Thursday, February 17, 2011

TERKINI - INI JAWAPAN KERAJAAN PAS KELANTAN TENTANG TUDUHAN LINDUNGI PREMIS MAKSIAT


Salam semua…
Berikut adalah jawapan kerajaan PAS Kelantan tentang tuduhan lindungi premis maksiat  seperti yang diheboh-hebohkan oleh media.
Tuduhan kononnya Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) melindungi premis maksiat termasuk sarang pelacuran oleh media masa termasuk blog peribadi pihak tertentu bertujuan untuk memburukkan imej Pihak Berkuasa Tempatan.
Ianya juga bertujuan untuk memburukkan imej kerajaan negeri di bawah pentadbiran Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sehingga mendakwa MPKB-BRI bersekongkol dengan pihak yang tidak bermoral itu.
Ketua Jabatan Pembangunan Islam MPKB-BRI, Ustaz Ropein Hassan, berkata pihaknya mengadakan operasi hampir setiap malam khususnya di kawasan yang disyaki berlakunya perkara terbabit.
Menurutnya, bukan itu sahaja pihaknya turut mengadakan operasi bersepadu dengan Jabatan Halehwal Agama Islam, Imigresen dan polis bila difikirkan perlu.
“Jadi tidak timbul pihak MPKB hanya berdiam diri apa lagi bersekongkol kerana kita sejak sekian lamanya mengadakan operasi demi operasi untuk menghalang tindakan ini termasuk penjualan toto sebagaimana yang didakwa.
“Apa yang dilaporkan oleh pihak media tidak benar sama sekali dan ianya bertujuan untuk memburukkan imej MPKB-BRI terutama kerajaan negeri sendiri,” ujarnya.

1 comment:

Anonymous said...

betol tu beroperasi bersama maksiat 21 tahong