Wednesday, February 23, 2011

NIAT SEBENAR TONY PUA TERHADAP ATM DIDEDAH

                                                        Gambar Hiasan

Salam semua…
Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong hari ini mendedahkan niat sebenar Tony Pua melemparkan fitnah berhubung pembelian enam Kapal Tempur Pesisir (LCS) adalah bagi memburukkan imej Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di mata dunia.
Katanya, tindakan wakil rakyat DAP itu yang berselindung di sebalik perjuangan rakyat, adalah untuk memastikan ATM selaku angkatan bersenjata yang begitu berjasa dalam mempertahankan keamanan, tidak lagi dipercayai oleh semua pihak khususnya rakyat negara ini.
Pada masa sama, beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa perbuatan jahat Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP itu adalah bertujuan memaksa Kementerian Pertahanan dan ATM mendedahkan butir-butir kekuatan pertahanan negara, demi keuntungan politik pihak asing.
Sehubungan itu, Lum Yong yang juga salah seorang pengasas PKR menggesa kerajaan bertindak segera dengan memfailkan saman fitnah terhadap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara tersebut, agar ia menjadi pengajaran kepada semua ahli politik supaya jangan mempolitikkan isu pertahanan negara.
"Saya sudah berpuluh tahun dalam pembangkang. Pembangkang melalui Tony Pua mahu memburukkan imej ATM supaya semua pihak tidak lagi menaruh keyakinan dan kepercayaan kepada organisasi ini biarpun jasa ATM dalam menjaga keamanan tidak ternilai. Dia mahu jadi hero dengan merosakkan imej ATM.
"Dia juga ada niat lain meskipun sedar bahawa banyak maklumat berkait dengan ATM adalah sulit. Semuanya kerana kepentingan politik sempit pembangkang walaupun tuduhan yang mereka lempar langsung tidak disokong dengan bukti," katanya kepada pemberita di Bukit Antarabangsa, di sini hari ini.
Beliau mengulas tuduhan Tony Pua kononnya keputusan kerajaan meluluskan peruntukan RM6 bilion bagi membeli enam buah kapal LCS untuk kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) adalah 870 peratus lebih mahal berbanding harga yang dibayar negara lain termasuk oleh Amerika Syarikat.
Tuduhan wakil rakyat DAP itu kemudiannya menjadi senjata makan tuan apabila pelbagai pihak tampil menafikan dan mengkritik beliau sebagai cetek pengetahuan berhubung ilmu ketenteraan termasuk Panglima TLDM sendiri, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.
Menyedari dirinya sudah terjerat dalam perangkap ciptaan sendiri, Tony Pua secara tiba-tiba 'bersembunyi', termasuk tidak menyahut cabaran supaya melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika benar pembelian kapal itu diselubungi rasuah.
Mengulas lanjut isu itu, Lum Yong memberi tempoh seminggu kepada Tony Pua untuk mendedahkan bukti tuduhannya kepada SPRM atau satu laporan polis akan dibuat terhadapnya bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil.
Kata Lum Yong, sebagai seorang wakil rakyat, Tony Pua mesti bertanggungjawab terhadap segala tuduhan dan kenyataan yang dibuatnya.
"Jangan jadi penakut dan bertindak seperti 'baling batu sembunyi tangan'. Jika benar dia berjuang atas nama rakyat, Tony Pua perlu dedahkan segala bukti kepada SPRM kerana agensi ini sedang menunggu bukti.
"Lagi pun ini bukan kali pertama Tony Pua menunjukkan standard yang cukup rendah bagi seorang ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat.
"Dia membuat kenyataan dan tuduhan berulang kali tanpa sebarang bukti. Budaya mempolitikkan semua perkara tidak patut wujud di negara ini," tegas Lum Yong lagi. - Utusan.

1 comment:

Anonymous said...

DAP parti komunis yg beria-ia untuk menjahanamkam Malaysia. Yang bahlolnya PKR & PAS 2 parti bersengkokol dgn KOMUNIS?

DAP tidak akan senang sekiranya Malaysia masih berada di bawah pemerintahan MELAYU...itu yang sebenarnya.

Tony bermain api tentang keselamatan dan kedaulatan negara. Berikannya M16 nescaya beliau tidak tahu bagaimana untuk menggunakkannya. Ini nak bercakap pasal asset tentera.

Kedaulatan negara bukanlah barang gadaian...apa pun jua harga ianya haruslah disegerakan, kerana kedaulatan adalah penting. Jangan di politikkan isu kedaulatan negara. Nyata pembangkang akan melakukan apa sahaja demi kepentingan politik mereka. Hatta melacurkan kedaulatan negara kepada negara asing...org2 seperti Anuar,Izzah, Tony haruslah disingkirkan dari Bumi Malaysia.

Mereka2 inilah sebenarnya banjingan negara atau lebih elok lagi di panggil PENGKHIANAT negara.