Saturday, February 26, 2011

PAS MENIPU ORANG RAMAI. AGENDA KERJASAMA POLITIK DENGAN DAP DIKATAKAN BERDAKWAH.

Ini kerjasama politik bukannya berdakwah...


                                                                                                                                                               

Salam semua…
Pas dicabar membuktikan keikhlasan dan komitmennya untuk menyampaikan dakwah dan mengislamkan pemimpin serta ahli DAP melalui kerjasama antara parti pembangkang sebagaimana didakwa Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Bagi tujuan itu, Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) cawangan Pulau Pinang hari ini menawarkan kesediaan untuk membantu Nik Abdul Aziz merealisasikan usaha menyebarkan dakwah kepada DAP dengan sasaran utama adalah ahli-ahli DAP Pulau Pinang.
Ketua Jurulatih Kanan PSSLM Pulau Pinang, Mohd. Faizal Abdul Karim berkata, dengan keahlian sekitar 300,000 pesilat, pertubuhan tersebut yakin dapat membantu usaha Nik Abdul Aziz jika benar Mursyidul Am Pas itu ikhlas untuk berdakwah kepada DAP.
"Kami sebagai sebuah pertubuhan silat yang menjunjung tinggi nilai Islam sanggup membantu Menteri Besar Kelantan untuk menyampaikan dakwah kepada pemimpin serta ahli DAP di Pulau Pinang sebagaimana kenyataan beliau mengenai tujuan sebenar Pas bekerjasama dengan DAP.
"Kesediaan ini kerana kami berpendapat jika benar Pas mahu menyampaikan dakwah dan mengislamkan DAP, langkah itu perlu dimulakan di Pulau Pinang kerana di sinilah DAP bertapak kukuh," katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan itu yang menjelaskan hubungan Pas dengan DAP membolehkan parti berkenaan memperkenalkan kemuliaan Islam kepada DAP kerana dakwanya tanggungjawab itu gagal dilaksanakan oleh UMNO.
Mursyidul Am Pas itu berkata demikian ketika menjawab kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyelar sikap parti tersebut terutama Nik Abdul Aziz yang sanggup mengkafirkan ahli UMNO tetapi pada masa yang sama bersekongkol dengan DAP.
Ekoran kenyataan Mursyidul Am Pas itu, Jaringan Melayu Malaysia (JMM) menuntut Pas menjelaskan mengenai pelan serta struktur dakwah yang hendak dilaksanakan oleh parti itu dalam usaha mahu mengislamkan ahli DAP.
Dalam pada itu, Mohd. Faizal juga menyeru seluruh pemimpin dan penyokong pembangkang supaya memberi sokongan penuh kepada Pas bagi membuktikan kenyataan Nik Abdul Aziz itu benar-benar demi Islam dan bukan sekadar modal politik.
"Kami mahu melihat hasil dakwah Islam di Pulau Pinang seperti yang dilaungkan oleh Pas. Kami sudah nyatakan kesediaan membantu kerana ia
selaras dengan matlamat penubuhan PSSLM iaitu menyuburkan Islam selain menguasai ilmu pertahanan diri.
"Sekarang terserah kepada Nik Abdul Aziz untuk menentukan pelan dan strategi dakwah, jika dia berdolak-dalik maka benar Pas tidak ikhlas untuk berdakwah sebaliknya hanya memperalatkan agama dan al-Quran demi kepentingan politik," katanya.- Utusan.
P/S – PAS menerusi Nik Aziz cuba menipu orang ramai kononnya mereka selama ini telah berjaya berdakwah kepada DAP. Sebaliknya penulis melihat ianya hanya sebagai satu helah kerjasama politik. Penulis rasa orang ramai tidak terlalu bodoh jika mereka tidak boleh membezakan kerjasama politik dengan kerja-kerja dakwah ini.
Kerjasama dalam agenda politik tidak boleh disamakan dengan kerja-kerja dalam berdakwah. Masing-masing mempunyai perancangan politik bagi menjatuhkan kerajaan BN. Ketegasan DAP menolak kerajaan Islam sebagai contoh bahawa tidak ada kerja-kerja dakwah dilakukan ke atas DAP oleh PAS. Selain itu, isu-isu seperti premis menjual arak, bekerja di kilang arak, judi, dan aktiviti maksiat pada pandangan Islam, dalam banyak hal DAP dan PAS tidak pernah senada.
PAS bukan sahaja berbohong kepada orang ramai, malah mereka juga menipu ahli-ahli DAP. Atas dasar prinsip hidup yang percayakan kebenaran, pemimpin-pemimpin DAP perlu berani tampil kehadapan memberitahu perkara sebenar.
Berbohong adalah satu perbuatan yang boleh merosakkan umat. Lebih-lebih lagi yang berbohong itu melibatkan pemimpin-pemimpin yang memperjuangkan agama.
Menipu maknanya berdosa kepada Allah. PAS tidak boleh berterusan menipu orang ramai lagi dalam hal ini.
Ingat, dosa tok guru yang kuat menipu lagilah besar dosanya……

No comments: