Saturday, January 14, 2012

Lagi-Lagi Ambiga. Lagi-Lagi Ambiga. Kali Ini Pasal Rasuah Pula ...



Salam semua®…
Penulis amat terkejut dengan kenyataan yang sungguh mengelirukan dan di luar daripada tabii sepatutnya apabila Pengerusi Bersih 2.0, Ambiga Sreenevasan hari ini mencadangkan agar Pakatan Rakyat (PR) seharusnya memaafkan pelakuan rasuah kecil jika memenangi Putrajaya supaya negara boleh terus maju ke hadapan.
Maknanya kalau PR menang dalam PRU13, kerajaan baru mereka akan memaafkan perlakuan rasuah kecil? Penulis hendak Tanya Ambiga, mana ada rasuah kecil dan besar dalam kamus perlembagaan Malaysia? Tidak kira perlakuan rasuah kecil atau besar, perlakuan rasuah tetap dianggap kesalahan rasuah. Baik yang memberi ataupun yang menerima, amalan rasuah tetap dikira salah dan bukanlah budaya orang-orang Malaysia. Beliau perlu faham perkara ini.
Budaya apa yang hendak dibawa masuk oleh Ambiga ke negara ini sebenarnya? Negara akan rosak binasa jika budaya rasuah ini berleluasa walaupun ianya melibatkan jumlah yang kecil. Jadi, kenyataannya bahawa dengan memberi kemaafan kepada pelaku rasuah kecil ini, negara kita boleh terus maju ke hadapan adalah di luar kotak pemikiran orang-orang yang berakal.
Bak kata pepatah Melayu, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Penulis hendak beritahu Ambiga di sini, bukanlah jumlah rasuah samada ianya dalam jumlah yang kecil ataupun besar menjadi persoalan dan perlu diambil kira, akan tetapi perbuatan itu sendiri yang menjadi kesalahan dan perlu ditolak oleh semua orang Malaysia.
Tahukah Ambiga, bahawa amalan rasuah adalah haram bagi semua orang-orang Islam? Kalau tidak faham, tanyalah kepada sahabat setia mereka, PAS…janganlah memandai-mandai dan bercakap ikut suka tanpa mengambil kira sensitiviti agama lain. Ambiga perlu belajar ini semua.
Penulis tidak akan rasa kecewa jika cadangan di atas dibuat oleh taukeh-taukeh balak yang kaya raya, tetapi penulis betul-betul marah, walaupun ianya berupa satu cadangan akan tetapi, sebagai pengamal undang-undang yang arif dalam selok-belok perundangan, beliau tidak sepatutnya memberi cadangan sedemikian rupa.
Ikuti kenyataan penuh Ambiga seperti yang dilaporkan oleh The Malaysian Insider.
ALOR SETAR, 14 Jan — Pakatan Rakyat seharusnya memaafkan pelakuan rasuah kecil jika memenangi Putrajaya supaya negara boleh terus maju ke hadapan selepas perubahan kuasa berlaku, kata Datuk Ambiga Sreenevasan hari ini.

Pengerusi Bersih 2.0 itu memetik Truth and Reconciliation Commission of South Africa, berkata, pengampunan adalah satu alat utama bagi membentuk kerajaan yang bersih kerana ia akan mendorong lebih banyak perubahan dalam budaya politik tanah air.

Walaubagaimanapun menurutnya, ini bukan bermakna mereka yang melakukan rasuah besar akan turut diampunkan.

“Kita mesti menghukum “ikan besar”, dan memaafkan “ikan kecil” supaya negara boleh membangun tanpa halangan,” katanya di sini dihadapan 2000 kumpulan di Konvensyen Pakatan Rakyat.

Ambiga (gambar) kata satu pengampunan serupa bagi yang terlibat dalam kematian A. Kugan, Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbaini juga akan memberikan ketenangan kepada keluarga masing-masing.

“Adakah Pakatan akan menubuhkan satu Truth and Reconciliation Commission seperti Afrika Selatan?” soalnya, dan menerima tepukan gemuruh dari hadirin.

Bekas presiden Majlis Peguam ini juga meminta semua kakitangan awam yang terlibat dalam pendaftaran pengundi warganegara asing sebagai pengundi berhenti daripada penglibatan mereka dalam aktiviti seperti itu.

“Kami meminta kakitangan awam. untuk tidak membantu mana-mana penipuan parti dalam pilihan raya,” katanya.

Lapan permintaan kesemua Bersih mesti dipenuhi sebelum pilihan raya berikutnya, beliau berkata, jika tidak ia akan menjadi satu penghinaan bagi jawatankuasa khas parlimen berkaitan penambahbaikan pilihan raya (PSC) serta orang ramai.

Ambiga menambah bahawa para pengundi mesti menolak politik kotor , dan calon-calon yang seksis, bersifat perkauman, tidak mempunyai integriti dan meletakkan diri mereka lebih daripada kepentingan orang ramai.
  
P/S- Walaupun cadangan beliau ini bolehlah dikatakan umpama bola  tanggung kepada kerajaan BN dalam politik, penulis sebenarnya lebih fokus kepada kesan daripada cadangan beliau itu seolah-seolah mengajak semua pengamal dan pelaku rasuah tegar tampil kehadapan memberi sokongan mereka kepada PR di dalam PRU13 nanti. Jadi, siapakah pelaku tegar rasuah yang dimaksudkan?
Tepuk dada tanyalah Iman anda…

No comments: