sesama orang-orang Melayu Islam sendiri. Kenapa jadi begini?

Mengikut laporan Sinar Harian terbitan semalam, Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata selain adanya sokongan bahan bukti dalam bentuk baucar bayaran (dinyatakan secara terperinci dalam akhbar), terdapat bukti penting lain iaitu adanya surat daripada Ketua Audit Negara, Tan Sri Datuk Setia Ambrin Buang kepada   Pengerusi Jawatan-kuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Seri Azmi Khalid yang mengesahkan bahawa RM63,650 wang zakat yang digunakan untuk membayar kos guaman MAIWP.

Persoalannya sekarang kenapa pihak Jabatan Audit Negara (JAN), di bawah seliaan Tan Sri Datuk Setia Ambrin Buang agak terburu-buru dan tidak mengambil langkah berhati-hati dalam mengenengahkan kes ini sebagai kes yang bermasalah?

Penulis secara peribadi tidak mahu masuk campur dalam urusan Jabatan Audit Negara kerana pada dasarnya tujuan mengaudit sebenarnya bukanlah semata-mata untuk mencari kesalahan atau kesilapan, sebaliknya ianya lebih tertumpu kepada membantu kerajaan memperbetulkan dan memperkemaskan prosuder dalam pentadbiran kerajaan.

Penulis berpendapat, dalam isu ini yang terang-terang melibatkan persoalan hukum agama, sepatutnya JAN perlu berhati-hati dengan terlebih dahulu membuat rujukan serta mendapatkan pengesahan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan misalnya bagi mengesahkan bahawa dibolehkan atau tidak penggunaan wang zakat ini digunakan untuk  tujuan bayaran kos guaman contohnya untuk kes-kes yang melibatkan seseorang atau kumpulan tertentu semata-mata untuk  menjaga kepentingan MAIWP atau organisasi Islam yang lain.

Dalam kes-kes yang melibatkan agama ini, JAN tidak perlu bersikap Lurus Bendul  dan statik sebaliknya mereka mestilah peka dan sentiasa mendapatkan maklumat terkini dan nasihat yang betul sebelum satu-satu laporan boleh dikeluarkan untuk tindakan kerajaan selanjutnya.

Tengok apa sudah jadi? . Siapa yang untung sebenarnya ?

Ikuti komen Pengarah JAWI tentang isu ini yang dilaporkan oleh Bernama:

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali hari ini sekali lagi menegaskan dakwaan penggunaan wang zakat bagi pembayaran kos guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan dua yang lain adalah tidak benar.

Sambil menegaskan pembayaran tersebut dibuat dengan menggunakan peruntukan geran kerajaan, Che Mat yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), berkata, dakwaan itu timbul mungkin disebabkan semua peruntukan atau dana daripada kerajaan dan wang zakat dimasukkan ke dalam akaun yang sama.

"Sumbangan atau dana daripada kerajaan memang kita masukkan di dalam akaun yang sama, iaitu akaun zakat, cuma dimasukkan sementara, tetapi akaun banknya adalah sama.
"Kalau kita nak ambil duit itu (dana kerajaan) bagi digunakan untuk pembayaran kos guaman pun boleh, tak ambil pun boleh dan jika nak ambil duit zakat pun tidak mengapa, asalkan untuk memartabat kredibiliti dan kehormatan MAIWP dalam ,menguruskan hal ehwal dan warga Islam di Wilayah Persekutuan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman prestasi kutipan zakat Pusat Pungutan Zakat (PPZ)-MAIWP 2011 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan dakwaan penyelewengan wang zakat MAIWP bagi pembayaran kos guaman beliau, Jamil Khir dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain dalam kes qazaf Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, geran kerajaan sebanyak RM700,000 yang diterima MAIWP tahun lepas bagi tujuan pembayaran untuk kes tertentu seperti mempertahankan kredibiliti pengurusan hal ehwal undang-undang yang bersabit dengan MAIWP apabila majlis itu disaman dan sebagainya memang dimasukkan ke dalam akaun yang sama, iaitu akaun zakat dan pengeluaran untuk pembayaran kos guaman untuk situasi seperti didakwa adalah dibolehkan.

Che Mat berkata, penggunaan wang zakat untuk kos guaman dalam kes yang berkaitan adalah mengikut hukum syarak dan selaras dengan undang-undang yang berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan berdasarkan keputusan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan (JPHSWP) dalam mesyuarat yang diadakan pada 3 September 2009, yang meluluskan sebanyak RM205,000 bagi perbelanjaan undang-undang di bawah asnaf fisabilillah.

"Maknanya kalau kita nak bayar kos itu guna duit kerajaan pun boleh, nak ambil duit zakat pun boleh, sebab fisabilillah untuk mempertahankan maruah institusi agama di Wilayah Persekutuan, maka boleh kita gunakan duit zakat.

"Tetapi hari ini saya nak jelaskan kita bayar duit guaman itu guna dana kerajaan, kita tak ambil duit zakat walaupun kita boleh juga ambil duit zakat seperti yang dijelaskan Mufti Wilayah Persekutuan semalam,” katanya. – BERNAMA

P/S- Sudah sampai masanya para profesional yang  mempunyai pengetahuan agama yang tinggi diberi  pendedahan untuk mengendalikan kes-kes sensitif seperti kes ini agar perbalahan di antara sesama orang Islam tidak akan berulang lagi.

4 comments:

Anonymous said...

Sebab dia bedul dan bendul makan Ambrin layak jadi ketua audit . Biasalah tipikal auditor -lurus bendul ala ala ngok gitu. Mereka ni bukan apa pun cuma nak dapatkan sikit kredit. Mempertahan kan kredibiliti agama islam itu lebih penting dari duit yg tak seberapa tu...

x -auditor..

meUher said...

Bukan lurus bendul, tapi tak cukup pengetahuan dlm selok belok kewangan Jabatan Agama! dah buat silap tuh tampil la buat pengakuan. Jgn dok diam mcm dia semua tu betul!

Anonymous said...

Tuan...
Alahai JAN ni bukan semua pun bendul.Ada yg kuat belit jugak. Bukan nak tipu, saya pernah keja di Jabatan Audit, kebanyakkan mereka ni pro pembangkang. Cakap tak serupa bikin> TS Ambrin pun patut kawal selia betul2 pegawai2 dia yg tak berintegriti.Kalau anta surat kata org dia salah guna kuasa pun hurmmm takde apa2 pun.Patutnya JAN pun di audit jugak.

matrengganu said...

Bukan Jabatan Audit yang lurus bendul, tapi yang pakai duit tu yang bendul !!!!!