Thursday, February 24, 2011

AHLI PARLIMEN WANGSA MAJU, WEE CHOO KEONG : KARPAL SINGH DAN ANAKNYA TAHU PUNCA KEMATIAN BENG HOCK?


Salam semua…
Tindakan Karpal Singh dan anaknya Gobind Singh Deo menarik diri daripada menyertai prosiding Suruhanjaya Untuk Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock menunjukkan para pemimpin DAP seperti mengetahui kejadian sebenar yang menimpa bekas setiausaha politik Exco Selangor itu.
Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata, jika mereka tidak tahu, sudah pasti Karpal dan Gobind akan bersama-sama membantu suruhanjaya tersebut mencari kebenaran terutama mencari punca sebenar kematian mendiang.
“Saya ada maklumat yang mengatakan Karpal dan Gobind serta pemimpin-pemimpin DAP yang lain mengetahui kejadian sebenar yang berlaku ke atas Beng Hock. Maklumat ini, saya peroleh daripada sumber dalaman DAP sendiri.
“Atas sebab itu Karpal dan Gobind mengambil keputusan menarik diri. Maklumat ini saya difahamkan masih belum diketahui oleh keluarga mendiang,’’ katanya di pejabat konsensus bebas di sini hari ini.
Beliau mengulas penarikan diri Karpal dan Gobind sebagai peguam keluarga mendiang daripada menyertai prosiding Suruhanjaya Untuk Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock pada 16 Februari lalu.
Karpal memaklumkan pendirian itu selepas permohonan pihaknya agar Tan Sri James Foong Cheng Yuen menarik diri sebagai pengerusi suruhanjaya serta permohonan penangguhan prosiding ditolak.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengulas isu tersebut berkata, pemulauan terhadap prosiding suruhanjaya berkenaan sebagai satu agenda politik bagi tujuan menjadikannya isu dalam Pilihan Raya Umum ke-13 yang akan datang.
Sementara itu, Choo Keong meminta semua pihak sedar bahawa dalam kes Beng Hock ia bukan sahaja melibatkan kepentingan keluarga mendiang malah membabitkan kepentingan rakyat secara keseluruhan.
“Matlamat penubuhan suruhanjaya ini sudah cukup jelas iaitu selain mencari punca sebenar kematian Beng Hock mereka juga melihat secara terperinci cara penyiasatan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Inilah ditunggu-tunggu oleh rakyat kerana kes Beng Hock melibatkan SPRM. Adakah benar SPRM turut terbabit dalam isu kematian tersebut? Inilah peranan suruhanjaya, mereka mahu mencari kebenaran,’’ katanya.-Utusan


1 comment:

Anonymous said...

Amat bersetuju 1000000%.
Semua ni sandiwara DAP-Parti Komunis No.1 Malaysia sekarang.

Kematian BH ada kena mengena dgn DAP...bukannya SPRM atau mana2 agensi lain.

BH sememangnya bunuh diri kerana tekanan.Siapa yg tekan? tidak lain dan tidak bukan dari DAP sendiri. Kalau setakat tekanan dari SPRM apalah sangat?

Segala rahsia DAP didalam genggaman BH, apabila dirasai BH tidak mampu untuk menutup segala kecurangan maka BH di peras ugut..

Keluarga BH nyata sandiwara semuanya...DAP boleh bayar berapa nilai harga nyawa BH kepada keluarga mereka. Tetapi kalau dah dasar CINA KOMUNIS, mereka merelakanya, dan mencari kembing hitam untuk disembelih.

Kepura-puraan mereka sebenarnya terang dan nyata. Mereka akan membawa sandiwara ini ke PRU13 nanti. Siapa tak kenal Karpal Sing? Loyer penipu yg mengambil kesempatan keatas kesusahan mereka2 yg terlibat. Inilah manusia talam 2 muka atau lebih dikenali siamang bandar yg bergayut mencari kesenangan diatas kesusahan orang lain.