Thursday, February 10, 2011

SALAHUDDIN AYUB - DATUK SERI ANWAR IBRAHIM, DATUK TUAN GURU HADI AWANG DAN YB LIM KIT SIANG BELUM CUKUP MANTAP ?...


Salam semua…
Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (PRK DUN) Merlimau belumpun bermula, namun reaksi pelbagai daripada pemimpin kanan Pakatan Rakyat (PR) amat mencuitkan hati penulis.
Masing-masing dengan pendapat mereka yang tersendiri. Ada yang berkobar-kobar semangatnya dan ada yang  nadanya seperti melepaskan batuk ditangga. Malah ada juga yang sampai sanggup menyalahkan pemimpin PR yang lain. Tidak kurangnya pula menegur presiden mereka secara terbuka.
Kesimpulan paling ringkas yang boleh penulis katakan di sini ialah, ada yang tidak kena di antara mereka ini.  Kalaulah di antara pemimpin mereka sendiripun tidak sepakat, bagaimanakah agaknya hendak menyuruh rakyat bersepakat?  PR sebenarnya hanya sedap diungkap perkataannya sahaja, akan tetapi realiti sebenar pakatan politik dikalangan pemimpin itu sendiri tidak sepakat dan sependapat.
Ikuti petikan menarik yang penulis ambil melalui sembang politik mereka sebelum kempen PRK DUN Merlimau bermula pada akhir bulan March nanti.
Yang pertamanya, kita dengar apa kata Naib Presiden PAS,  Mahfuz Omar:

1.“Kita tidak boleh melihat dengan kaca mata yang sama apabila kita turun dengan full force sebagai satu strategi dan taktikal yang bijak bukan dalam semua keadaan.
Kita juga perlu wujudkan kelainan daripada sudut tenaga jentera kita yang sedikit dan dana kita yang lebih kecil tetapi penghasilan kita lebih baik dan mantap.
Pakatan Rakyat kena tanya diri sendiri, apakah yang kita hendaki atau objektif kita di PRK Merlimau?
Secara ringkasnya, kita tidak boleh berfikir untuk menyertai PRK dengan cara biasa, kita mesti menyertai pilihanraya ini dengan cara luar biasa – luar biasa itu bukan bermakna dulu jentera kita sedikit, kini kita kena banyak.
Jika kita inginkan hasil yang luar biasa, kita kena berfikir cara luar biasa kerana jika kita sentiasa guna cara biasa, hasil kita akan seperti biasa.”
2. “Kebergantungan kita terhadap media adalah satu bab lain, satu perkara yang lebih penting ialah kebijaksanaan cara pemimpin-pemimpin kita dalam mengeluarkan kenyataan dan menjawab soalan-soalan media perlu harus difikirkan oleh PR.
Kita tidak boleh sewenang-wenang mengeluarkan atau memberikan respons kepada apa yang diperkatakan dan dihulurkan soalan oleh media tanpa melihat kepada situasi politik secara menyeluruh – ini sangat bergantung kepada kebijaksanaan masing-masing untuk mengelak sendiri daripada diumpan media ke jerat kontroversi.
Kadang-kadang (kenyataan diputarbelitkan) bukan kerana kita tidak mempunyai media bersepadu yang melibatkan orang tidak mendapat maklumat atau kita dieksploitasi media lawan ini – tapi kerana kesilapan kita”
Apa kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pula:

1.“Saya rasa PRK Tenang telah memberikan suatu gambaran yang jelas bahawa walau apapun yang cuba digambarkan media tradisional kerajaan, PR masih utuh dan ketiga-tiga pimpinan parti telah menunjukkan satu kombinasi, iltizam dan komitmen  yang begitu tinggi.
Cuma saya rasa pada masa-masa akan datang, gandingan ketiga-tiga tokoh ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Tuan Guru Presiden dan YB Lim Kit Siang harus dilihat lebih mantap dengan gerakan bersama yang dilihat sebagai lambang kekuatan dan keutuhan PR.”
Kita lihat pula apa yang diperkatakan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, tentang peluang PAS di PRK DUN Merlimau:

1.“Peluang PAS untuk menang di dalam PRK DUN Merlimau dilihat agak sukar terutamanya jika BN memutuskan untuk mempertaruhkan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA), Datuk Zaini Md Nor”.
2.“Ini (DUN) Merlimau memang susah (untuk pakatan pembangkang menang). Kalau letak Zaini sebagai calon, 80 peratus BN menang”. 

1 comment:

Penditakainsingkat said...

Salam Bro.

Mereka ni Gerombolan Pakatan haram.

Mereka bersatu secara haram kerana ingin mencapai hasrat tersendiri.

Duduk dalam satu sampan tetapi kayuh lain2. Cuma carara kayuhannya sahaja yg sama iaitu...BANTAI MELAYU, BANTAI RAJA MELAYU, BANTAI PERLEMBAGAAN..LEMAHKAN APA SAHAJA YANG BERNAMA MELAYU.

Nakhona sampannya adalah China DAP.