Tuesday, February 15, 2011

PEMBOHONG BESAR (KARPAL) – TIDAK LAYAK TUDUH ORANG LAIN BERBOHONG….


Salam semua…
Karpal Singh tidak layak menuduh sesiapa sebagai berbohong apatah lagi tuduhan itu dilemparkan ke atas bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Ini kerana Pengerusi DAP itu sendiri pembohong paling besar dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, sebagai ahli politik dan peguam yang tiada nilai akauntabiliti serta integriti kerana cuba menyembunyikan bukti aktiviti homoseksual Anwar, Karpal tidak layak untuk mengkritik Dr. Mahathir.
Katanya, adalah memalukan bagi seorang peguam yang tidak beretika seperti Karpal cuba menjadi jaguh dengan menuduh orang lain sebagai pembohong.
Sedangkan, tambahnya, Karpal sendiri berbohong perkara lebih besar kepada rakyat dengan menyembunyikan bukti kegiatan liwat Anwar.
"Sebelum dia mahu menuduh Dr. Mahathir kononnya pembohong, Karpal perlu jelaskan kepada rakyat mengapa dia memilih untuk membela Anwar sedangkan pada tahun 1997 dia sendiri mendedahkan bahawa bukti aktiviti liwat ketua pembangkang itu ada dalam tangannya.
"Ini bukan isu main-main dan Karpal tidak boleh lari daripada perkara ini. Dalam hal ini, Karpal sebenarnya pembohong kerana cuba menyembunyikan hakikat sebenar gaya hidup songsang Anwar daripada pengetahuan rakyat, hanya semata-mata kerana kepentingan politik.
"Dia perlu mencermin dan membersihkan dirinya terlebih dahulu dengan mendedahkan bukti aktiviti liwat Anwar sebelum layak menuduh pemimpin yang banyak berjasa seperti Dr. Mahathir," katanya dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Zahrain mengulas kenyataan Karpal yang mempertikaikan pendedahan Dr. Mahathir bahawa beliau telah bertemu dengan pemimpin pembangkang pada 1987 bagi menyakinkan kumpulan tersebut bahawa mereka tidak akan ditahan dalam Operasi Lalang.
Karpal dipetik sebagai berkata: "Jika Dr. Mahathir tidak menyahut cabaran saya dalam masa tujuh hari, ia mesti dianggap bahawa Dr. Mahathir tidak bercakap benar. Ini adalah perkara yang sangat serius bagi seorang bekas Perdana Menteri berbohong secara terbuka."
Menurut Zahrian, beliau dan rakyat Malaysia yakin bekas Perdana Menteri itu bercakap benar apatah lagi kenyataan Dr. Mahathir dalam buku 'Doctor M: Operation Malaysia-Conversation with Mahathir Mohamad' turut disokong bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar.
"Dr. Mahathir sepanjang 22 tahun mentadbir negara terlalu banyak jasanya kepada Malaysia berbanding Karpal. Beliau tegas dan berani kerana benar, beliau tidak memutar belit fakta selain bertanggungjawab terhadap segala kenyataan yang dikeluarkannya.
"Karpal ini pula siapa? Dia sendiri tidak tahu membezakan antara etika sebagai seorang peguam dengan kepentingan politik tetapi mahu menuduh orang lain sebagai pembohong. Tonjolkan akauntabiliti dengan mendedahkan bukti liwat dahulu," cabarnya.- Utusan Malaysia, 15/02/2011.

1 comment:

Mohd said...

Karpal murtad Singh mana boleh kita percaya?