Friday, January 06, 2012

Mesej Penting Nasrudin Hassan Sebelum Beliau Ke Putrajaya.


Salam semua®…

Pemimpin parti pembangkang seperti Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan  sepatutnya perlu melihat jauh kehadapan dan sentiasa berkerja keras bagi menunjukkan merekalah yang terbaik demi kemakmuran negara bukannya mencari jalan mudah untuk meruntuhkan negara.

Tidak guna mereka berterusan berkeluh-kesah dengan mendendangkan irama sedih dan mengajak orang ramai berdemonstrasi semata-mata untuk menghasut orang ramai bahawa kerajaan sekarang tidak demokratik atau zalim.

Apa yang tidak demokratiknya? dan apa yang zalimnya? Kalau kita lihat, merekalah yang sebenarnya mensensasikan sesuatu isu dan sengaja menuduh kerajaan merosakkan maruah seseorang sebelum dibuktikan bersalah di mahkamah. Betapa dangkalnya kenyataan mereka ini!...

Meletakkan sesuatu tuduhan kepada bukan perkara yang sebenarnya adalah zalim. Merekalah yang sebenarnya zalim.

Pemimpin parti pembangkang di Malaysia seperti Nasrudin Hassan ternyata gagal bersaing dengan pemimpin-pemimpin di bawah kerajaan Barisan Nasional  (BN). Berbanding dengan pendekatan kerajaan BN di bawah DS Najib yang sentiasa berkerja keras  dengan segala macam dasar transformasinya, pemimpin parti pembangkang pula dilihat gagal menggunakan pendekatan yang bijaksana sekurang-kurangnya boleh memikat hati rakyat yang ingin bernaung di bawah pemerintahan mereka.

Alasan demi alasan  bahawa kerajaan BN tidak demokrasi sudah tidak relevan lagi dan rakyat sebenarnya sudah bosan mendengar ini semua.

Buatlah kerja bersungguh-sungguh dan ikhlas kepada rakyat. Kurangkanlah bercakap ke arah perkara-perkara yang tidak berfaedah. Sebagai  pendokong kepada amalan demonstrasi jalanan yang sia-sia, lebih baiklah beliau  lontarkan idea-idea yang lebih positif dalam membina dan mencapai status Malaysia sebagai negara maju menjelang tahun 2020.

Rakyat sedang menilai  ini semua…..
Ikuti komen Ketua Pemuda Pas Pusat seperti yang dilaporkan oleh The Malaysian Insider.
KUALA LUMPUR, 6 Jan — Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan berhasrat untuk menyertai perhimpunan aman 901 namun menegaskan ia bukan semata-mata kerana mahu membela Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi sebagai “mesej penting” kepada Putrajaya.

Dalam satu tulisan di blognya, Nasrudin (gambar) berkata beliau mahu membawa mesej kepada Umno-Barisan Nasional (BN) bahawa rakyat menolak pemerintahan yang merosakkan maruah seseorang sebelum dibuktikan bersalah di mahkamah.

“Jika saya turun perhimpunan 901 kelak, saya bukan turun untuk Anwar dan (bukan) kerana Anwar. Tetapi kerana saya mahu membawa mesej kepada kerajaan Umno dan BN bahawa rakyat menolak cara pemerintahan dan pentadbiran yang merosakan maruah orang sebelum ia dibuktikan bersalah,” katanya di blognya.

Tegas beliau: “Menghukumnya sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman ke atasnya adalah satu kezaliman dan penganiayaan.”

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pada Selasa lalu mengumumkan  bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan memastikan sejumlah 100,000 rakyat akan turut serta dalam perhimpunan tersebut bagi menunjukkan sokongan terhadap Anwar ketika Mahkamah Tinggi membuat keputusan Isnin ini berkaitan kes liwat keduanya.

Anwar, 64, dituduh telah melakukan liwat terhadap  Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondominium di Damansara Heights pada Jun 2008, beberapa bulan sebelum kembali dan memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh.
Ini merupakan kali kedua dirinya berdepan tuduhan liwat.

Tambah Nasrudin, jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut menjadi mangsa kezaliman dan penganiayaan tindakan sama perlu diambil oleh setiap rakyat untuk membela nasib pemimpin itu.

“Tidak baik membiarkan pemerintahan begini mengurus negara dan rakyatnya. Kebetulan hari ini insan yang menjadi mangsa hukuman sebelum hukuman mahkamah ini ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Jika mangsa itu adalah Datuk Seri Najib Razak sekalipun, kita wajib menentang kezaliman dan penganiayaan yang dilakukan,” katanya.

Sekiranya disabitkan kesalahan, Anwar akan dijatuhkan hukuman 20 tahun penjara, tetapi akan terlepas hukuman sebat kerana umurnya sudah melebihi 60 tahun.

Ini akan menamatkan karier politiknya dan memusnahkan peluangnya untuk menjadi perdana menteri.

1 comment:

sasha2020 said...

Aku malas nak layan bila pemimpin PAS bercakap...

Dia org hipokrit...sekejap boleh, sekejap tak boleh.

Bila kena kat org pakatan, macam macam hadis, petikan quran akan keluar utk mempertahankan mereka...Tapi . bila benda yg sama kena pada UMNO/BN, habis kena balun dan kutuk...

Mereka ni memang dua alam ...sama macam pemimpin agung PKR..depan pun boleh, belakang pun boleh