Monday, February 07, 2011

URUSAN PENGHANTARAN PULANG PELAJAR DARI MESIR - MAHFUZ OMAR MASIH LAGI MERUNGUT KEPADA DS NAJIB ?



Salam semua…
Mungkin ada yang tidak kena dengan saudara Mahfuz ini. Sudahlah kerajaan di bawah DS Najib bersusah payah menguruskan penghantaran pulang pelajar-pelajar kita dari Mesir, pihak PAS yang hanya pandai bercakap ini tidak habis-habis lagi dengan leteran mereka.
Kalau mereka bersama-sama membantu tak apalah juga, ini tidak, mereka hanya pandai mengarah itu dan ini. Yang menyakitkan hati, semua kebaikan yang kerajaan buat, satupun tidak kena pada kacamata mereka.
Sepatutnya bila timbul isu yang melibatkan pelajar-pelajar Islam kita, PAS mestilah duduk semeja dan berkerjasasama dengan kerajaan UMNO-BN mencari jalan yang terbaik bagi mengatasi urusan penghantaran pulang pelajar-pelajar kita.
Amatlah mendukacitakan penulis serta semua orang Islam di Malaysia kerana di dalam suasana yang kurang menyenangkan ini, PAS telah memilih pendekatan untuk meraih populariti dengan menyalahkan kerajaan UMNO-BN.
Pendekatan menyalahkan kerajaan UMNO-BN ini,  tidak manis  kerana PAS dilihat sebagai teramat sombong dan angkuh melangkaui tatasusila dan peradaban orang-orang Melayu di Malaysia.
Ikuti kenyataan saudara Mahfuz Omar seperti yang disiarkan oleh Harakah Daily bertarikh 6/2/2011 (Klik  di sini    ).
Harakahdaily    
KUALA LUMPUR, 6 Feb: PAS menyambut baik jaminan kerajaan untuk menanggung semua kos bagi membawa pulang rakyat Malaysia dari Mesir kembali ke tanah air seperti diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, keputusan tersebut bagaimanapun agak lewat dibuat kerajaan sehingga timbul kekeliruan berkaitan perkara tersebut sebelum ini.
Ekoran kelewatan tersebut juga, maka Najib katanya tidak boleh menganggap tuduhan bahawa kerajaan tidak mempunyai wang membiayai kos membawa pulang pelajar terbabit sebagai fitnah.
"Kita sambut baik jaminan kerajaan itu tapi Perdana Menteri tak boleh anggap dakwaan ibu bapa pelajar, dan rakyat bahawa kerajaan tiada wang dan pelajar kena tanggung tambang balik, sebagai fitnah.
"Saya difahamkan mereka mendapat maklumat dari Wisma Putra dan Kedutaan sendiri bahawa kos tambang balik dari Jeddah ke Malaysia kena tanggung sendiri sehingga ada yang telah membeli tiket sendiri," katanya kepada Harakahdaily.
Perkara tersebut juga kata Mahfuz turut dilapor media perdana sebelum ini.
Najib sewaktu mengumumkan jaminan tersebut di Masjid Jamek Kampung Baru semalam menganggap dakwaan kerajaan tidak mempunyai wang, adalah pembohongan dan fitnah besar oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Beliau seperti dilapor media berkata, isu tersebut telah dipolitikkan oleh PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang seharusnya memberi kerjasama bukannya mempolitikkan isu berkenaan dengan menyebar fitnah.
Mahfuz juga tidak menolak kemungkinan, pengumuman jaminan tersebut dibuat Najib ekoran malu kepada Putera Raja Arab Saudi, Putera Turki Abdullah Al Saud, kerana sudi membiayai dua penerbangan menggunakan pesawat jumbo Boeing 747 untuk membawa balik pelajar Malaysia dari Jeddah ke Kuala Lumpur.
Seperkara lagi kata Mahfuz, kerajaan juga tidak sepatutnya mengumumkan untuk merujuk dan berurusan dahulu dengan pihak swasta lain seperti Lembaga Tabung Haji, Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia berhubung pembiayaan kos terbabit.
Tindakan tersebut katanya hanya hanya akan memberi gambaran bahawa kerajaan tidak bersedia untuk menanggung sepenuhnya kos misi tersebut.
"Kita setuju pihak swasta tunai tanggungjawab sosial, tapi tak kan kerajaan nak tengok dulu swasta boleh bagi berapa.
"Sepatutnya umum tanggung penuh la, lepas tu bincang la nak cari duit dari mana," katanya lagi.

No comments: