Monday, January 23, 2012

Siapakah Agaknya Yang Akan Tolong Pondan-Pondan Ini Bagi Memansuhkan Seksyen 377(B) Kanun Keseksaan?



Salam semua®…

Berita Bernama hari ini melaporkan tujuh orang pondan termasuk seorang warga Indonesia ditahan di beberapa kawasan di sini tengah malam tadi ketika sedang menunggu pelanggan.

Mereka yang berumur antara 22 hingga 35 tahun ditahan di Jalan Chulia, Jalan Campbell dan Jalan Penang.

"Kesemua mereka dipercayai sedang menunggu pelanggan. Enam daripadanya merupakan warga tempatan dan seorang warga Indonesia," kata pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supt Ahmad Baktiar Kassim yang mengetuai satu operasi bersepadu mencegah jenayah.

Kesemuanya disiasat di bawah Seksyen 377(B) Kanun Keseksaan berhubung kesalahan seks luar tabii dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Dalam operasi yang sama, empat pengurus premis hiburan di Jalan Ranggoon ditahan kerana beroperasi tanpa lesen dan lesen tamat tempoh.

Turut ditahan ialah 23 pengunjung pusat hiburan terbabit.

P/S- Cadangan tidak masuk akal DS Anuar Ibrahim baru-baru ini yang mendesak kerajaan supaya Seksyen 377(B) Kanun Keseksaan dimansuhkan amatlah mengecewakan kita semua.

Allah maha besar dan Allah maha mengetahui. Tidak perlu tunggu lama-lama, maka ditunjukkannya kepada kita hari ini tentang berita penangkapan tujuh orang pondan termasuk seorang warga Indonesia yang ditahan di beberapa kawasan di sini tengah malam tadi ketika sedang
menunggu pelanggan.

Mereka yang berumur antara 22 hingga 35 tahun ditahan di Jalan Chulia, Jalan Campbell dan Jalan Penang. Amatlah memalukan kita semua terutamanya rakyat negeri Pulau Pinang kerana kejadian malang ini kerap berlaku di Pulau Pinang.

Walaupun mereka ini belum dijatuhkan hukuman di atas kesalahan mereka tetapi, tindakan menangkap mereka adalah amalan biasa oleh penguatkuasa yang gigih bekerja semata-mata untuk membenteras perlakuan sumbang yang boleh merosakkan  masyarakat.

Memansuhkan Seksyen 377(B) seperti yang dicadangkan oleh DS Anuar, secara tidak langsungnya bererti kita menggalakkan maksiat daripada terus bermaharaja lela di mana-mana tempat yang sesuai untuk mereka.

Jadi, fikir-fikirkanlah….. pilihlah yang mana satu…


(Harap maaf. Gambar yang disiarkan di atas hanyalah gambar hiasan dan bukanlah gambar sebenar kejadian tersebut ).

No comments: