Friday, February 11, 2011

TERKINI- PEMUDA MAJLIS GEREJA-GEREJA MALAYSIA TUNTUT PENCERAMAH TERKENAL, USTAZAH SITI NOR BAHYAH MOHON MAAF.


Salam semua…
Penulis berasa amat terkejut bila terbaca di portal Malaysiakini hari ini bahawa sebuah majlis gabungan gereja hari ini menuntut beliau meminta maaf atas dakwaan mengaitkan penganut Kristian dengan amalan maksiat. Penulis tidak mahu memberi sebarang komen mengenai isu ini lagi kerana kekurangan maklumat dan penjelasan di pihak Ustazah Siti Norbahyah sendiri.
Walaubagaimanapun penulis berpendapat perkara sensitif seperti ini tidak sepatutnya diperbedebatkan di media terbuka kerana ianya boleh meningkatkan salah faham di antara orang Islam dengan penganut agama Kristian yang lain. Seeloknya Ustazah atau orang-orang berkempentingan bertemu dan berbincang sesama sendiri bagi merungkaikan salah faham di atas.
Ikuti paparan yang disiarkan oleh portal berita berkenaan (Klik  di sini.   ).
Sebuah majlis gabungan gereja hari ini menuntut seorang selebriti meminta maaf atas dakwaan mengaitkan penganut Kristian dengan amalan maksiat.
Tuntutan itu disuarakan oleh Pemuda Majlis Gereja-Gereja Malaysia (Pemuda CCM) hari ini yang mempertikaikan satu kenyataan oleh selebriti berkenaan, Siti Nor Bahyah Mahamood.
Dalam rancangan berkenaan, Siti Nor Bahyah didakwa telah berkata: “Maksiat, disko, couple-couple, bersunyi-sunyian, inilah tradisi bagi masyarakat yang beragama Kristian."
Siti Nor Bahyah didakwa telah berkata demikian melalui satu rancangan yang membincangkan hukum sambutan Hari Valentine melalui sebuah televisyen tempatan sebelum ini.
Pemuda CCM menyifatkan dakwaan itu sebagai "tidak bertanggungjawab", "mengaibkan" dan "amat menyakitkan hati" masyarakat Kristian melalui "serangan terbuka ke atas kepercayaan masyarakat lain tanpa fakta yang dikaji dengan teliti."
Menurut kenyataan itu lagi, Siti Nor Bahyah juga telah melandaskan hujahnya dalam rancangan itu "dengan legenda dan kisah dongeng yang tidak disokong (fakta)."
"(Siti Nor Bahyah) juga telah memilih untuk menggunakan ruang awam untuk mencerca ajaran masyarakat lain dengan pandangan yang salah (dan) diperolok-olokkan sebagai fakta," kenyataan itu dipetik.
Selebriti berkenaan juga antara lainnya telah menyebut beberapa versi latar belakang sambutan Hari Valentine dalam program berkenaan yang turut disiarkan dalam laman Youtube.
Versi pertama yang disebut oleh Siti Nor Bahyah itu membabitkan amalan penyembahan seorang "dewi cinta" oleh masyarakat Rom kuno.
Salah satu lagi versi yang disebut itu membabitkan sambutan bagi memperingati seorang paderi bernama Saint Valentine yang dibunuh kerana menyebarkan ajaran Kristian.
"Saint Valentine inilah yang memainkan peranan besar menjatuhkan kerajaan Islam di Cordoba, Sepanyol. Jadi kalau kita sambut Valentine's Day, maknanya kita sokong Kristian. Kita sokong Inggeris. Kita masuk sebahagian daripada mereka."
"Yang keempatnya sebab kita tak boleh sambut Valentine ini sebab meraikan burung yang suka mengawan pada 14 Februari. Ini ialah tradisi orang Inggeris," kata Nor Bahyah lagi dalam rancangan berkenaan.
Mengulas lanjut, Pemuda CCM berkata selebriti itu sepatutnya menasihati masyarakat muda supaya bertindak dengan bijak dan tidak dieksploitasi oleh sambutan yang dikomersilkan secara terang-terangan.
Kenyataan itu juga menyebut, Pemuda CCM telah menjelaskan sebelum ini bahawa Hari Valentine dan juga Santa Claus tidak mempunyai asas dalam ajaran Kristian.

3 comments:

zethro said...

"Mengulas lanjut, Pemuda CCM berkata selebriti itu sepatutnya menasihati masyarakat muda supaya bertindak dengan bijak dan tidak dieksploitasi oleh sambutan yang dikomersilkan secara terang-terangan."

Sepatutnya Pemuda CCM tu sendri yg menasihatkan dan menerangkan kpd masyarakat tentang apa yg sebenarnya yg dimaksudkan dgn sambutan "Valentine's Day" tu. Ustazah tu berckp atas kapasiti beliau sbg ilmuwan Islam yg tak mahu sekalian umat yg lain bertindak mengikut amalan agama lain yg akan menjebakkan diri dlm kancah maksiat(amat dilarang dlm ajaran Islam). Ustazah tu pon bukannya ckp suka2 je tp berdasarkan fakta yg beliau peroleh dan kaji selidik. Mmg la "Valentine's Day" tiada dlm asas ajaran Kristian tp kenapa sambutan terhadapnya diamalkan secara meluas oleh org Kristian sendri? Sepatutnya Pemuda CCM ni kene terangkan kat umat Kristian sekalian bahawa Hari Valentine bukan ajaran Kristian dan nasihatkan mereka kembali kpd kitab yg suci.

sgray said...

Pemuda CCM berkata selebriti itu sepatutnya menasihati masyarakat muda supaya bertindak dengan bijak dan tidak dieksploitasi oleh sambutan yang dikomersilkan secara terang-terangan....

Well bukan kah itu yang dilakukan oleh Ustazah tersebut khas ditujukan solely kepada umat ISLAM [dalam program tu,]kepada pemyembah agama lain tu lantak diorang lah nak sambut atau tidak,for info nobodys cares..Apakah bodh sangat diorang nie sehingga tak tahu membedakan antara teguran,nasihat dengan mencerca atau menghina..kat mana sakit diorang nie.

sgray said...

Mereka harus sedar..Christianity bukan Islam atau sebahagian dari Islam.Jesus bukan Isa Al Masih..

Apakah kita lupa pesan Allah terhadap d Non Believers dan bagaimana sikap mereka...dalam AQ Allah mengingatkan kita..yang bermaksud.'..kaum2 ini tidak akan berhenti dari menyesatkan umat melainkan kamu menurut kehendak dan cara mereka..'lebeh kurang camtu lah.

Apakah terdapat istillah2 yang mereka gunakan didalam AQ.Allah yang maha mengetahui menerangkan , [sekali lagi berhati2 bila kita menerima christianity agama DARI ALLAH..]apa yang di sarankan dan dihukumkan keatas kita sekadar menerima dan mempercayai akan agama yang dibawa oleh para anbia dan rasul terdahulu dari muhammad tidak lebih dari itu..kweujudan NABI MUHAMMAD ..seharusnya menjadikan pengikut yang terdahulu mengikut syiarnya..kerana Islam diiktiraf dan pelengkap agama Allah yang dibawa oleh para anbia pra Muhammad.[selagi mereka bersaing setelah datangnya Muhammad..well,faham2 sendiri..[mereka bukan saudara seagama kita].wallahu wa'lam.