Thursday, February 10, 2011

ISU KOS GUAMAN SHUHAIMI - MULAI SEKARANG, ADAKAH SEMUA RAKYAT NEGERI SELANGOR DAPAT KOS GUAMAN PERIBADI PERCUMA?

                                                  Gambar Hiasan

Salam semua…
Penulis berpendapat langkah Kerajaan Negeri Selangor membiayai kos perundangan bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei adalah salah kerana ianya merupakan tindakan penyelewengan dan penyalahgunaan wang rakyat.
Tindakan Kerajaan Negeri Selangor berkenaan dilihat seolah-olah mereka bersubahat dan menyokong tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei. Kalau tidak, semua rakyat negeri Selangorpun patut mendapat layanan yang sama bila mereka mempunyai masalah kewangan bagi membiayai kos guaman yang terpaksa mereka tanggung.
Duit rakyat tidak boleh dibazirkan dengan sewenang-wenangnya kerana ramai melihat Shuhaimi sepatutnya menanggung sendiri kos perundangan tersebut tanpa melibatkan dana awam memandangkan perbuatannya itu dilakukan secara peribadi.
Keadaan ini tidak pernah berlaku dalam sejarah pemerintahan BN. Kalau benarpun kawan-kawan Shuhaimi dalam kerajaan Selangor hendak tolong, bantulah secara senyap-senyap. Ianya akan nampak lebih baik dan adil.

No comments: