Salam semua…
Dalam keadaan yang tidak tenteram lagi membahayakan nyawa manusia di Mesir sekarang ini, bukan hanya sekadar harta benda yang musnah malah nilai nyawa sesetengah penduduknya seperti telur di hujung tanduk. Begitu jugalah dengan nasib pelajar-pelajar serta warga Malaysia yang masih lagi berada di sekitar bandaraya besar di negera Arab itu.
Sedangkan penyokong kerajaan, di bawah Hosni Mubarak lagikan bertempur dengan para-para pemberontak revolusi rakyatnya. Inikan pula rakyat Malaysia yang bertaraf penumpang di Negara itu. Apa-apa tindakan provokasi luar yang bodoh serta tidak terkawal melibatkan rakyat Negara kita, perlu diketepikan buat sementara waktu demi keselamatan nyawa kesemua 13,000 rakyat Malaysia yang masih lagi berada di sana.
Jadi adalah baiknya buat masa ini, soal tekanan diplomatik ke atas Kerajaan Mesir tidak perlu difikirkan sekarang kerana ianya melibatkan keselamatan rakyat Malaysia yang masih lagi tinggal di sana. Sebarang salah faham atau tindakan provokasi yang tidak dikawal misalnya melalui media maya atau saluran diplomatik antarabangsa ke atas politik Negara lain akan memburukkan lagi keadaan serta membahayakan nyawa pelajar dan rakyat Malaysia di sana.
Jadi, tindakan kurang bijak daripada PAS yang mencabar Najib supaya mengutuk Hosni Mubarak perlu dihentikan. Kecuali pemimpin-peminpin PAS, penulis amat yakin bahawa semua rakyat Malaysia termasuklah DS Najib amat cintakan keamanan. Jadi, jalan yang terbaiknya ialah dengan menghormati kedaulatan Negara lain. Biarlah mereka sendiri yang menentukan corak pemerintahan Negara mereka.
Ikuti pandangan dan cabaran kurang cerdik yang dikemukakan oleh PAS menerusi Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar kepada DS Najib seperti yang dilapurkan oleh Harakah Daily bertarikh 3/2/2011.
Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 4 Feb: PAS mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan pendirian terhadap Presiden Mesir Hosni Mubarak dan kerajaannya yang kini sedang berdepan penolakan rakyat di negara teluk itu.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, sehingga kini Najib dilihat mengambil sikap berkecuali biarpun keangkuhan Hosni Mubarak berundur telah membangkitkan penentangan rakyat negara itu sehingga negara lain termasuk Malaysia terpaksa bersusah membawa pulang rakyat masing-masing.
"Kita menuntut Najib menyatakan sikap yang jelas sama ada mahu mempertahankan Hosni Mubarak dan kerajaannya atau sebaliknya.
"Kita kecewa sehingga kini Najib tidak berani memberi tekanan kepada Hosni Mubarak," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
Tambahnya, Perdana Menteri sepatutnya malu apabila Tokoh Ma'al Hijrah Malaysia 2009, Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi dengan begitu tegas menggesa Hosni Mubarak berundur dengan segera.
"Orang yang kita bagi anugerah pun boleh buat macam tu sedangkan dia tidak ada apa-apa kepentingan politik pun, malu la kita," ujarnya lagi.
Sebelum ini, al-Qaradawi yang juga Ketua Kesatuan Antarabangsa Cendekiawan Muslim, turut meminta Hosni Mubarak agar mengangkat kaki secara pilihan sebelum beliau pergi secara paksaan.
Katanya, presiden Mesir itu perlu mengambil pengajaran dari nasib Presiden Tunisia, Zine el Abidine Ben Ali.
"Undurlah, wahai Mubarak, jika ada di hatimu sedikit rasa belas kasih, atau ada dalam kepalamu sedikit akal yang berfikir.
"Jangan kamu hancurkannya dan duduk di atas kehancuran tersebut. Pergilah, wahai Mubarak," katanya.
"Tidak ada lagi tempat untukmu, wahai Mubarak. Saya minta kamu untuk keluar mengangkat kaki," tambahnya lagi.
Sehubungan itu, PAS dan seluruh rakyat negara ini ujar Mahfuz sedang menanti pendirian Najib dalam isu ini."Rakyat sedang menunggu Najib untuk mengutuk Mubarak yang enggan tunduk kepada tuntutan rakyat sendiri," katanya.
No comments:
Post a Comment