Monday, January 23, 2012

ISU NFC - SIAPAKAH PEMIMPIN PKR YANG MEMBELI MAKLUMAT BOCOR YANG DIJUAL OLEH BEKAS EKSEKUTIF NFC YANG DIBUANG KERJA ATAS DAKWAAN PECAH AMANAH DAN MENCURI WANG NFC SEBANYAK RM2.7?...


Salam semua®…
Kontroversi Perbadanan Fidlot Nasional didakwa berpunca daripada dendam seorang pegawai yang dibuang kerja atas dakwaan pecah amanah dan kemudiannya menjual maklumat berkaitan kepada pembangkang.

Kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali hari ini berkata, beliau dimaklumkan perkara itu oleh pengerusi Nasional Feedlot Corporation Datuk Mohamad Salleh Ismail dalam perbincangan selama lebih dua jam di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

"Bila dia kena pecat, dah buat laporan polis, dah jadi kes CBT (pecah amanah), dia tak puas hati dia balas dendam. Balasannya, memang dia ada akses kepada pendrive, jadi dia jual maklumat," katanya.

Tanpa mendedahkan eksekutif pemasaran itu, Ibrahim berkata beliau difahamkan, laporan polis sudah dibuat terhadap pegawai yang didakwa terlibat pecah amanah RM2.7 juta, yang dikatakan diperoleh daripada jualan bekalan daging kepada pasar raya.

Jumlah itu, menurut Ibrahim lagi, berjaya diperoleh kerana kutipan jualannya sehari mencecah RM150,000 dalam bentuk tunai.

Kebocoran maklumat syarikat itu sebelum ini pernah dimaklumkan dalam taklimat Mohamad Salleh kepada beberapa media terpilih di Gemas, Negeri Sembilan,

PERKASA bagaimanapun berkata, maklumat dalam pendrive itu tidak terperinci dan hanya memberikan gambaran sehala tentang sesuatu itu.

"Mungkin nyatakan jumlah (bayaran) saja, bayar untuk apa sekian-sekian tetapi tidak cerita apa dan untuk apa," katanya.

Bercakap dalam sidang media selepas taklmat berkenaan, Ibrahim turut menggesa pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menyegerakan siasatan terhadap isu itu supaya perkara sebenarnya dalam disingkap.

"Saya tegaskan kita serah pada SPRM dan pihak polis menyiasat. Hasil terakhir, itulah pendirian kita. Kita percaya kepada integriti badan ini," katanya lagi.

PERKASA dan 11 lagi NGO Melayu hari ini mengadakan sesi dialog dengan Mohamad Salleh, suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil.-Malaysiakini
P/S- Jadi, siapakah pemimpin PKR yang membeli maklumat berkaitan dengan penyelewengan dana NFC daripada bekas eksekutif NFC, tidak dinyatakan secara jelas oleh Ibrahim Ali dalam Malaysiakini.
Walaubagaimanapun, penulis tertarik dengan artikel yang ditulis oleh teman seperjuangan, The Flying kick hari ini yang menghentam Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli kerana mendakwa Ibrahim Ali telah memberikan tekanan politik kepada Ketua Audit Negara.
Di antara petikan menarik yang terdapat di dalam artikel beliau:  
Aneh, manusia seperti Rafizi boleh bercakap seperti itu selepas dia sendiri bukan sahaja memutarbelitkan laporan Ketua Audit Negara, sebaliknya melarat-larat kepada sesuatu yang dia sendiri tidak fahami.

Bagaimana Rafizi boleh mengutuk Ibrahim Ali sebagai orang yang tidak faham PERAKAUNAN kalau dia sendiri tidak dapat membezakan antara PINJAMAN MUDAH dengan GERAN KERAJAAN?

Bagaimana Rafizi boleh menggelakkan Ibrahim Ali kalau dia sendiri tidak lebih daripada seekor lembu yang disebat di belakang buntut untuk bersuara?

Sepatutnya Rafizi sendiri menjelaskan, dari mana dia memperolehi data yang mengatakan projek fidlot itu gagal sebagaimana yang diuar-uarkan ke seluruh negara sehinggakan ramai yang tidak pernah mahu mencari-cari dan menyelak laporan Ketua Audit Negara yang boleh diperolehi dengan mudah, termakan dengan dakyah serta hasutannya.

Kenapa tiba-tiba sahaja Rafizi jadi pematuh kepada sistem dan undang-undang sedangkan sebelum ini dialah yang paling kuat melompat, membohong dan melakukan fitnah?
Keseluruhannya baca di sini  .
Komen penulis berikutnya:
Jadi, semuanya sudah terang lagi bersuluh. Patutlah Datuk Seri Shahrizat Jalil telah mula angkat kain dan tidak teragak-agak memfailkan saman fitnah sebanyak RM100 juta terhadap Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli dan turut menamakan Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin dalam writ saman tersebut.  
Saman itu dibuat selepas pelbagai tuduhan dilemparkan PKR terhadap Shahrizat bahawa pemimpin Wanita Umno itu menyalahguna dana kerajaan yang bernilai jutaan ringgit untuk menanggung perbelanjaan peribadi.
Kita tunggu apa yang akan terjadi dalam episod berikutnya…..

No comments: