Sunday, February 13, 2011

IKHLAS BERI TEMPOH SEBULAN KEPADA KERAJAAN DAP PULAU PINANG SELESAIKAN ISU GERAI PENIAGA YANG DIROBOH DI TAMAN PELANGI.


Salam semua…
Penulis berasa lega kerana selepas beberapa hari kejadian tindakan  kejam penguatkuasa MPSP yang mengkasari seorang peniaga serta merobohkan gerai-gerai makanan dan minuman haram peniaga-peniaga Melayu  di Taman Pelangi, Juru, Pulau Pinang yang  dibiarkan tanpa sebarang pembelaan, namun pada hari ini Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) telah bangkit menolong peniaga-peniaga terbabit dengan memberi tempoh sebulan kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang untuk menyelesaikan isu gerai peniaga yang diroboh di Taman Pelangi.
Jika Kerajaan DAP Pulau Pinang gagal menyelesaikannya selepas tempoh itu, Ikhlas khabarnya akan menggunakan  khidmat peguam untuk meminta pampasan ke atas peniaga-peniaga yang terlibat.
Presidennya, Mohd. Ridzuan Abdullah berkata, kerajaan negeri harus bertanggungjawab dengan apa yang berlaku dan perlu memberi pampasan serta kawasan baru untuk peniaga mencari rezeki.
Mohd. Ridzuan juga berkata, pihaknya juga akan mengadakan pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dalam tempoh terdekat bagi meminta bantuan menyelesaikan kemelut yang dihadapi peniaga di Taman Pelangi itu.

No comments: