Saturday, January 07, 2012

Negara Akan Hancur Jika Pilih DS Anuar Sebagai PM. Beliau Tunjuk Lagak Lebih Pandai Dari Mufti. Baca Seterusnya….


Salam semua®…

Makin hari makin garang kawan kita yang seorang ini. Malah, amat menyedihkan kita sebagai seorang Islam, bilamana seseorang yang kononnya bercita-cita hendak menjadi Perdana Menteri, telah berani membuat kenyataan sendiri kepada orang ramai tanpa merujuk kepada mana-mana ilmuan agama ataupun sekurang-kurangnya  mendapat nasihat daripada seseorang yang bertaraf Mufti.

Jika dibandingkan dengan pendekatan DS Najib yang lebih bijaksana dengan sikap terburu-buru DS Anuar Ibrahim ini, ternyata pendekatan mereka amat jauh berbeza tambahan pula jika satu-satu permasalahan itu bersangkutan dengan hal ehwal dan hukum agama.

Sebagai pemimpin yang menjadi idola orang ramai, sikap suka membuat kenyataan sesuka hati tanpa membuat rujukan dan mendapat pengesahaan terlebih dahulu daripada mereka yang betul-betul arif dalam bidang agama, amatlah memalukan kita sebagai seorang muslim. 

Paling menyedihkan, kawan yang paling rapat dengan mereka iaitulah PAS, seperti biasa bertindak diam seribu bahasa seolah-olah tidak berminat lagi tentang isu-isu yang melibatkan persoalan agama bilamana ianya tidak memberi sebarang keuntungan politik kepada mereka dan pakatan Rakyat Rakyat keseluruhannya.

Ikuti petikan kenyataan menarik daripada DS Anuar Ibrahim yang penulis ambil daripada Malaysiakini. Keseluruhannya teks baca di sini.
Anwar pula dalam ucapannya berkata bukti berbentuk dokumen bagi membuktikan dakwaan berlakunya penyalahgunaan wang zakat Jamil Khir akan didedahkan pada masa terdekat.

"Bukti pembayaran pun ada. Kita ada keluarkan dalam masa sehari dua lagi," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jamil Khir pada 31 Disember dilaporkan menafikan berlaku penyelewengan wang zakat bagi pembayaran kos guamannya dalam kes tuntutan qazaf Anwar.

Sebaliknya, menteri itu mendakwa, wang yang digunakan bukan daripada wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) tetapi dana khas kerajaan untuk pembayaran kos guaman.

Manakala semalam, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Dr Muhammad Yamin Ismail pula berkata jika sekalipun wang zakat digunakan untuk pembayaran kos guaman, ianya tidak bercanggah dengan hukum syarak.

Dr Muhammad Yamin berkata, ia berdasarkan keputusan mesyuarat khas Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan bil 2/2009 yang dipengerusikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan pada 3 September 2009 yang memperakukan Anggaran Belanjawan MAIWP 2010 termasuk penggunaan wang zakat bagi maksud bayaran khidmat guaman.

Sementara itu, Anwar menegaskan bahawa undang-undang harus dilaksanakan secara adil tanpa memilih bulu.

"Islam tidak membezakan antara miskin dan kaya. Islam tidak membezakan kelas. Ini tidak, orang kaya terlepas, orang miskin dihukum," katanya.

P/S – Terima kasih dan syabas kepada wartawan Malaysiakini, Jimadie Shah Othman kerana usaha beliau yang telah bersusah payah membuat rujukan dan mendapat maklumat tentang  keputusan mesyuarat khas Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan bil 2/2009 yang dipengerusikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan pada 3 September 2009 yang memperakukan Anggaran Belanjawan MAIWP 2010 termasuk penggunaan wang zakat bagi maksud bayaran khidmat guaman.

No comments: