Monday, February 21, 2011

PAS TERKEJUT BADAK, TARIKH MENGUNDI MERLIMAU, KERDAU SAMA?



Salam semua…
Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga pesuruhjaya PAS Pahang berkata, sepatutnya lebih masa diberikan kepada kedua-dua pihak yang mahu bertanding untuk membuat persediaan.
Beliau terkejut dengan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari yang sama untuk pilihan raya kecil DUN Kerdau dan Merlimau.
Tambahnya, hari pengundian pada 6 Mac yang jatuh pada Ahad boleh menyebabkan keadaan tidak selesa kepada pengundi luar yang terpaksa pulang bekerja pada keesokan harinya.
Mereka terpaksa bergegas kerana cuma ada sehari untuk perjalanan ke tempat mengundi dan pulang ke tempat kerja, katanya dalam sidang media di Alor Setar hari ini.
Bagaimanapun, menurut Tuan Ibrahim lagi, PAS sentiasa bersedia untuk menghadapi pilihan raya kerana sudah memberi perhatian sepenuhnya sejak bekas ADUN Kerdau sedang kritikal.
Penceramah popular itu berkata, mereka juga sudah bersedia kerana sudah berbincang dengan rakan Pakatan Rakyat lain di negeri itu.-Malaysiakini.

No comments: