Monday, February 21, 2011

DS MOHD. SHAFIE APDAL : JIKA PAS MEMPERJUANGKAN NASIB ORANG MELAYU, MENGAPA TIDAK MEREKA MEMPERJUANGKAN HAK ORANG MELAYU DI PULAU PINANG DAN NEGERI LAIN.

Premis Peniaga Melayu Dirobohkan Oleh DAP Pulau Pinang. PAS Di Mana?

Salam semua…
Para pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan propaganda Pas yang mengakui parti itu mengutamakan perjuangan orang Melayu.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sering membuat kenyataan yang berubah dalam menyatakan perjuangan sebenar parti tersebut.
“Masyarakat harus sedar kenyataan Pas boleh berubah-rubah. Bukan mustahil hari ini mereka bercakap lain dan esok mereka cakap lain.
Kita jangan terpedaya hingga terikut dan terpujuk ungkapan Pas dalam memperjuangkan nasib orang Melayu.
“Jika benar Pas memperjuangkan nasib orang Melayu, mengapa tidak mereka memperjuangkan hak orang Melayu di Pulau Pinang dan negeri lain,” katanya.
Beliau ditemui selepas menghadiri perjumpaan dengan pemimpin Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung di Politeknik Merlimau, di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Speaker DUN Melaka, Datuk Othman Muhamad.
Beliau mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz semalam yang mengakui perjuangan terhadap masyarakat Melayu perlu diutamakan memandangkan statusnya sebagai bangsa pribumi di negara ini.
Mengulas lanjut, Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, Pas akan menggunakan isu agama dan bangsa Melayu untuk meraih simpati pengundi di kedua-dua tempat tersebut menjelang pilihan raya kecil 6 Mac ini.
“Perjuangan BN sebenarnya lebih konsisten kerana kita memperjuangkan nasib bukan sahaja orang Melayu tetapi juga Cina, India dan semua bangsa yang terdapat di negara ini termasuk di Sabah dan Sarawak,” katanya.
Sementara itu di Putrajaya, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pula menyifatkan Mursyidul Am Pas itu sebagai seorang yang kerap menukar pendirian semata-mata untuk kepentingan politik.
Kali ini, katanya, demi untuk meraih undi kaum Melayu, Nik Abdul Aziz sanggup menukar pendirian parti tersebut yang sebelum ini memperjuangkan Islam.
“Nik Abdul Aziz ingin memperjuangkan hak masyarakat Melayu atas alasan mereka adalah kaum pribumi di negara ini.
“Bagi saya, beliau terpaksa bercakap begitu kerana mahu memenangi hati masyarakat Melayu yang ketika ini lebih berpihak kepada kerajaan,” katanya.
Menurut Tengku Adnan, faktor lain yang menyebabkan Menteri Besar Kelantan itu mengubah pendiriannya adalah kerana undi masyarakat Melayu terhadap Pas telah mula merosot.
“Orang Melayu kini telah sedar siapa dan parti mana yang boleh memperjuangkan nasib mereka, telah banyak terbukti hanya UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang mampu berbuat demikian,” katanya.
Manakala, Naib Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd. Yusof Ismail berkata, Nik Abdul Aziz perlu berhenti menjadikan kaum Melayu sebagai umpan politik terbarunya.
Menurutnya, perjuangan yang disuarakan oleh Nik Abdul Aziz itu hanya bagi meraih kepentingan politik selain melaksanakan agenda DAP.
“Agenda memperjuangkan hak Melayu wujud kerana Nik Abdul Aziz hanya mahu menang dalam pilihan raya bukan demi kepentingan kaum Melayu yang beragama Islam,” katanya.
Beliau berkata, Nik Abdul Aziz perlu kembali kepada ajaran Al-Quran atau berhenti daripada berpolitik kerana tindakannya itu hanya akan menyesatkan umat Islam.
Jelasnya, perjuangan membela hak Melayu telah lama dilakukan UMNO sehingga dunia mengiktirafnya hari ini.
“Oleh itu Nik Abdul Aziz tidak perlu berpura-pura dengan mahu mengambil hati orang Melayu demi kepentingan rakannya iaitu DAP,” ujarnya.-Utusan, 21/02/2011.

5 comments:

Anonymous said...

Tak payahlah PAS perjuangkan orang Melayu kerana UMNO sudah 60 tahun lebih sudah terbukti memperjuangkan orang Melayu... lebih baik bubar saja parti anda...

Anonymous said...

UMNO sudah 60 tahun lebih memperjuangkan orang Melayu dan Islam...PAS hanya jual Islam...

Anonymous said...

UMNO sudah 60 tahun lebih memperjuangkan orang Melayu dan Islam...PAS hanya jual Islam...

Anonymous said...

Melayu PP bukannya Melayu betol. kebanyakkan kacukan mamak.

Melayu yang dimaksudkan PAS ialah Melayu Kelantan. Kerana PAS adalah agama Kelantan.

hangkedee said...

Harapkan PAS akan melepas