Monday, January 16, 2012

Bencinya Anuar Kepada Pejuang Islam Tulen. Salah Siapa?


Salam semua®…
Semua orang tahu bahawa DS Anwar pernah memberi sokongan  dalam isu murtad Lina Joy atas asas hak asasi manusia.

DS Anwar juga suatu ketika dulu pernah berkata semua agama adalah sama (pluralisme). 

Kita juga tidak lupa bahawa  DS Anwar memberi sokongan padu kepada program Lesbian, Biseksual, Gay dan Transgender (LGBT) dan yang terbaru beliau mempertikaikan undang-undang berkaitan dengan kegiatan homoseksual di negara ini sambil menyifatkan undang-undang tertentu sebagai lapuk.

Semua perlakuan beliau di atas terang-terang bertentangan dengan ajaran Islam dan sedikit sebanyak telah menyakiti hati sebilangan besar orang-orang Islam di Malaysia.

Tetapi, anihnya perlakuan berkenaan tidak langsung memberi apa-apa masalah kepada kesemua pemimpin tertinggi PAS yang kononnya berjuang bagi memertabatkan syiar Islam di Malaysia. Lebih daripada itu, mereka sanggup pula mengangkat DS Anuar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia jika Pakatan Rakyat menang di dalam PRU 13 nanti.

Hari ini, ketika berlangsungnya Konvensyen ke-3 PKR di Alor Setar, seperti yang dilaporkan oleh The Malaysian Insider, DS Anuar sanggup menfitnah Dr Hasan Ali dengan berkata “Adalah lebih baik sekiranya kita membersihkan Pakatan Rakyat daripada mereka yang gila kuasa dan duit, bukannya bertentangan ideologi,” tambahnya mengulas berkenaan pemecatan Datuk Dr Hasan Ali daripada PAS.
Beliau menambah lagi “Saya ucapkan tahniah kepada Hadi Awang dan pimpinan PAS kerana mengambil tindakan tegas dan membuktikan parti akan tetap mempertahankan ideologi dan prinsip, dan sanggup berdepan dengan masalah dalaman parti memperjuangkan kesatuan dalam Pakatan Rakyat”.
Dr Hasan yang semua orang kenali begitu ikhlas berjuang bagi meningkatkan syiar Islam walaupun terpaksa berdepan dengan segala macam cabaran sehingga membawa kepada pemecatan beliau. Tapi, betapa mudah dan  angkuhnya DS Anuar bila beliau secara terbuka menuduh Dr Hasan sebagai orang yang gila kuasa dan duit?  Betulkah tohmahan beliau ini? Di manakah letaknya maruah  pemimpin tertinggi PAS yang lain?
Penulis tidak mahu mengulas panjang tentang tohmahan DS di atas dan terserahlah kepada semua pembaca menilainya.
Ikuti laporan penuh artikel di atas seperti yang disiarkan oleh The Malaysia Insider.
Pakatan Rakyat (PR) harus mengekalkan matlamat untuk menumpaskan  Barisan Nasional (BN) dan menawan pentadbiran persekutuan, demikian menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
“Manusia hanya mampu merancang. Kita menghadapi pelbagai cabaran dan ujian, tapi janganlah itu menghapuskan matlamat kita ... Tuhan menentukan,” kata Ketua Pembangkang itu ketika Konvensyen ke-3 PKR di sini.
“Kita janganlah berasa terancam, terperangkap kerana duit. Kita harus konsisten dan memberikan komitmen penuh untuk menjulang keadilan untuk rakyat Malaysia.”
Tegas Anwar, tiada ruang dalam PKR buat mereka yang terpedaya dengan pujukan janji dan wang, dan mendesak parti komponennya mengamalkan budaya bersih.
“Adalah lebih baik sekiranya kita membersihkan Pakatan Rakyat daripada mereka yang gila kuasa dan duit, bukannya bertentangan ideologi,” tambahnya mengulas berkenaan pemecatan Datuk Dr Hasan Ali daripada PAS.
“Saya ucapkan tahniah kepada Hadi Awang dan pimpinan PAS kerana mengambil tindakan tegas dan membuktikan parti akan tetap mempertahankan ideologi dan prinsip, dan sanggup berdepan dengan masalah dalaman parti memperjuangkan kesatuan dalam Pakatan Rakyat”.

2 comments:

Anonymous said...

kalau kes rayuan smua akan trbongkar trmasuk bicara tertutup kah kah rakyat akan tahu semua yang tertutup kah kah ayuh truskan rayuan saiful

BERITA GEMPAR...TERBARU

strategi anwar memang jauh sedang menguasai PAS mnggunakan orang kuat dan membeli seramai pemimpin PAS mengikuti arahanya...tujuan akhir adalah mengabungkan Parti PKR dan PAS menjadi satu Parti Baru dengan prinsip islam sekular...ujian awal mereka brjaya bersatu menlenyapkan PRM bila bergabung dengan PKR..pada ahlul bangang PAS melayu memang mudah lupa

Anonymous said...

benarlah kata zul nordin..tambah sikit "bila PAS telah dikuasai oleh golongan anwarinas..maka apa sahaja pegangan
dan idealogi Anwar@PKR yg dibawa dan terapkan dlm PR...PAS tiada kuasa utk tempelak malah semakin mendalam jilatan sampai ke pangkal usus najis"!!!!