Sunday, February 27, 2011

TERKINI @ 2.45PM PERHIMPUNAN HARAM HINDRAF: 109 TERMASUK LAPAN PEMIMPIN DITAHAN..


Salam semua…
Polis mengesahkan seramai 109 orang telah ditahan ketika protes Hindraf, yang diadakan berhubung isu novel kontroversial Interlok dan “perkauman Umno”, di ibu negara hari ini.
Daripada jumlah itu lapan adalah pemimpinnya, lapan lagi wanita dan dua orang pemberita.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Pahlawan Zulkifli Abdullah memberitahu, mereka ditahan di bawah Seksyen 27(5) Akta Polis kerana mengadakan perhimpunan haram.
Lapan pemimpin, dipercayai dua daripada mereka dari Hindraf yang telah diharamkan, disiasat di bawah Seksyen 45(1) Akta Pertubuhan.
Dua pemberita, kedua-duanya dari media alternatif, kata Zulkifli, ditahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang polis daripada menjalankan tugas mereka-The Malaysian Insider.

2 comments:

Anonymous said...

Kita terlalu berlembut...kalau mereka tidak mampu akur dengan pemerintahan kita dan menderhaka kepada DYMM YDP Agong...Lucutkan sahaja kewarganegaraan mereka...Ini tidak....dahla mereka makin biadap..kita pula benarkan gerakan mendaftar untuk memberi hak kewarganegaraan ...lepastu ..menjerit2 melompat2 dan berarak dijalanan menentang kerajaan..

Anonymous said...

kena tegaslah..macamana tangani masalah alarkam dan almaunah..