Friday, February 25, 2011

LAWATAN NAJIB TAK GUGAT HUBUNGAN SAYA DENGAN TURKI, KATA ANWAR


Salam semua…
Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak kisah dengan kunjungan sulung Datuk Seri Najib Razak ke Turki sambil menegaskan perdana menteri tidak akan berjaya dalam mencantas sokongan yang beliau peroleh daripada kerajaan negara-negara Islam.
Ketua Pembangkang itu berkata meskipun Najib berada di Turki, ahli-ahli politik utama negara itu masih menghantar mesej peribadi kepadanya, perkembangan yang membuktikan hubungannya dengan kerajaan negara Eropah itu masih kukuh.
“Saya baru menerima satu mesej... jadi tiada masalah sama sekali,” kata beliau (gambar) pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini petang ini.
Kepimpinan Pakatan Rakyat mengadakan mesyuarat mereka hari ini menjelang pilihan raya kecil serentak DUN Kerdau dan Merlimau.
Beberapa penganalisis dan pemerhati politik mendakwa kunjungan sulung Najib sejak menjadi perdana menteri pada April 2009 akan memutuskan hubungan peribadi yang dijalin Anwar dengan Turki dan negara-negara Islam yang lain.
Najib juga telah mengunjungi beberapa negara Islam sebelum ini.
“Jika tujuan mereka untuk menjalin hubungan lebih baik, saya menyokong tetapi saya mempertahankan hubungan yang amat rapat,” katanya.
“Mesej-mesej peribadi terus diterima daripada kepimpinan Turki dan saya tiada masalah itu,” katanya lagi.

2 comments:

Anonymous said...

Anwar ni sape?. PM ke Menteri ke? yang nak sibuk pasal PM buat lawatan ke Turki. Dia ingat orang hadap kat sangat kat dia kut. perasan betul la orang tua ni. PM buat keja dia untuk kepentingan negara. ko duk diam settle kan kes liwat ko tu. bertahun dah asyik tangguh je.diri sendiri tak terurus nak bising pasal orang lain. menyemak je la dia. g je la duk kat turki tu kalau rasa diri tu penting sangat. sibuk jeh!

Mordecai Kucai said...

Anuwar, Anuwar. Tak habis habis dengan kebodohan dia.

Ingat Turki tu negara kayu ke? Dia tak da kedutaan di Malaysia ke? Kedutaan dia tak membuat risikan ke pada Malaysia?

Apa Anuwar fikir kerajaan Turki percaya dia lebih dari lapuran risik Turki?

Orang tu sms tanya dah makan ke belum, tu jer. Dia ahli politik pun tak tau perangai orang politik yang mahir dengan perhubungan awam. Dia jumpa Najib pun senyum lebar berlakun. Macam la dia sorang jer berlakun orang lain semua tulin tak reti berlakun.