Wednesday, February 16, 2011

JAWAPAN YANG PALING ANDA TIDAK MAHU DENGAR DARIPADA NIK AZIZ


Salam semua…
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata wujudnya kegiatan perjudian dan pelacuran di Kelantan disebabkan kurangnya penguatkuasaan kerajaan tempatan.
Nik Aziz (gambar) juga berkata wujudnya kegiatan itu adalah juga hasil peninggalan kerajaan dahulu dan beliau menyalahkan media massa yang mempengaruhi rakyat di negeri ini dengan budaya kuning.
Mursyidul Am Pas itu telah ditanya mengapa masih terdapat kegiatan perjudian nombor ekor dan pelacuran di negeri ini walaupun kerajaan negeri telah mengharamkan lesen premis berkenaan selepas mengambil alih negeri ini pada 1990.
“Kalau adapun, boleh jadi kerana kurangnya penguatkuasaan dalam membanteras kegiatan itu daripada berleluasa,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan dengan 24 wakil masyarakat Orang Asli di kediaman rasminya di JKR 10, di sini, hari ini.
Pendedahan media beberapa hari lepas mengenai kegiatan maksiat itu telah memberi gambaran negatif dalam pentadbiran kerajaan Pas Kelantan dalam melaksanakan konsep membangun bersama Islam.
Sehubungan itu, Nik Aziz mahu pihak penguatkuasa di negeri ini meningkatkan langkah membanteras kegiatan haram itu. – Bernama
P/S – Takkanlah selepas lebih 20 tahun perintah Kelantan, Nik Aziz dan kerajaan PAS Kelantan nak salahkan kerajaan BN pula. Ini jawapan ‘standard’ budak darjah satu. Itulah, Nik Aziz suka berpolitik sangat. Terlupa nak tengok apa yang berlaku di sekeliling rumah. Selalu salahkan orang itu dan ini. Padahal, sarang maksiat yang bertapak lama di kawasan sendiripun tak tahu.
Ini semua bukannya apa, saja Allah nak memberi petunjuk kepada orang ramai supaya mereka melihat sendiri betapa Nik Aziz ini adalah seorang yang  cakapnya  tak serupa bikin.

Tingkah laku beliau yang suka menyalahkan orang, mengherdik orang, mengutok orang, mendoakan kehancuran dan bala kepada seseorang dan menuduh kerajaan BN-UMNO  tidak ikut  cara Islam. Sebaliknya beliau ternyata gagal berdakwah dengan berkesan yang menyebabkan perbuatan maksiat  berleluasa ditempat beliau sendiri. Perkara ini amat-amatlah memalukan dan tercalar maruah beliau sebagai seorang tokoh agama yang disegani.

Masihkah lagi Nik Aziz mahu menyalahkan orang lagi selepas ini?


No comments: